Friday, November 28, 2008

Dari Wanita untuk Wanita~

Alkisahnya begini....
Semalam adalah hari yang paling membuatkan aku terasa sangat sedih dan kecewa namun aku masih boleh bergelak ketawa kerana aku memang boleh menjadi 'talam yang bermuka-muka'.

Kisah dan sebab aku sedih dan kecewa:

Malam sebelum last paper aku tu aku tiba2 kena 'angin' satu badan. Bukan mengamuk atau marah ye tetapi memang badan aku tibe2 masuk angin dengan dahsyat. Bila aku kena angin, aku tahu aku akan menjadi sangat tak sehat seperti sakit kepala yang teramat, perut rasa angin walaupun dah makan sebenarnya. Bila perut aku angin, aku akan rasa sangat nak termuntah tapi tak kuar apapun. Stress aku. Bila dah jadi mcm tu, aku takleh la nak fokus belajar kan? Seminggu ni aku tidur pukul 4 pagi dan bangun pukul 7 lebih pagi. Walaupun aku sakit, aku tetap tak tidur awl sebabnya otak aku dok pikir "asal kau tdo, kau tak belajar, last paper weyh. Dahla paper lain pun cam taik je kau buat". So aku pun bangun balik walaupun aku memang rasa sangat sakit sungguh. Sampai pucat2. Untuk malam itu saje, aku dah telan 4 biji panadol.

Esoknya aku nak pegi test, aku bangun awal n aku belajar lagi pas dah siap2 semua la. Aku ingatkan aku dah ok. Namun aku mcm rasa pening2 jugak la. Aku minum milo n makan panadol lagi. Aku pun pegi la test. Tengah2 test paper 1 Chemistry tu, sakit kepala aku datang balik. Aku jadi sungguh blur. Aku terus terpikir, "mati la aku pasni". Then bila masuk paper 2, kepala aku rasa bisa sangat3 n terasa sangat2 nak muntah berbanding malam sebelum tu. Sakit aku jadi makin teruk. Habis almost semua soalan aku tinggal kosong. Aku takleh pikir langsung. BLUR~ Walaupun semua tu aku dah baca.

Habis je paper, aku kuar dewan terus balik apartment. Aku nangis terus sbb satu aku frust sgt2 dgn paper tu dan 2nd aku sakit sangat. Aku muntah 3 kali. Pehtu aku makan panadol n aku nak cuba rehat. Nak tido. Aku sakit kepala sangat2. Aku baring sebabnya petang tu aku dah janji dengan geng2 toyol aku nak kuar gi Mid Valley. Tapi aku pikir kalau aku tak larat sangat, aku nak cancelkan aje. Bangun2 aku ok skit. So aku pun pegi la....~

Dalam bas kolej nak gi stesen KTM

Sebab2 kenapa aku leh gelak:


Pas aku bangun dari tido tu, aku rasa yang aku okay skit. So aku pun pergi la ke Mid. Naik ktm la jawabnya kan? Naik bas kolej gi stesen ktm. Sampai ke Mid, kami pun pegi la tengok wayang citer Selamat Pagi Cinta pukul 5 petang. Geng2 aku pegi la solat Asar sebab takut rushing kan? So aku dgn Pa-Jane gi la tolong mereka beli popcorn and cuci mata la. Apa kes?? Hensem seyh~

Model kereta mewah. Aku dan Auw la model tersebut

Aku tak berkenan nak tengok citer tu. Komen aku: Aku x recommend la tengok. Aku rasa bahawa citer tu xbest sebenarnya. Typical love story masa kini. Tiru filem 'Sepi'. Namun aku yang paling teruk nangis selain daripada Baydah la kan? Namun mata aku yang paling bengkak n merah giler smpi hidung tersumbat semua sebab nangis and at the same time aku gelak, airmata aku ngalir2. Aku nangis kerana aku memang tak boleh tengok citer2 yang suami mati, boy mati. Xtahan aku. Huhu.


Muka pas kuar wayang. Mata aku bengkak n merah~


Pas tengok tu, Jixs terpaksa balik awal. Tapi dalam wayang tu,dia dah melantak MCD dulu. Kitaorg lapar sebab tak makan lunch lagi hari tu. Pagi pun minum milo je. So kami hantar Jixs ke stesen ktm Mid. Then kami pun pegi solat Maghrib. Pas solat, kami pegi mamam kat Carl's Jr. Hihi. Baydah la tu yang nak sangat. Aku okay je. So kami mamam la burger Famous Star walaupun kami sebenarnya order burger Super Star. Namun mamat itu..(bak kata Auwieyh terlalu terpegun tgk muka aku..sampai silap dgr..Yolah tu~). Sedih.. Hahah! Kami ambik gambar sebabnya semua mereka ni 1st time nak try Carl's Jr. Aku je yang penah mamam kat ctu b4 this.




Kami sampai kat kolej kol 10 lebih malam. Ingatkan nak naik teksi dari ktm gi kolej. Tapi syukur ada hero yang sanggup tolong kitaorg. Heheh~ Thank u, San...(iaitu laki Baydah) Dia ambik kitaorg (nak ambik Baydah je tapi kitaorg ngade nak ikut).. So takde la takut sangat. Selamat duit aku. Heheh.. Btw, aku memang kiranya happy dalam sedih la sebenarnya. Huhu.. Xpelah, benda dah lepas biarkan lepas.. Yang penting, skarang ni je.. Aku sayang Allah, family aku, kwn2 aku, sayang diri aku sendiri...

Dalam KTM nak balik Nilai


p/s: Tudung aku yg lam gmbr kat LCCT tu sama ngan masa aku gi Mid ni tapi sumpah, baju aku lain n tudung aku tu aku dah cuci b4 pakai tadi. Hehe.
p/s/s: Walaupun aku tak sehat, aku nak pegi jugak sebab aku nak ambik gmbr2 n nak letak kat blog and aku cuba bagi the best shot utk tatapan korang.
p/s/s/s: Korang perasan x bila aku ambik gmbr ramai2 muka Auwieyh mesti xmasuk penuh. Dia pun perasan yang phone aku tak cintakan dia. So aku ambik gmbr kami berdua untuk cover balik silap aku tuh. Maaf Auw~ Hehe

No comments: