Is: Aku pakaikan semua barang yang aku pakai kat bawah tu kecuali aku tukarkan fondation beliau iaitu dengan Radiant Glow No.7 04-Blonde and aku tambahkan extra dark brown eyeshadow pada hujung kelopak mata beliau. Eyeliner aku buat tebal di bahagian tengah kelopak mata untuk buat mata nampak lebih bundar and galak.
Haaa...kali ni xde benda sangat yang aku nak katakan. Cuma pagi tadi aku dikejutkan oleh satu SMS daripada Is..Aku patut ada kelas IELTS pukul 9, so bajet bangun kol 8.20. Namun aku terbangun pada pukul 8.16 pagi. Aku agak murka. Tetiba je dia text aku..Aku cam suspens giler..Dia ni nak mintak break dengan aku ke hape kan?? So aku pun bukak jelah. Dah la aku terbangun kerana message daripadanya...
(mamai2 ambik phone kat atas HUGE luggage sebelah katil aku...baca text tersebut....)
Adoiyai... Ingatkan hape tadi.. Rupa2nya dia nak mintak tolong aku make up dia hari ni sebab dia nak kuar date dengan bf dia, Hakim. Alamak aih.. Korang jangan salah sangka ye, ini bukan first date mereka. Tapi ntah kali yang ke trillion baru dia nak make up. Nak buat surprise ke?? Aku bangga kerana menjadi jurumekap nya yang ke-2 selama dia hidup ni. Hahahaha!! Aku sebenarnya takut nak mekap kan orang selain daripada keluarga aku walaupun before ni aku banyak je jadi make up artist untuk kawan2 aku tapi xde la for special occasion mcm ni...(hanya untuk pertandingan busana muslimah kolej aku, mekap pelakon2 drama time skool dulu..n banyak lagi la...)Dahla nak kuar date plak tu. Mahu nye cacat muka dia aku kerjakan, naya jugak aku. Tapi xpe, aku kuatkan semangat.
Aku: Loreal Foundation True Match Mineral R2 Apricot Ivory, Silkygirl Shimmer Duo Blusher 04-Sunny Glow, In2it Long Wearing Eyeshadow EQ 05-Venus, Glimmerstick eyeliner Avon G01- Blackest Black, Maybelline Mascara Unstoppable- Very Black, Lipstick Watershine Pure 117 Noble Peach)
Xpe...aku buat mekap simple je memandangkan barang2 aku pun tak berapa complete sebabnya aku tak bawak semua gi kolej ni. If kat rumah, adalah. Buat ala kadar je namun aku bersungguh2. Sebab aku nak hasil yang terbaik. Alang2 orang nak mintak tolong kita, buatlah betul2 kan?? Pas kelas, dia ikut aku balik rumah and aku pun mekap dia lam masa 15 min je siap! Hasilnya.....Is terharu sebab aku leh ubah muka dia jadi lebih lawa walaupun memang asal2 nya dia sudah lawa... Sampai rasa nak nangis sebab terharu sangat... (U're welcome, Is...) Aku suka tengok orang lawa2 ni. Tambah2 dengan adanya Nadia's Touch aku ni. Hahahaha!!!! Ko dating baik2 ye, Is... Suruh Hakim puji mekap kau lawa... So that maksudnya dia pun puji hasil kerja aku jugak.. Aku suka mekap orang...(aku suka mekap diri sendiri sebenarnya sebab kalau aku mekap orang, orang akan jadi lebih lawa dari aku.. So aku akan dengki..) Heh!
Ni lah maksud aku bila aku dengki tengok orang yang lebih lawa dari aku pas aku mekap diaorang. SEE! Aku tak mekap, dia plak yang lawan tauke.. Xpe, kau Is.. Mentang2 kau pergi dating...Xpe, aku bagi chance...
p/s: Alkisah Is mintak tolong aku mekapkan dia. Korang tengok tak gambar aku dalam post yang lepas. Aku mekap sebenarnya. Namun dalam gambar tak begitu nampak..(Maksud aku: Bukan aku yang lawa, namun mekap aku tu yang lawa). Then Is amat mengemari wajah aku pada hari itu. Jadi dia mintak aku mekapkan dia. Namun aku berkata, 'Kalau awak keluar date dengan Hakim, nanti saya tolong mekapkan...' Aku tak sangka begitu singkat masa yang diambil untuk suruh aku mekap sedangkan aku baru berkata demikian pada hari Selasa lepas..Aku agak terkejut..
Jadi aku pun mekaplah dia exactly sama dengan cara aku mekap pada hari Selasa aritu cuma aku ada guna barang2 yang berbeza la seperti yang aku nyatakan di caption gambar2 tersebut. Sebabnya aku ada banyak barang. Foundation saje, aku ada berjenis2. Nak liquid, 2 way cake foundation and mineral foundation. Seperti yang aku nyatakan, real life lagi lawa dari dalam gambar kerana nak ambik gambar mcm2 kena pikir. Yang penting, tengok reali life CUN GILER. Ok itu saje untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment