Thursday, November 5, 2009

Sahabat

Semalam selepas tamatnya exam paper 5 Chemistry, kitaorang kena tahan dalam dewan for an hour disebabkan adanya briefing tentang borang soalan keselamatan. Kitaorang diwajibkan untuk isi borang ni and supposedly semua kakitangan kerajaan kena isi benda ni and info pasal kita akan dihantar ke Balai Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut la. Bunyi serius je. Memang pun.

I hate to say this but everytime pas buat exam paper Chem, aku akan saket otak. Susah nak mati. Salah satu sebabnya, aku tak berapa pandai dan faham subjek ni. Disebabkan kelemahan aku itu juge, menyebabkan aku benci Chem. Eh..takleh2.. Tunggu settle satu lagi paper Chem next week baru leh cakap camtu.. Tarik balik! Ye, aku cinta Chemistry dan Physics dan juge Biology...

Dalam dewan tu aku dah saket kepala dah. Even before gi exam tu pun, aku dah telan 2 biji panadol. Ouh ya.. Lately aku asyik makan panadol dan benda tu tak bagus. Tapi aku asyik saket kepala je. Stress study? Itu adalah satu penipuan~~

Yang buat aku tetiba nak tulis post pasal sahabat ni sebab ada 2 bahagian dalam borang ni yang suruh isikan info pasal 2 orang sahabat karib yang sangat mengenali diri anda. Hurm. Aku dok pikir punye pikir sape aku nak letak. The thing is lecturer tu kata kalau setakat kenal kat KTT, dia tak rasa macam kawan tu akan cukup kenal aku. Masalahnya sekarang, aku takde kawan karib dari dulu. So by hook or by crook, aku kena letak gak salah sorang gugurl dalam borang aku tu memandangkan diaorang je yang aku rapat sekarang..Sorang lagi, aku dah tau nak letak sape..Heee~~~

Cari punye cari, sape kawan aku yg rapat ngan aku time sekolah dulu. Yang ada pun, aku tak anggap bestfren and aku rasa diaorang tak kenal pun aku if just in case pihak balai call diaorang and buat siasatan. Yang rapat dulu pun, aku dah tak contact dah. Maklumlah semua ada hidup masing-masing. It happened to be that all kawan rapat aku tu laki. Susah la kalau kawan2 smua dah ada awek sendiri. Seperti biasa akan lupa kawan punye...

So, senang cite.. Aku takde best friend since sekolah dulu... Payah kalau ada orang tanya pasal sape bestfren sebab takde...

p/s: Serabut kepala otak aku dengan borang tu soalan banyak macam ape. Nak kena buat medical check up lagi sekali plak. Patut buat before fly. Ni exam pun belum, dah suh buat medical check up. Bagus! Optimistic!

Saturday, October 31, 2009

Dugaannya

Dugaan A2... Macam-macam yang jadi sekarang ni. Pelbagai masalah datang kat kitaorang bila dah musim final exam ni. Maklumlah senior year kat KTT. Tak yah kot~ Kitaorang yang aku maksudkan ialah Gugurls aku yang disayangi. Boleh aku katakan pada aku, Shay-Too dan Shay-Nie.. Memandangkan yang lain, semua biasa2 je. Takde la benda luar biasa yang jadi.

Shay-Nie: Hurm.. Sebulan sebelum exam tu, dengan tetibanya dia yang single ni couple tanpa pengetahuan gugurls sampai dipaksa untuk buat ‘Confession of a Shopaholic’. Baru dia bagitau. Dia couple ngan seseorang lelaki yang dia jumpa kat KLIA pada suatu ketika time dia ngan Shay-Too gi hantar kawan TKC mereka fly. It happened to be that laki ni pun kawan ngan kawan diaorang. Kiranya kenal kawan atas kawan la. Tapi yang paling best, terus bertukar no.telefon dan sampai la sekarang.. Owww... So sweet~ Takde cite panjang pasal aku pun tak tau detail sangat.

Shay-Too: Ni lagi sorang adik aku yang bermasalah dalam hal percintaan. Haha. Sorry, Too! Haritu dia dengan tetibanya kasitau ngan kakak2 dia ni yang dia ada suka kat sorang laki, budak A-level kitaorang jugak. Yang seronoknya, dia suka tetiba. Aku pun tak tau macam mana. So cuba punye cuba. Kakak2 dia ni pun tolonglah ‘match making’kan dia ni ngan laki tu. Laki tu pun ok la. Tapi kitaorang memang nak kasi dia kawan je ngan laki tu. Nak dijadikan cerita, minggu lepas dia balik rumah time weekend. Kakak dia amek kat kolej sekali ngan kawan2 dia. So ada la salah sorang kawan kakak dia ni, usyar dia. Fuhh. Hensem lak tu. So sekarang ni kami nasihatkan Too untuk pilih kawan kakak dia ni instead of laki A-level itu. Tengah tunggu love story mereka bermula~~ =)

Shay-Nad: Dalam 2 bulan terakhir aku kat KTT ni, dengan tetibanya aku kawan ngan sorang laki ni. Kawan KTT jugak la which is weird pasal aku memang takde kaitan gak dengan dia untuk jadi kawan rapat plak tu. Maksud aku, kitaorang tak sama kelas or pape. Cuma pernah bertegur and ada no.phone pasal aku train budak junior choral speaking and it happened to be mamat tu salah sorang facilitator kumpulan tu. Aku tak terpikir langsung akan kawan rapat ngan dia sekarang. Kitaorang lepak together la kadang2.

Nak dijadikan cerita semalam, aku gi lepak ngan dia kat student’s lounge sambil tengok tv. Tapi mostly kitaorang sembang je la. Nak tengok tv, aku tak pakai spek lak. Mamat ni currently single la. So ingatkan masih macam tu pasal dia tak cakap ape. Rupa2nya dia ngan awek dia kat sini dah get back together Sabtu lepas. Maka Ahad nya tu aku baru je lepak ngan dia lagi. Aku pun baru tau pas dah balik bilik. Dia bagitau aku pas ada spy awek dia nampak kitaorang duduk sama. Haha. Yang bestnya, awek dia call dia and tanya dia, ‘Ada perempuan lain ke?’. Maksudnya aku la tu. Tolong la. Aku KAWAN je la ngan laki kau tu. Relaxlah. Takde perasaan lebih2 pun. Merepek!

p/s: Susah kalau jeles tak bertempat... Aku paham perasaan tu pasal aku pun kadang2 macam tu.. Tapi kau tak patut tercabar dengan orang macam aku ni... Aku bukan ape2 pun...Aku mintak maaf kalau adanya aku ni buat kau susah hati, bimbang aku amek kau punye boy..

Tuesday, October 27, 2009

Tarikh keramat

Esok, 28th Oct merupakan tarikh keramat untuk aku. Keramat la sangat. Actually aku tak tahu pun apa maksud sebenar keramat tu memandangkan takde kamus BM dan juge aku begitu malas nak search kat net. So...

Haa.. Actually yg keramat sangat tarikh tu pasal esok bermulanya final exam aku. Fuuh.. Esok dah nak start. Sebelum ni boleh lagi la cakap 2 weeks more, 1 week, 3 days dan jadi esok dh. Takut sungguh beliau.. Maksud aku, aku la beliau tu. Dah ready ke belum ye nak exam ni? Memang kena kasi pulun habis2 pasal dah last exam dah pun. So insyaAllah la..

Aku nak mintak maaf kat family tersayang, orang yang tersayang dan juge rakan2 atas semua silap dan salah aku buat dulu, sekarang or in the future. Sorry sangat2 tau. Halalkan juge makan minum duit ke hadiah ke yang anda semua pernah kasi or aku terambil.. Halalkan ye... =)

p/s: Sama2 la kita doakan yang terbaik untuk semua.. Amin...

Tuesday, October 20, 2009

A2 exam

Gerun..Seribu kali gerun..Final exam A2 start next week..Bermula dengan paper bio then akan berlangsung selama sebulan tanpa henti.. Fuuh.. Persediaan mental dan fizikal harus ada..Perlu kuat dan bertahan..

Walaupun gerun tapi feel exam tu xde. Masih belum ada dalam keadaan exam mode. Sekarang aku mengantuk. Sila tengok jam pukul berapa. Awal bukan? Tapi aku tak tidur petang la tadi. Petang study kat library untuk 3 jam tapi stop2 la. Kalau tak stop, tidur jugak jawabnya.

Rakan2, sila doakan aku dan rakan2 seperjuangan aku sekali. Doakan kami dapat jawab exam dengan mudah dan supaya kami mendapat keputusan yang sangat2 cemerlang seterusnya dapat fly =) To all the repeaters sepertiku, percayalah kita boleh. Bak kata Abang JPA kita, jangan biarkan benda buruk yang jadi pada kita tu satu kelemahan. Kita ambil, pusing keadaan supaya benda tu dijadikan kekuatan. Percaya pada ketentuan-Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Usaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah.

'Sometimes we need to have faith in somebody but the most importang thing is.. We need to have faith in ourselves...' Quoted from Elle Woods - Legally Blonde.

Teruskan semangat, Nadia! Sabar. Kena positif! Doa banyak-banyak. InsyaAllah kita boleh fly.

p/s: Nasihat daripada Auwieyh dengan penuh attitude dan berhemah kepada rakan2nya.

Monday, October 19, 2009

Beauty or Brain?

Beauty + No brain = Blonde.. Haha.. Takde la, aku gurau je. Itu mitos2 yang orang salu katakan. Aku pun kurang pasti kenapa orang selalu discriminate orang yang naturally blonde ni takde otak. Aku pun takde la pulak buat research secara scientific-nya. Memandangkan exam final aku dah nak dekat and bermula 28th Oct ni, yang juga bermakna insyaAllah aku akan menamatkan kursus A-Level selepas final exam ni and boleh balik rumah for good.. Yeaaaa!! Then sama2 la kita doakan kita semua dapat fly gi India! :D Aminnnn...

Aku selalu terpikir apa yang orang pikir bila diaorang tengok aku. Aku rasa most probably orang akan nampak aku sebagai no beauty and no brain. Haha. Hopefully tak la. Dari dulu, aku suka ask girlfriends aku if kita diberi pilihan and hanya boleh pilih satu je, sama ada beauty or brain?? Hurm.... Dari dulu jugak, jawapan aku tetap sama iaitu aku pilih BRAIN. Serious. Bagi aku, kalau ada beauty je, aku rasa kalau earn duit thru modelling or kawen ngan datuk2 pun takkan dapat kepuasan yang maksima. Sebabnya bukan nak kata kita tak berusaha tapi macam kita kena depend dengan something yang tak kekal. Maksud aku, kalau depend beauty je, kalau dah tua dan beauty tu dah takde, ape yang kita nak buat ngan hidup kita pastu?

Kalau kita ada brain, kita ada stable career, ada harta yang banyak giler semua sebab kita earn sendiri. So kalau macam tu, rasanya lebih berpuas hati kot. Plus, kalau kita ada brain, tak lawa pun takpe. Sebab orang respect kita sebab kebijaksanaan yang kita ada. Bukan sebab paras rupa. Lagipun paras rupa tu kan ciptaan Allah, orang takkan boleh kata apa2. Walaupun memang tak leh nak disangkal, ada certain people yang memang mulut longkang, yang suka kutuk2 rupa paras orang, tapi apa yang boleh aku katakan.. If kita ada otak, biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting, kita berjaya dalam hidup kita dan yang kutuk2 tu tak pergi mana. So biarkan jelah.

Aku suka tengok filem ‘Legally Blonde’. Basically, aku suka script writer citer ni and ada satu lagi cite tajuknya ‘ The House Bunny’ juga merupakan penulis yang sama. Dua2 best. Aku tengok dah banyak kali. Aku recommendkan korang untuk tengok, especially girls la sebabnya both film ni macam memang girls je yang suka tengok. Takde action2, tembak2 la. Memang fun, then pelakon2 dia semua pakai baju lawa2. Yang paling bestnya, kalau korang pas tengok citer ni, confirm korang akan lebih bersemangat nak maju terutamanya ‘Legally Blonde’ la. It helps me a lot. So try la tengok and enjoy the movie =)

p/s: Aku nak jadi macam Elle Woods...

Wednesday, October 14, 2009

When Exes trying to be casual...

Hurm. Tetiba terpikir plak nak tulis post pasal benda ni. Setelah aku menonton sitcom bersiri 'How I met your mother' ni, salah satu episod dalam season 3 menceritakan watak Robin and Ted dulunya couple setahun (lama la untuk tempoh orang puteh nya couple) and bila diaorang break up, diaorg try untuk jadi kawan macam biasa. And even dalam sitcom ni pun kata susah nak kawan balik ngan exes...

Aku quotekan dialog Lily, 'When exes trying to be casual, somebody gonna be hurt' Aku setuju sangat2... And 'She/he's trying to win the break up' Pun aku setuju. Kadang2 sedar tak sedar bila kita dah break up ni, kita rasa kita boleh je nak kawan dengan ex kita macam biasa tapi SERIUS aku katakan sangat2 susah terutama sekali untuk jenis orang macam aku yang memang ingat ngan benda2 lepas. Aku memang nak sangat jadi macam orang lain. Bila move on tu, kita boleh betul2 move on. Takde simpan perasaan or takde ingat dah kenangan lepas2. Fuuhh...

Yang buat aku terpikir nak tulis blog ni ialah bermula malam ni. Insiden malam ni di mana ex aku (senang cite orang yang aku suka) leh bawak gf dia depan aku and bermanja2 depan aku dengan menjadikan aku 'ubat nyamuk' diaorg?? What the f*ck!! He's trying to win the break up. Aku dah lari2 pergi tempat lain pun tetap jugak ada depan mata aku. Erghhhh!! It's so difficult. As an ex, watching you with somebody else especially in real life, is NOT what I'm looking for. Aku tak nak tengok, tak nak jumpa, n tak nak tahu pun, apetah lagi nak gi bermanja2 depan aku. It hurts ok? So if dah ada orang lain tu, just keep it to yourself. Jangan tayang2 depan aku. Aku tak suka.

Malam ni jugak la aku rasa LOVE really2 try to rub me in my face. Aku dah la bengang ngan insiden tu sekali aku balik je kolej,banyak pulak 'lovebirds' yang dating kat corridor dekat2 tangga aku. Aku tak kesah le nak dating ke hape. Gi la balik bilik, dah kol 12 lebey dah hoiii... Karang kena cekup sape susah?? Aduhai~~ Hari ni rasa macam.. 'Haiii... Seronok nya jadi macam orang lain..' Btw, aku baru dapat tahu exes aku sekarang dah ada aweks baru. Yang paling bestnya, nama diaorang semuanya pusing2 from nama aku. Dari 'NADIA' korang pusing la huruf2 tu dan try form 2 nama lain. Plus yang lagi2 buat aku macam kena smack on the face, bila muka aweks2 ni semua iras2 bestfriends aku...~~ Tell me why??



p/s: Today bergambar dan beraya bersama Alif OIAM kat rumah pakteh.. Kebetulan terjumpa sebab bapak dia kawan ngan pakteh aku.. Hihi.. Dia berdiri sebelah aku... :)
Tu je buat aku gembira

Tuesday, October 13, 2009

Fight in a relationship

Berdasarkan tajuk post, kali ini aku akan memberikan pendapat tentang perlukah adanya pergaduhan di dalam sesebuah hubungan itu? Maksud aku, as a couple. Ramai yang mengatakan kalau tak bergaduh langsung, tak seronok relationship tu. So diaorang prefer untuk mesti bergaduh kalau tak banyak pun, sikit la, bila couple ni supaya boleh increase feeling towards each other. Err...

Jap. Kita nak tengok word ‘gaduh’ tu in term of apa. Dalam konteks 'kena gaduh baru best' ni, aku rasa ‘gaduh’ tu yang main gurau2 je kot and lebih sesuai kalau kita katakan bergurau instead of bergaduh. So kalau gaduh = gurau, so aku setuju la. Tapi bukan untuk tambah rasa sayang tu, mungkin just untuk buat each other happy pasal kalau gurau, kita akan nangis sebab happy daripada nangis sebab kecewa. So secara tak langsungnya, akan buat kita sayang orang tu lebih..?? Aku dah merapek la. Cakap pusing2. Semua salah Hakim. Ajar aku cakap macam ‘ke-leng’. Hehehe...

Bagi aku, selalunya gaduh ni biar gaduh yang tipu2 je dahla. Saje untuk test level mana orang tu sayang kita tapi janganlah pulak bergaduh yang sampai ada orang nangis, bertengkar, letak2 telefon tu.. Aku jamin memang tak best pun. Kadang2 lagi seronok kalau kita saje tak reply mesej or cerita pasal orang lain, just untuk tengok sama ada si dia tu cemburu ke tak. Of course, our expected reaction is supaya dia JELES la...So kalau ada yang buat macam ni kat korang, kalau korang bukan jenis yang cemburu, korang berlakon la buat2 jeles supaya gf/bf korang akan tahu indirectly yang korang sayang kat dia. Kalau tak jeles langsung pun payah jugak.

Selain daripada itu, aku rasa ada baiknya jugak la bergaduh yang bertengkar ni. Bertengkar in such a way untuk bagitahu apa yang tak puas hati terhadap diri masing2. Dari situ, secara sedar tak sedar, korang dapat nampak perangai pasangan korang yang selama ni di’cover’ dengan baik. Time tu la korang nak dengar awek kau jerit, laki kau marah kau. Korang akan rasa lebih kenal dengan diri sendiri and partner tu. Kadang2 bila gaduh, baru kita nampak weakness yang kita tak tahu. Tapi jangan pulak bertengkar dengan menggunakan bahasa2 kasar seperti menyumpah, ‘kau atau aku’, bodoh dan sekufu dengannya. Itu hanya akan mengeruhkan keadaan and at last korang akan end up bergaduh/kecik hati pasal benda lain pulak. Tian la korang kalau dalam situation ni. Maksud aku, tian kat aku. Hahaha.

So the conclusion is, ikut la suka korang macam mana nak handle relationship masing2. Yang penting, jangan sakitkan hati each other and try untuk jadikan relationship korang better. So that semua orang happy!! =)

Wednesday, October 7, 2009

He's just not that into you

Throughout this year, I’ve learnt a lot on how a relationship works and how people act towards it. So in this post, I would like to try to highlight something that matters to me and maybe it also happen to YOU! Sape tahu kan? Kalau korang ada masa, cuba tengok siri ‘How I met your mother?’. Best! Aku tengok 4 seasons for a million times kot. Plus, kalau analyse betul2 pas tengok cerita ni berkali2, aku realize cerita ni ajar banyak pasal relationship yang berguna selain daripada yang pelik2 tu. Sape ada season 5 cerita ni bagitau aku ok? Pasal aku nak copy masuk dalam lappy. Aku tak reti nak download movie from the internet la.. =(

How to know that he’s just NOT that into you?

1)Kita boleh tahu yang dia tak interested dengan kita bila dia dah tak bother nak contact kita or nak tahu perkembangan terbaru kita. This usually happens to couple yang pas break up or relationship yang dah goyah2 which also means tak lama lagi la tuuu... Kalau dulu, text & call setiap hari, tegur2 kat FB setiap hari, tanya apa kita buat, dekat mana and wish birthday. But sekarang, langsung tak contact pun dia tak kesah. Even birthday kita yang cuma datang setahun sekali tu pun dia dah lupa or buat2 lupa. Saje nak buat sakit hati.

2)Untuk couple yang masih dalam relationship, macam kawan2 aku cerita, couple ni macam orang kawen jugak la. Ada tempoh ‘honeymoon’, ‘pas honeymoon’, ‘baru ada anak sorang’ or macam kawan aku sorang tu, diaorang dah dalam tempoh ‘anak aku dah boleh berlari’. Hahaha. Kalau tak faham, memang funny pasal bunyi pelik je but basically it means tempoh couple korang tu dah berapa lama. Saat2 bahagia tu, of course time ‘honeymoon’ la pasal baru couple kan? Belang, comot2 semua tak tunjuk kat awek. Control habis! Gaduh pun rasanya jarang atau takde langsung. Kalau masih dalam tempoh ni, enjoy la sebab lepas habis je tempoh ni, u can see what I mean because you’ll surprised. Time tu la baru nampak diri sebenar masing2.

3)Bila nak ajak keluar jumpa pun dah payah. Haa... Ni yang paling seronok aku nak ceritakan. Seriously aku berani jamin benda ni pasal dah pernah jadi pun kat aku. Banyak kali kot~~ Aku jamin memang bila dah lama couple, nak ajak keluar jumpa pun dah susah. Ada je alasan. Masalahnya bukan tak nak jadi understanding or pape, cuma waktu awal2 couple dulu boleh je curi2 time nak keluar jumpa. Bila dah lama, alamatnya love connects through the phone je la... Aku rasa sebab lelaki ni cepat jemu dengan benda yang sama. They like variation. They actually love variation. Right, Barney? :p So untuk guys yang macam Barney ni, tak payah la couple in the first place because you know why.

4)L.O.V.E. Word yang korang akan jarang dengar or tak dengar terus lepas dah lama giler kawen. Macam married couple. Haha. Salah tu. Married couple memang tak leh sangkal. They do love each other. Maksud aku, lover. Sampai satu time tu, yang korang tak leh langsung nak tahu or rasa yang si dia masih sayang kat korang macam dulu ke tak. So it’s up to you la. Kalau eager jugak nak tahu, cuba tanya kat diaorang depan2. Tak pun kalau malu nak buat 1st move, so ignore je la and keep bersangka baik terhadap boy korang. Teruskan percaya bahawa love is still in the air walaupun maybe love tu dah lama takde.

Dalam movie ‘He’s just not that into you’, awal2 cerita ni dia akan bagitau bahawa lelaki suka sakitkan hati perempuan and adult women akan cakap yang lelaki ni sakitkan hati or suka buat perempuan nangis sebab lelaki tu suka kat perempuan tu. And you know that this is NOT true kan? But they still lie to the young supaya boleh make them feel better plus so they do not have low self-esteem after a break up.

Thursday, October 1, 2009

If you're a man, I dare you to read this...

Post aku kali ni berkaitan dengan lelaki. Generally about lelaki, tentang perangai, lifesytle. For sure,aku
tak dapat nak predict la apa yang lelaki rasa and exactly apa yang diaorang pikirkan. But aku akan
bercerita tentang lelaki daripada perspektif perempuan macam aku. To guys, I'm sorry coz I know that
not every guy like this. To all the girls out there yang baca post aku kali ni,kalau korang rasa salah apa
yang aku katakan, aku just nak bagitau awal2 la. It's just that bukan pandangan aku yang salah, cuma
korang belum nampak dan faham apa yang aku dah faham. This based on personal experiences and
also from my beloved friends' which also means dalam survey ni kita dah jumpa banyak laki yang jenis
perangainya lebih kurang sama. Takkan kitaorang memang meant to be untuk jumpa laki macam ni kan??
So by hook or by crook, u guys kena accept gak fact ni, ok?

Basically apa yang korang rasa pasal lelaki? Selain daripada sifat kepimpinan, protective and everything, aku rasa laki ni biasa je and if people judge all women are weak, errm.. Aku personally kata 'Silap tu..' Cuba check balik statement tu pasal lelaki pun sama. A situation where it is in a love relationship, selalunya lelaki dengan EGOnya akan kata 'Lantakla nak merajuk ke hape.. Ada aku kesah? Bukan salah aku pun!' Trust me, all of them akan pikir salah perempuan but of course the way they do the talking is different la. Usually diaorang takkan la cakap
kasar macam ni punya kasar ngan perempuan. Paling2 koman pun, senyap je tapi dalam hati, lu pikir ape macha??

One thing yang paling2 penting gurls kena tahu and ingat, which basically you have to slowly try to accept the fact that lelaki TAKKAN appreciate perempuan. Tambah2, boleh aku katakan perempuan yang dia sayang. Serius. Aku pernah lalui fasa status ' It's complicated' di mana aku bersama ngan orang yang sayang aku tapi kitaorang tak declare couple but secara batinnya di kira macam couple. We're not allowed to date anyone but at the same time, dia pun treat aku tak macam girlfriend. In fact, dia treat kawan2 perempuan dia yang lain better and if aku tanya kenapa, dia akan melenting and tak contact aku dah as in semua salah aku. Benda ni last for about 2-3 years macam tu la and dalam period tu, bukan sekali dua dia buat benda yang sama tapi BANYAK kali. Memang menguji tahap kesabaran aku. Semua yang girls buat, guys takkan kesah pun. Lebih baik tak payah baik sangat and terlalu jaga perasaan lelaki pasal they deserve it plus they just don't care. To girls, don't try too hard nak make your guy impress of u, ok? Buat penat je.

Selain daripada itu, lelaki TAKKAN pujuk girlfriend mereka. Ada certain guys yang memang langsung hampeh takkan pujuk, certain guys pujuk tapi tak leh lama pehtu dia plak melenting or ada very2 few guys yang rajin melayan karenah girl mereka and pujuk sampai diaorang ok. Tapi very2 rare la species ni. Kadang2 aku rasa macam dah nak pupus pun ada jugak. Tapi aku salute abang ipar aku yang 1st. The best man ever kot. Untung kakak aku. Walaupun tak perfect but he can make the only woman in his life sgt2 bahagia and rasa disayangi. Congrats to you, Abg B! =)
Berbalik kepada cerita, tak yah la korang nak majuk2 dengan niat nak manja ngan boy korang. Pasal last2 kena marah plak. Pehtu sapa yang nangis teruk2? Pikir sendiri la, kaum wanita.. So anything buat bodo je la. Kalau rasa kecik hati ke apa ke, I advise ambik masa sorang2 and xyah la pikir2 dah. Pasal nanti buat lagi sakit hati. So maafkan jela apa yang laki tu buat and esok, buat macam tak de pape jadi. Walaupun aku sure, orang tu akan sakitkan hati kau lagi esok lusa. Tapi takpe, wanita memang sangat penyabar dan pemaaf. Percayalah~

The point is yang aku nak cakapkan, bagi aku, lelaki ni sebenarnya memang menyakitkan hati. Tapi walaupun kita tahu hakikat tu, wanita tetap jugak nak bersama dengan lelaki. Of course la sebab tu fitrah manusia. Tapi aku tak faham kenapa zaman sekarang ni dah macam tunggang-langgang bila ada lelaki yang azalinya nak pulak ada naluri perempuan dan nak jadi perempuan. Paling aku tak tahan kalau ada lelaki yang rasa diri perempuan seterusnya nak suka kat kaum sejenis. Bukan lah aku ni baik sangat nak lecture sape2 cuma aku tak nampak apa pointnya. Kalau ada laki2 yang jenis macam tu, aku nasihatkan tak payah la nak suka kat lelaki (kaum sejenis) pasal korang takkan happy pun. Love is pain, Man is pain. So Love + Man = PAIN. So tak yah la galak2. Daripada korang boleh happy ngan perangai lelaki korang, tapi nak jugak choose untuk rasa pain yang perempuan kena tanggung. Better if you guys jadi lelaki yang baik dan jaga your woman elok2 supaya diaorang rasa disayangi. Tu je.


The conclusion is aku rasa resepi untuk jadi lelaki idaman perempuan ialah korang kena kawal la ego masing2. Because obviously perempuan pun ada ego masing2 tapi kenapa perempuan takde plak terkenal ngan ego diaorang macam lelaki? Sebab we, women, kawal ego kitaorang. Bila ego seseorang lelaki tu rendah, it does make you a sissy or seumpama dengannya. It makes you a good guy. Lelaki yang faham dan ambil berat apa yang perempuan rasa. Kalau you guys boleh buat a girl happy, aku percaya korang pun akan rasa bahagia. Apalah salahnya kalau kali ni, korang pulak yang mengalah and give your woman a chance to be loved and happy. Love is supposed to make people happy, not to make people cry in frustration. So think properly before you being in a relationship. Coz once you’re in, try your best to make your relationship works. Same goes to married couple okay? I hope that this post can help you to get to know more about a relationship.

p/s: Cerita di atas tidak merujuk kepada sesiapa. Cuma berdasarkan general experiences.

Sunday, September 27, 2009

Birthday Celebration~

Belated birthday celeb la sebab birthday aku 19hb yang lepas tapi memandangkan semua orang waktu tu busy persiapan raya. So yang betul2 punye celebration was yesterday kat Riverside Majestic Hotel.. Heee... Walaupun actually birthday aku tu parents n abang aku dah celebrate kat Topsport.. Lalala..~~

Cheessseeeeeeee~~~

Aku kena hold dia tidur sepanjang jalan.. Sampai je rumah, tangan kiri aku lenguh sampai hari ni...




Hug3!!

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya


Hai kawan2!! Haha.. Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin.. Lama sungguh rasanya tak ber'blog' ni.. Bukan ape.. Tengah mencari ilham untuk buat evolusi skit2 kat blog yang rasanya agak kusam jugak la.. Dengan pelbagai kenangan pahit yang aku kena lalui selama ada blog ni... Kena attack dengan aweks yang tak dikenali rasanya dah banyak kali kot.. Dari banyak2 pihak.. Fuuhh.. Gila mencabar daya kesabaran aku..

Namun di atas permintaan ramai...(ramai la sangat~~) So aku pun bukak la balik blog ni yang asalnya memang aku nak tutup dah... Enough pasal blog..

Untuk post kali ni, mungkin kalau tak silap post pertama dalam bulan Sept nih, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin... Mintak ampun dan maaf ye rakan2.. Aku pun maafkan dosa2 korang buat kat aku.. Special aku tujukan kat rakan2 lama aku terutamanya yang lupa birthday aku terus (on 19th sept) ataupun buat2 lupa atau memang saje nak lupakan.. Tapi takpe, aku maafkan la walaupun aku ingat je birthday korang bila.. Memang korang la kawan2 aku yang paling BAIK sekali~~ Terima kasih kawan2...=)

Friday, August 21, 2009

Ramadhan oh Ramadhan..

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua.. Tahun ni alhamdulillah aku syukur sebab dapat jumpa Ramadhan lagi.. Next time tak tau lagi la.. InsyaAllah.. Btw, kali ni aku berazam nak jadikan Ramadhan aku lebih bermakna berbanding tahun2 sebelumnya.. Sebab Ramadhan aku tahun 2007 la yang paling2 aku waste sekali.. Teruk betul aku tahun tu.. Jangan tanya ape dan mengape.. Banyak2 la insaf, nadia oii...

Tahun lepas, alhamdulillah ok and better.. So tahun ni kena lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. Tambahan pulak, 1st Sept ni aku ada exam sampai 11th.. So doakan aku ok.. Ambik berkat Ramadhan.. 16th Sept aku nak balik Kch dah insyaAllah.. So kepada rakan2, boleh la kalu nak celebrate besday aku awal2... Heeeeeee~~~ Eh apekah.. Terkuar topik nampaknya.. IELTS band 5 la if writing mcm ni..

Btw, sama2 la kita berdoa supaya diberikan rahmat oleh Allah s.w.t. dan semoga segala amalan kita lakukan diterima-Nya.. Amin2..

Wednesday, August 19, 2009

Gotta go my own way...

I gotta say what’s on my mind
Something about us doesn’t seem right…these days
Life keeps getting in the way
Whenever we try
Somehow the plan is always rearranged
It’s so hard to say
But I gotta do what’s best for me
You’ll be okay…

CHORUS
I’ve got to move on, and be who I am
I just don’t belong here
I hope you understand
We might find our place in this world someday
But at least for now
I gotta go my own way

Don’t wanna leave it all behind
But I get my hopes up and I watch them fall every time
Another color turns to grey
And it’s just too hard…to watch it all…slowly fade away
I’m leavin’ today
’Cause I gotta do what’s best for me
You’ll be okay

p/s: HSM2.. Vanessa Hudgens

Tajuk ape ye? Hurm..

Heh! Sekarang tengah mengeringkan rambut yang basah pasal jap lagi kol 9 ada kelas.. Contact lens xpakai lagi ha.. Tak siap langsung pun.. Mengantuk la plak.. Tapi sedih pasal tak leh gi tidur balik.. Kiasuuuu!! Cam salah eje je.. Hurm.. Bosan..

Ouh yeah.. I forgot.. Sekarang ni seronok skit la.. Skit je la seronok tu nak update blog.. Pasal alhamdulillah boleh plak on9 dari bilik lagi today.. Semalam tak boleh, buduh.. Terus mati kutu aku.. Bila mati kutu, start la nak kacau orang.. Mesej orang tapi orang tak reply =( Takdenya aku nak sedih.. Macam aku tak tahu plak sape.. Haha..

Tak lama lagi nak puasa dah.. Hihi.. Persiapan busana raya dah beli dah.. Eh, macam xde kaitan plak.. Puasa dulu cik adik, oiii.. Ye2.. Tahu.. Tak sabar nak puasa.. Aku rasa tahun ni la yang berjalan paling2 cepat sekali.. Pasal tahun ni hectic kot.. Mana tak, dalam tahun ni, berapa kali aku kena ambik exam internal.. Exam Cambridge dah 2 kali.. 3 termasuk repeat nanti.. Cacat.. Doa2lah aku boleh buat dengan cemerlang berbanding dulu.. Amin~~~

Ok, nak kena siap dah.. Ngek ler kalau dok main2 lagi time ni.. Gi kelas!! Haik!! =)

p/s: Semalam ada orang balik rumah kol 3 pagi pas main futsal ngan kengkawan.. Pasal temankan kawan gi balai polis.. Tapi tido pukul 4.30 pagi.. Ingatkan sebab buat hw bahasa jepun.. Rupanya gi tengok bola.. Bagus la tido 2 jam je.. Last2, YB ku sayang la yang kena buat hw tu.. Hahahaha...

Friday, August 14, 2009

Maaf

Showie to all my followers.. Lama si*l kot aku tak update blog.. Ada la dalam sebulan lebih.. ye dak? Ouh, silap eh.. Btw, apa je aku punya update.. Hurm.. Result A-level.. Mesti nak tau punye kan?? Showie.. Jangan harap aku nak kasitau apa aku dapat..

Yelah2, result aku teruk ok?? Teruk yg macam mana?? Mesti ada orang kata, 'Poyo la dia ni. Mesti result power tapi takmo ngaku'. Hahaha.. Jangan bimbang, aku bukan jenis macam itu.. Kesimpulannya, kalu nak tau result aku teruk camane, aku kena repeat 2 papers.. Iaitu Physix n Chemistry.. Tolol.. Repeat bukan pasal fail ye, salah tanggapan tu.. Aku lulus cuma kena repeat pasal xmenepati cut-off point JPA untuk fly.. Jadi aku kena pulun kasi tuttt dalam masa sebulan ni, mesti kena power syllabus AS & A2.. Haaa... Plus, aku rasa aku nak repeat Physix je.. Pasal ape, pasal aku rasa aku mati tak lama lagi kalau aku repeat 2-2 sekali..

And I hate CHEMISTRY.. Walaupun lecturer chem aku kata, Chemistry ni memang susah sebab penuh ngan 'misteri' tapi sayang seribu kali sayang pasal aku tak de hati pun nak punggah misteri kau tu.. So just keep it to yourself ok?? Cuma satu la aku mintak.. Chem ku sayang, kau reveal la secret kau untuk A2 ni kat aku supaya aku boleh score A.. Ok?? Thnxxx... I love youuu...

Wednesday, July 8, 2009

Kau Ilhamku

Today 1st time dengar lagu yang Suraya compose.. Tapi tak habis lagi la.. Tang intro, verse, bridge semua aku dah tetapkan bila aku dengar tadi.. Part chorus masih tunggu Suraya dapat ilham.. Hehe.. Nanti la kitaorang brain-storming untuk buat lirik lagu ni.. Muzik dia simple but just nice untuk didengar.. The thing is main ngan gitar, even kita main tibai2 xde chord pun bunyi dia sedap jugak..kan?

Hurm...Bersesuaian ngan muziknya, aku rasa lagu ni kena jadikan lagu English but memandangkan kitaorang tak berapa la reti english, so if lagu ni english pun, it would be simple english and if nak jadikan lagu melayu, kena kasi lirik yang jiwang kaw2 baik punye la.. Sebab muzik dia memang relax but at the same time ada emotion rindu tu.. Aku rasa mesti Suraya ni compose lagu time rindu kat Syazwan nih.. Aduhai.. Kantoi suraya...

Minggu ni aku tak kuar pegi mana2.. Bosan.. Kalau nak kuar pun, aku kena kuar sorang2.. Hurm.. Bunyi macam best jugak tu.. Nak ke mana ye? Midvalley la best.. Tapi jauh pulok.. Or BB? Lagi la jauh.. Aku nak kena beli presents for gugurl semua coz we'll be having a birthday celebration for all of us in da same day.. Diaorang set date of 24th July.. Masalahnya,aku tak tau n xbeli apa pun lagi kat diaorang.. Takde idea la.. Dah la minggu ni tak kuar.. Tinggal next week je.. Pun aku rasa macam ada je aura2 tak leh nak kuar lagi.. Hurm...

Monday, July 6, 2009

Selamat Ulangtahun sayang

Poyo tajuk..Roughly jela sebab aku dh lama x update blog and memandangkan aku dah tau mana nak curi pakai wifi free selama sejam.. So aku pown update le.. Hurm.. Sabtu lepas gi OU dengan Anuar sebab kununnya nak celebrate birthday dia awal (13 July).. Aku ada exam 13 July tu.. Exam waktu malam n siang ada kelas macam biasa.. Ok tutup itu cerita..

Suh Anuar bawak aku gi OU.. Kenapa ye? Sebab satu, aku tak habes jalan lagi kat OU and 2nd sebab OU ada banyak tempat makan.. Hehehehe... Senang nak pilih tempat untuk belanja dia mamam.. Upcoming birthday boy la ni... Sabtu tu aku ada kelas sampai kol 12... Patutnye kol 2.. Tapi kelas Chem cancel last minute.. So dalam kol 10 tu aku mesej la Anuar kata leh la kuar awal skit sbb kelas cancel.. Then dia ckp ok..


Dah pukul 12 tu aku berlari balik nak siap2.. Dah 60% siap aku pun mesej tanya dia kat mana.. Then dia leh ckp dia kat rumah lagi kol 12.30 baru dia nak gerak.. Aku pun bengang yang amat la.. Sebab nya dia asyik suh aku tunggu dia je.. Kalau aku lambat bersiap skit, aku ckp sory lambat, pehtu dia ckp ' Xpe, dah biasa...' Common tagline kitaorg la... Macam selalu plak aku suh dia tggu.. Then bengang yg macam dh malas nak kuar.. Nak cancel la ni.. Pehtu dia mesej kata dia dah kuar n tengah isik minyak kereta jap... Aku pun xreply sebab marah sgt n trus tak sambung bersiap sbb nak kasi dia plak tggu..Tapi dalam kol 1 tu tetiba ada announcement kata warden nak kemas2 perabot kat rumah junior bawah tangga aku.. Fuuhh.. Sepantas kilat aku bersiap sebab xnak terserempak ngan warden yg juga lecturers aku.. Tapi terjumpa gak lecturer chem..

Masuk kereta je aku pun ok balik.. Malas nak gaduh.. Jumpa dah la xsetiap hari, dh dapat jumpa nak gaduh plak.. Kan rugi namanya.. Aku belanja Anuar makan kat Kenny Roger's and beli present shirt long sleeve with purple-pink stripes and seluar slack hitam dan juge birthday card warna pink...heheheh.. Alang2 dah sale.. Apa lagi beli jelah kan?? Tengok wayang cite 'Ice Age 3', teman sayangku je pown.. Aku tak pernah tgk Ice Age.. So mana 2 aku nak tgk, aku tgk.. Kalau tak, aku tido jelah dlm wayang tu...


Malash plak nak taip.. Lagipun time limit nak sampai dah.. Jap lagi putuih xsempat nak publish post ni.. Sayang aku tulis panjang2.. Btw, Happy upcoming birthday la kepada sayangku, Anuar... Nanti time hari birth minggu depan, nadia call abg la.. Nyanyi kat dia lagu tau... Nadia doakan abang happy and berjaya dalam hidup.. All the best to you and May Allah bless you always.. Nadia sayang abang..

Wednesday, June 17, 2009

Our time is here

We're done, but it's not over, we'll start it again
After the end of the day, it keeps getting better
Don't be afraid, we'll do it together.

Come on, come on, you know
It's your time to move it's my time to move
Come on, come on let go
Leave it all behind, your past and mine

[Chorus]
Gone are the days of summer
We couldn't change it if we tried
Why would we want to, let's go where we got to
Our paths will cross again in time
It's never the same tomorrow.
And tomorrow is never clear
So come on, come on, you know
Our time, our time is here

We know, but were not certain
How can we be, how can we see what's ahead
The road keeps on turning
And all we can do, is travel each day to the next

Come on, come on, you know
It's your time to move it's my time to move
Come on, come on let go
Leave it all behind, your past and mine

By: Demi Lovato (Camp rock 2008)

p/s: Untuk ingatkan diri aku sendiri.. Life goes on and we must move on.. Whatever happened last time, kena let it go la.. Pasalnya masalahnya aku yang tak boleh nak let go hidup aku dulu... So lagu ni sesuai untuk aku la...

Saturday, June 13, 2009

Kenny Rogers!!

Waaaaaaaaaa!! Nanges2 sambil terharu.. Today baru 1st time aku mamam kat Kenny Rogers.. Ajak papa n mama gi Spring carik KRR ni.. Yang bestnye papa n mama dah pernah makan dulu b4 aku aritu.. Komen aku... Sedap dan sedaaaaaaappppp..... Memang berbaloi la ngan apa yang dibayar... 'Mesti cube ye..'

Mama dalam sakit2 tu pun aku ajak jugak turun from kereta.. Jalan pelan2 je.. If tak larat, duduk la kat mana2.. Tapi tetap 'smiilleeeee'.. Jahat kan aku? Orang sakit pas operation aku paksa berjalan plak.. Huhuhu.... Bosan kalau mama tak turun sama... =(

1st high heels beli kat Nose... Yezzaaaaa.... Lawa jugak la.. and sangatlah tinggi untuk aku... Errr.. Mama cakap, 'Eh tak saket kaki ke pakai kasut tinggi2 ni??'.. Ermm... 'Nak jugak, nak jugak'.. Then mama kasi jelah beli.. Plus colour dia lawa.. I mean different from kasut2 yang aku ada before ni... Hitam, dark blue and white...red...brown... eh banyak la plak kan?? Lantak~~

Ape ni?? Kelawar!! Boleh nampak?? Lupa plak aku nak cerita.. Satu hari ni, balik from paper Chem isnin lepas, aku balik rumah dulu and nak jemur baju la ni.. Aku pun kuar la nak amek baju2 housemates aku kat luar yang dah kering.. Sekali dalam banyak2 hanger tu terselit plak benda hitam yang tergantung kat besi ampaian.. Aku kan ala2 rabun manja gitu so aku pun tgk punye la dekat.. Sekali nampak je mata and kepak kelawar tu dok tertutup... Tido rupanyaaaaa... Aku pun apa lagi berlari masuk dalam terus tutup sliding door..

Tunggu housemates aku balik.. Nak suh depa buang la kunun.. Last2 tunggu kawan housemates aku yang sorang ni sebab dia berani la from kitaorang semua.. Tapi dia takut jugak ngan kelawar.. Satu hal plak.. Aku pun gi amek penyapu and kasi kat dia.. Suh dia jolok2 kelawar tu sampai jatuh atas lantai.. Then setiap kali kelawar tu kena jolok and mengeluarkan bunyi yang memang macam bunyi kelawar, kitaorang yang pemerhati dari jauh ni berlari bertempiaran macam kelawar tu kejar kat belakang plak.. Hahha.. Berpeluh2 aku dikerjakan kelawar ni.. Dah la aku penat sebab paper Chem susah... Last2 jolok punye jolok, kelawar tu bangun akhirnya and kawan tu pun dok tolak pelan2 kasi dia terbang sendiri..

Sebabnya kalau dia berdegil xmo terbang sendiri memang mati la kelawar tu kalau dicampak ke bawah.. Apartment kitaorang kan yang paling tinggi... Kelawar tu pun panas hati agaknya..Mesti dia kata ' Aku nak tidur pun payah.. Kacau je aweks2 cun nih.. Kasi ler aku nak tido kat baju diaorang.. Amek feel..' Eh pandai plak kelawar ni.. Pegi la tido kat dalam hutan tu.. Banyak pokok untuk dia bergantung2an.. Kitaorang pun sempatlah menyaksikan kelawar tu selamat 'take off' ala2 flight sambil bertepuk tangan kegembiraan.. =)

Maybe hari tu hari aku kena kacau ngan binatang agaknya..Tengah aku penat2 tu, baru nak baring jap.. Tutup le langsir.. And katil aku ngadap tingkap.. Sekali ternampak macam bayang2 cicak plak kat belakang langsir tu... Aku pun terpikir.. 'Alahai cicak ni.. Nak main wayang kulit plak dengan aku.. Nak main cak cekup plak ngan aku.. Takde masanya aku nak kejar kau..' Sebabnya aku bangun from katil terus and berdiri jauh2 from langsir tu.. Tengok je cicak aktif tu berlari2.. Setiap kali dia gerak.. Aku pun... Eeeeee!!! Bergerak jugak skit ikut cicak tu.. Sebabnya aku sangat geli ngan cicak.. Tapi sepanjang duduk dalam hutan ni, macam cicak ada.. Besar, kecik.. Salunye besar la.. Dalam bilik aku je ada 3 ekor cicak.. Dok berlari2an.. Dulu xde plak.. Ngade betul la... Dah la setiap hari kena berdepan dan berperang dengan cicak..

Satu kali tu, aku tak ingat dah cite kat korang ke belum but satu pagi ni.. Di subuh hari, awal2 pagi tu aku sorang je yang bangun.. Dalam keheningan subuh yang tenang, aku pun berjalan from bilik dan menuju ke bilik air.. Nak amek wuduk ni.. Dalam mamai2 baek punye.. Aku pun bukak lampu.. Sekali 'Tup!'... Dengan herannya aku pun melihat ke atas.. Sekali melompat seekor cicak yang besar from kepala aku turun berlari masuk bawah washing machine.. Tak guna betul.. Cicak tu dok main terjun2 hot air balloon from lampu pendaflour di mana tempat aku berdiri tu.. So cicak tu choose nak jatuh atas kepala aku instead of atas lantai.. Takut mati plus cicak tu gayat.. Memandangkan aku mamai, so aku macam..'Hurm.. Okay.. Geli.. Terus masuk bilik air and basuh kepala sehingga bersih... Itu saje...~~

-Tamat sudah-

Thursday, June 11, 2009

Wanita


Today is the best day that ever happened to our family.. 1stly, 11th June memang birthday untuk kakaks aku.. Which is dua2 wanita terhebat yang ada kat dalam gambar ni.. Kakak n Kakcik lahir pada tarikh yang sama.. Cuma tahun n waktu je lain.. Hehe.. Best2..

Then, today dalam family kitaorang, Alhamdulillah dah ada dua orang doktor... Sebabnya kakcik aku baru je dapat result final examnye dan lulus ngan baek... Maka kakcik pun sekarang dah ada degree medic la.. Aku pun tak tau 'bachelor apa kah'.. Tahniah kepadanye!!! Aku je tak tau apa nak jadi.. Hurm... Xpe.. Bukan cite sal aku kan...??

Yang baby tu.. Clarissa.. Anak sedara aku.. Intan dalam family kitaorang.. n always will... Btw, Clarissa pun lahir bulan Jun.. Kalau tak silap aku, 25th June.. So kiranya all girls yang ada dalam gambar tu, semua 'June babies' la... Hehehe..

Ni wanita yang paling hebat la bagi aku.. My mummy.. Bagi aku, takde apa yang lagi hebat dari mama aku.. Macam korang la... Mesti sayang mak korang kan.. Aku pun sama.. Obviously.. But aku tak penah bagitau depan2 kat mama aku yang aku sayang beliau.. Sebabnya aku nih agak la sentimental banyak... And aku tak suka nangis depan orang..

Jadi aku tak cakap sbb tau aku mesti tangkap leleh baik punyer.. So aku cuma tunjuk thru apa yang aku buat untuk beliau.. So now, sementara mama tengah nak recover from operation tu, aku tolong la buat apa2 yang patut selama aku balik cuti yang pendek ni.. As a symbol of appreciation untuk apa yang telah beliau korbankan untuk aku.. I love u a lot, mummy... Eh... Macam post 'Mother's day' je.. Silap plak... Aduhai...

Next woman dalam family aku yang tertinggal....

ME!!!! Aku jelah pun.. Poyo.. Takde benda aku nak cakap pasal aku... Okay.. Tutup kisah!!

-THE END-

Wednesday, June 10, 2009

Congratszz!!

Congrats to Suraya and Syaz-1 (coco tough) coz akhirnya berjaya gak si Coco tu curi hati Su lepas dok usyar dari tahun lepas.. Hahahha... 10th June...... Akhirnya both of you dah tak single dah for the first time... Im happy for u guys!!! Congrats again!!! =)

I'm back!!

Sorry to all blog readers... Mintak maaf sangat2.. Kali ni yang paling lama sekali tak update blog sebabnya internet kat kolej aku takde dah macam dulu.. I mean wifi tu.. Kalau nak guna pun, kena gi library which is takkan ada privacy nye.. Ada je mata2 orang yang kat belakang komputer tu tengok.. Malas aku plus kena berebut... Bored!

Btw, aku now kat rumah.. Baru sampai petang tadi.. Cuti pas exam AS selama seminggu... And my mum masih tengah dalam process recovery lepas seminggu lebih after melalui major operation.. So cuti selama 6 weeks.. Basically bekas potong tu besar from orang bersalin operate..Cyan aku tengok mami aku..

Haa...Ni time aku ngan gugurl semua kuar gi Alamanda ari khamis bila tah.. Pas chem lab punye exam.. Sedangkan ada je lagi exam lepas tu.. Saje galak.. Tapi Suraya, Auw ngan Pajin xde lam pics ni.. Sebab dia dok opposite kitaorang.. Maaf... Tengok je la.. Malas aku nak caption.. Gambar candid2 semua Auw yang amek...

Photos: ( Venue: Noodle Station)








Wednesday, May 20, 2009

Physix

Haaaa.... Today kol 2 petang, it's time for Physics Paper 2.. Aku seriously tak ready lagi... Doa2 la aku boleh buat petang nanti... Waaaaa! Nanges2 dulu.. Dah la first time aku nak masuk dewan utama untuk paper theory.. Kalu budak2 maths, memang dah lama dah masuk dewan tu..

Takut lerrr.. Dahla sitting place aku lain dari yang selalunya.. But still dalam dewan utama la.. Repeaters and budak2 MARA kat lecture hall 1 & 4, CR16. Kalu kena duduk kat tempat2 yang lain tu, lagi la tatot kan??

p/s: Doakan aku and kawan2 aku ok?? Amin....

Sunday, May 17, 2009

Masa yang tertinggal...

Petang Jumaat lepas, parents aku datang kerana tujuan2 tertentu.. So aku pun ikut pakteh yang datang dari ofis gi amek parents aku kat KLIA n LCCT.. Pesan kat papa, nak burger king.. Hehe.. Tetiba ngidam burger yang enak.. Semua salah cite 'How I met your mother'.. Then terus ke rumah pakteh.. And malam terus je ke Serdang.. Or Seri Kembangan ke apa tah.. Berdekatan la kan?? Owh, x ke?? Sowie la.. Bukan orang Selangor..Best mama n papa datang sini.. Enjoy aku.. Dapat makan... :))

Hari ni baru pulang. Dalam keadaan yang berpeluh2 dan panas pas Along hantar kat kolej, aku masuk bilik, solat terus turun gi CR.. Kunun nak study.. Maka nak amek air cond je.. Haaa.. Amek kau.. Nak sangat air cond kan?? Memang ketar sebab dok direct depan air cond.. Dalam sejam lebey dok situ, aku pun balik bilik.. Sebab dah tak tahan sejuk dah... Sekarang ni aku tengah bosan and panas.. Aku mandi malam awal sangat2.. Syukur ada intenet sekarang ni.. Kalau tak, mati kutu la aku...

p/s: Next paper Physics P2.. which is next Wed... Then Fri, Bio P1.. All the best to myself.. InsyaAllah.. Takut n tak confident langsung...

p/s/s: Semalam aku sempat tengok AF final pas balik dari Serdang and gi makan kueh tiaw kung fu enak.. Hehehe... Aku suka keputusannya.. Memang bijak anda, pengundi2, memilih juara.. Btw, aku tak suka pun kat Hafiz n Aril tu.. Tapi aku suka Hafiz menang sebab dia memang deserved dan bukan go thru AFMASUK...(lameeee~~) And yang paling penting tetiba plak aku sokong hafiz, sebab aku tak pernah suka kat Aril!! :D Sorry Aril's fanssssss.... :P

p/s:

Friday, May 15, 2009

Innocence

Waking up I see that everything is OK
The first time in my life and now it's so great
Slowing down I look around and I am so amazed
I think about the little things that make life great

I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

[Chorus]
This innocence is brilliant
I hope that it will stay
This moment is perfect
Please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it
Don't you let it pass you by

I found a place so safe, not a single tear
The first time in my life and now it's so clear
Feel calm, I belong, I'm so happy here
It's so strong and now I let myself be sincere

I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

[Chorus]

It's a state of bliss, you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry
It's a state of bliss, you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

p/s: By Avril Lavigne

1st Paper

Bio Practical Test.. Errr... Dunno what to say.. Macam yang Zul cakap, let the marks do the talking part.. Yang pasti aku dah tau hilang 4 markah.. Silap baca question... Huh.....Next paper is Physics Paper 2 and Bio Paper 1

Wednesday, May 13, 2009

AS exam

Esok AS exam dah mula.. Bermula ngan Biology Practical.. Dahla aku 1st session.. Takut nye.. Dengan kena quarantine selama 2 jam selepas practical test selama 2 jam jugak.. So total hours 4 jam.. Haii... Kuar awal pagi, tengah hari baru balik rumah.. Lapar semua.. Aduhai...

p/s: Mama, Papa, Adik beradik ku sekalian, Rakan taulan yang beberapa kerat, sila maafkan semua silap dan salah aku dan doakan kejayaan aku... Huhu.. Ampunkan aku, Tuhan... Takutnyeeee....

Tuesday, May 12, 2009

Haaaa...

Blogging dari bilik... Sekarang ni kat Malaysia, musim panas la (summer time).. Dah lamaaaa tak hujan... Ada sekali tu tetiba hujan tapi semenet je.. Pehtu berhenti.. Baru je nak bau jalanraya yang panas tetiba kena hujan.. Tak sempat nak menikmati, ianya terhenti sendiri.. Terkesima aku tatkala melihat hujan tiada lagi yang gugur dari langit.. Biarpun titik2 mutiara, namun sayangnya tiada..Tika bunyi deruan hujan hilang dari deriaku.. Hanya seketika, hanya seminit itu.. Ku terkenang lagi saat itu walaupun telah lama berlalu... -sudah-

Merapek sungguh... Harini aku mandi petang awal giler.. Kol 4 dah siap dah mandi, wangi je.. Peh aku bangun dari tidur setelah mengalami sakit kepala apabila pulangnya dari perpustakaan KTT terchinta.. Berpeluh2 aku.. Kepala hotak shut down sebab pening...

Sebab bermulanya pening itu:

- Aku study sorang2 kat meja yang patutnya for 4 seaters.. Baek punyer lunjur kaki.. Hehe.. Enjoy tapi apa yang tak best, pas lunch, aku tak tenang nak study sebab datangnye mamat2 yang banyaaakk duduk kat belakang meja aku.. Bising~ (Kalau nak bincang, gi masuk discussion room la, ngek!) Pagi tu hidup aku tenang sebab mamat2 tu tak bangun lagi agaknye.. So aku seronokla duduk situ lama2 dengan air-cond.. Sejuk berbanding kalau kat bilik dengan kipas speed 3..

- Semalam aku tertido lewat sikit berbanding biasa tapi luar biasa untuk orang lain sebab aku tido awal sangat2.. So aku agak mengantuk la.. Tambah2 pas mamam, memang baek punyer ngantuk la.. So tengah2 baca Bio, tetiba aku duduk and ingatkan nak pejam mata je.. Sekali aku tetido yang sampai sempat mimpi kejap.. Aku rasa dalam 10 mins kot.. Then aku terbangun tetiba sebab aku terjaga bila dengar suara2 laki.. Aku macam terlupa yang aku kat library..

- Bila kita dalam keadaan yang baru nak lena tidur and terbangun secara mengejut akan mengakibatkan kepala menjadi sangat pening dan sakit.. Jadi aku tak leh nak go on, aku balik and terus makan panadol.. -hibernate selama 2 jam-

p/s: Quiz aku kat Facebook sucks betul la.. Semua orang tak kenal aku betul2.. Kawan aku, Matnoq je score paling tinggi.. Tu pun 50+%... Payah betul la.. Sebab pilihan jawapan banyak yang memang patut leh jadi jawapannya tapi aku yang tak reti nak setting supaya pilihan jawapan yang betul leh jadi banyak2.. So jawapan betul 1 jeeeeee... Tu yang abes semua terjun bangunan tu tak leh jawab.. Aku pun rasa macam nak terjun swimming pool tengok bila tengok result semua orang.. But it is predictable.. Takpe2, try lagi sampai anda dapat 100%!! Yakin boleh!!!

Monday, May 11, 2009

1st time

Tetiba plak selepas 2-3 minggu wifi ktt1 tetiba plak ada.. So sekarang aku menulis pos semata2 intenet dari bilik tetiba leh guna.. Btw, today ada examination briefing and aku lepak kat library je sorang2.. Nak cari ketenangan.. Bosan ngan kehidupan harian.. Nak try something new...

Pas 3-4 jam kat library tu sorang2, aku lepak ngan kawan2 laki aku ex collegian yang dah pindah kat sekolah lain waktu form 2 and form 3.. which is basically diaorang tak grad kolej la... Tapi oklah.. Aku lepak2 sembang hal2 lama semua, then tak tau macam mana leh terkuar cite pasal merokok.. Disebabkan aku tanya kawan aku (A) tu nape dia pindah sekolah.. Sebab ada kes ke? Then dia kata tak..Oklah then..

Tetiba aku pun main2 la cakap aku nampak dia kat belakang blok tengah merokok.. Sebabnya apartment aku kan ngadap hutan.. Aku memang cakap yang main2.. Bukan nak kasi kantoi ke apa.. Sekali muka dia tetiba berubah.. Time tu kawan kitaorang yang sorang lagi (B) ni dah gelak2.. Aku tau yang B memang merokok.. Tapi yang A tak tau la.. Mati2 si A ni nak cover2 @ ngenjen aku kunun2 bukan dia yang aku nampak.. Siap kata time malam mana kau nak sure tu aku?? Hahaha.. Sedangkan aku tak kata pun malam.. Nampaknye dia yang kantoi kan diri sendiri....

Aku katalah kat dia.. Nape merokok.. Kan amek medic.. Doktor apa yang merokok.. Kalau aku takpelah... Amek dentistry oklah lagi kalau merokok.. Then dia punye muka lawak sangat2.. Aku dok tak tahan nak gelak.. Macam student kena marah ngan warden.. Haha.. Muka muhasabah diri tu.. Aku tak tau apa yang penting sangat bagi dia kalau aku tau dia merokok.. Maybe dia tau aku tak suka agaknya.. Tapi takde kaitan ngan aku pun dia nak merokok tak.. Sukati dia la kan?

p/s: Syukur Alhamdulillah wifi tetiba ada.. Leh aku update antivirus aku yang dah tak terurus ni... Semalam kunun nak guna wifi kat Kfc Giant, takde plak.. Salunye ada.. Aduhai...

MidValley vs Selayang Mall

Sabtu lepas.... Me and Anuar at RasaMas, Mid.. Ala2 gambar zaman lama gituu...

My only bro, my 'bro' and me!

Err.. Huduh.. Kerana tudung tak kentang langsung.. Tapi mekap cun...

Err.. Testing tgk tudung kentang x.. Atur2 pun masih tak kentang..

Aku and Anuar je yang makan lunch sebab time tu dah nak dekat pukul 4 kitaorang baru sampai Mid.. Abang aku dah tak larat nak tunggu lunch sekali... Lapar katanya.. Aku pun lapar gak but kena tunggu sayangku datang amek kat kolej.. Pagi2 dia busy ada on call and kena singgah rumah diaorang kat Nilai.. Nak hantar langsir from Bandung yang dipesan oleh Bonda, katanya.. Aku ok jelah...

Kat Suria Cafe apatah, Selayang.. Dinner time ni dah kol 9 lebey nak dekat kol 10.. Order chicken chop.. Sayangku kata kat sini sedap.. Makan malam pas sayangku tinggalkan aku kat Selayang Mall sorang2.. Sebab dia kena hantar angah kat stesen bas, Gombak.. First time gi Selayang Mall, and pegi sorang2.. Baik punyer.. Mati kutu aku takut nak jalan sorang2.. So aku main2 dalam parkson je.. Beli la stationary and kad2 birthday yang banyak..

Sedap sangat eh shayang?? Asal wat muka macam tu? Tomey~ He had fish and chips

My chicken chop.. Ada upload gambar fish and chips tu.. Tapi tengah2 taip ni aku terdelete plak.. Malas sangat nak upload balik walaupun boleh jeeee

Gi Mid untuk beli cincin.. Teka berapa harganye?? Kecuali shayangku je yang takleh teka sebab dia tau brp harganya... Hehehehe... Cincin beli kat Lazo Diamond aku tu patah tetiba.. Nanti nak gi pateri balik..

Sekarang... Aku Mrs. Anuar Arshavin... Thanks shayang kasi baju ni.. Aku tengah pakai baju ni sekarang btw.. Heheheh

Thursday, May 7, 2009

Bored

My new aim :

1) Change into a better person in such a way..
2) Do not disturb others
3) Not to talk a lot and in details
4) Be quiet and keep everything I feel just inside me...

P/s: Im bored....

Tuesday, May 5, 2009

Dari Library

Haluuu.. 1st time guna komputer kat library ni..syok jugak but agak sedih sebab aku segan nak gi kat komputer ni sorang2.. Alamatnya aku ajak baydah.. Mula2 dia tak nak tapi aku tau kalau aku ajak dia baik punyer dia syok check Facebook.. Maklum la banyak friend request..

Nak cite semalam aku tergelecok kat depan gate kolej aku.. Ada lubang ngan batu2 besar baik punyer.. Nak bangun tergelecok lagi.. Then kat kaki kanan plak tu.. Saket tak leh jalan sgt n nak bengkok kaki paling sakit.. Alamat aku takut kaki patah, aku ajak Jixs teman aku gi Kinik Nazam jap.. Dekat2 je la ngan kolej.. Then syukur tak patah, cuma terseliuh biasa.. Kaki aku rasa lenguh sebab tak leh bengkok betul2.. Dok jalan seret2 kaki kanan menyebabkan kaki kiri aku plak yang sakit sebab bergantung kat dia je untuk jalan n naik tangga.. Doktor nak kasi MC.. Aku rasa macam tak payah je.. Tak la ngade sangat sampai tak mo pegi a few class je untuk minggu ni..

So sekarang.. Aku tercedera.. Bosannya net tak leh nak pakai from bilik lagi.. Aduhai.. Takleh YM n msn dah.. Sedey la macam ni... :(

p/s: Aku mintak maaf banyak2 kat kawan2 aku semua pasal aku nak exam dah next week.. I mean major exam.. Bukan internal exam dah.. Tu je la.. Bukannya aku nak mati sekarang pown.. Asal aku mintak maaf je, orang ingat aku nak bunuh diri la apalah.. Tak leh tu semua.. Lagipun sayangku marah kalau aku sebut pasal benda tu.. Jadi jangan paksa aku sebut tau... :P

Sunday, May 3, 2009

Rindu kamu



Aaaaa... Rindu sungguh aku ngan bloggy aku ni.. Sayang die.. Sorry, baby.. Lama x update kamu sebabnya aku pun dah takde net sekarang ni.. Masalah wifi di KTT sekarang tak dapat dibendung lagi.. Amat menyedihkan.. :( Aku pun dah malas dan fed up nak complaint sebabnya complaint tak complaint same je.. Memandangkan wifi yang aku subscribe takleh nak pakai dah skrg ni, jadi if aku nak guna net, aku kena pegi library jelah..

To my kakcik, n friends, aku tak leh nak ym or msn dah sekarang.. So anything, facebook or text me je la.. Korang ada phone no. aku kan?? Aku tak tukar no.phone pun.. So it shud be no prob with that.. Btw, aku blogging kat rumah pakteh aku sekarang.. Mintak kat Adlina (kazen) nak pakai net jap sebab aku tau dia memang suka on9.. 24-7 la kiranya.. So cara aku tanya tadi baek punyer.. Ada net tak kat rumah? Nak guna jap.. Walaupun aku tau memang rumah ni ada internet.. Heheheh.. Trick yang baik..

Semalam aku datang umah pakteh sebab takde air kat kolej aku for a few hours.. Aku tak tahan so aku blah la.. Now maybe dah ada la.. Semalam sehari2 aku gi Alamanda dengan Anuar.. Teman dia tengok cite Wolverine.. Aku sedih n frust sgt sebab tak dapat tgk cite 'He's just not that into you' sebab dah tak main dah kat Alamanda.. Aku rasa kat tempat lain mesti ada sebab cite tu tak la lama sangat dah ditayangkan pown.. : ( Tapi macam mana pown, cite Wolverine memang best.. Pas kuar dari panggung tu, sayangku ni asyik dok la berangan nak jadi Wolverine.. Aduhai.. Umur dah nak masuk 25 tahun.. Perangai macam budak2 lagi.. Tomei.. Cubet pipi dia padan muka...
*
And yang paling best, benda yang aku tak pernah buat dalam relationship2 aku yang sebelum ni ialah.... MAIN GAME KAT ARCADE!!! :D So interesting.. Main game Time Crisis, lumba keta yang banyak2.. Lumba moto.. Aku plak gi bantai pakai skirt kasi baik punyer ayu... Mak aih main tembak2 tak hengat.. Awek2 lain yang ada kat situ tgk je bf diaorang main. Paling2 tidak pun main basketball?? Hurm..Errr abis dalam RM10 jugak la kat situ je.. Giler la.. Best2.. And semalam 1st time aku try makan teppanyaki?? Errr.. ye la kot macam tu eje dia.. Whateva.. Hehe...

p/s: Senorot dapat blogging

p/s/s: Aku takut tak sempat jadi di kesempatan ni, aku nak mintak ampun, mintak maaf, susun baek punya 10 jari kalau aku ada terkasar bahasa, menyakitkan hati, menyinggung perasaan sape2 selama korang kenal ngan aku ni.. Dan doakan yang terbaik untuk kita semua.. InsyaAllah.. Amin... Aku akan rindu kamu...

Tuesday, April 28, 2009

Happy Anniversary!

Today is my anniversary with my hubby-bee (habibi), Mohd. Khairul Anuar Mohd. Nasir.. (A.M.N.).. Haha.. Errrr... Yang ke berapa ye?? Bukan tahun la of course.. Month, maybe.. Just wanna wish u, happy anniversary.. May Allah bless our relationship and thanks for loving me, thanks for taking care of me... I love u...
Haa.. Akhirnya.. Ada jugak post aku for today.. Tetiba internet ktt boleh pakai plak.. U know what, today reporters from berita harian nak datang.. Nak amek gambar facilities and interview pengarah terchenta.. Haha.. I wonder which part of facilities yang nak diamek masuk dalam surat gambar.. Rasanya gelanggang futsal la yang paling hebat pun kat sini.. Heehhehe..

And tadi pas solat Subuh, aku goyek2 and nekad nak gi makmal komputer and cari pakcik IT (bukan yang salu aku msj tu), nak terminate subscribe wifi aku ni dan ambil balik duit yang selebihnya.. Sebabnya aku dah fed up nak tunggu kununnya ada net tapi xde.. Haa.. Gitu la gamatnye.. So thinking of joining celcom broadband.. Bagus x and laju x and senang x nak dpt connection if yang pakej paling murah tu??? To the users, sila tolong aku jawabkan soalan ini...

Semalam aku mamam roti boy 2 bijik.. Tapi tak sedap sebab dah sejuk.. Pajin gi alamanda, so mintak dia tolong belikan.. Baek punyer.. And sementara tonton cite 'Matahari' tu, aku dah telan nasi goreng usa from Mama K (mamak). Hurm.. banyak sungguh aku makan semalam.. Tu la akibatnya kalau org tak kasi aku makan nasi time lunch (tipu, bkn orang tak kasi tapi aku yang tak sempat nak beli). Today ada bengkel for subject Bio.. Tapi aku pun tak tau kelas aku punyer turn pukul berapa.. Sungguh tak updated.. Huh... (mengeluh..Jangan selalu..orang kata cepat mati)

p/s: Supply panadol aku nak abes dh.. Macam mana ni??

Sunday, April 26, 2009

So yesterday...

Semalam hari yang paling buruk pernah berlaku dalam hidup aku untuk seminggu ni... Sangat teruk.. Errr... Actually teruknye sebab aku nangis dari pagi semalam sampai awal pagi harini..Of course,diselang selikan la.. Macam, aku call mama aku, call hubby-bee aku,hubbyy-bee aku call aku balik, lepak dengan Baydah dari pagi sampai petang kat rumah aku,just to make my day better.. But jadi lagi teruk.. Sampai orang cakap sikit, aku nangis.. Orang tinggi suara kat aku sikit, aku nangis lagi.. Orang menyakitkan hati aku pun, lagi la aku nangis bukan sebab sedih tapi sebab sakit hati kat orang tu tapi tak leh nak bunuh dia...

Basically, semalam senang cite semua umat manusia nak cari pasal dengan aku.. Tak tau kenapa.. Sampaikan makcik kafe tu pun nak menyakitkan hati aku jugak.. Im so sorry, makcik.. But I'm not apologizing.. Tak kira la kau tua ke ape ke, as long as kau bukan mak aku, kau tetap salah.. So don't expect me to apologize to you just because u're much2 older than me.. (Note: Makcik tu kenal aku and tau nama aku + Aku rajin la jugak bersembang ngan makcik ni sebab aku baek)

Alkisah, semalam kafe bukak satu je semalam.. Dak KTT akan tau kafe apa n sape yang aku ceritakan kat sini.. Aku dah la takde mood, so aku rasa macam nak x nak je beli makanan kat kafe sebab aku memang dah jemu and dah lama tak beli kat situ.. Tapi last2 kol 5 tu, aku pun order la food thru SMS.. And mood aku sungguh tak baek tapi aku tak suka lepaskan kat orang.. Aku taipkan perbualan kitaorang melalui SMS.. Exactly apa yang aku dan dia tulis...

N: Sy nak order nasi goreng berlada, tmbah telur mata. Nak amek pukul 6 ptg nanti. -nadia-

M: Ayam berlada xde. Orde lain?

N: Nasi goreng usa ada x? If takde, amek nasi set jela.. (nasi putih, telur dada.. Tu je)

M: Wahhh.. Perli makcik eh.. Terima kasih yea..

N: Mana ada perli makcik...(Just to make things better, but it didn't work)

-End of conversation-

Time aku hantar mesej yang last tu, aku cam saketnye hatiiiiii.... Apesal la makcik ni pun nak kasi jiwa gua panassss baek punyer... Terus aku delete no.hp kafe tu and promise to myself takkan beli kat kafe tu dah.. The thing is, aku takde niat pun nak perli sebabnya kalau aku amek nasi set tu pun, lauk ada kat rumah.. So no hal la.. Murah pun murah la berbanding menu lain but yet still aku rasa sangat panas bila aku cakap elok2, niat baik2, orang tuduh aku perli pulak... Masalah betul.. Im sarcastic but won't do that without any good reasons.. Btw, food tu aku suh Baydah yang amekkan.. Malas aku nak tengok makcik tu dah...

Malam tu, aku tido awal.. Nak belajar pun takde mood.. So aku tido.. Awal pagi aku bangun mandi sebab ada usrah day. Macam sukaneka budak2 usrah. All girls. Seluar aku ngan kasut aku kotor banget sebab berjalan smbil melutut atas padang bola yang becak sebab main blind trail. Kitaorang kalah sebab sampai lambat skit.. Tapi xpe, fun.. Main telefon buruk which is group kitaorang kata nama group tu 'iphone'.. Kena sampaikan hadis.. Dapat no.2.. Oklah tu.. But wakil from group 'Cik Gigi', kitaorang la tu.. Jixs menang main musical chair.. Baek punyer tolak orang.. Giler kentang..Congratz!! Today is better than yesterday.. And im feeling better.. Thanks Allah..

Friday, April 24, 2009

Terapi kah itu?

Fuhh... Baru pas melalui terapi menghadapi stress.. Kasi baek punyer sental.. Puas hati aku.. Pastu aku terus mandi.. Walaupun awal sangat kan? Even aku dah mandi pun masih rasa panas and malam karang kalau rajin, aku mandi lagi la.. Tapi possibility untuk aku mandi lagi itu sangat2 sedikit sebabnya aku jarang mandi banyak2 kali dalam sehari selain daripada mandi pagi dan mandi untuk malam..

Yang aku heran, eventhough dah melalui terapi ni yet still stress aku tak hilang langsung.. Kurang la sikit sebab dah lepas geram time terapi tadi.. Tapi still la.. Masih ada stress tu and aku tak suka berperasaan macam ni.. Benci yang amat.. Aku akan rasa down sangat2.. Katakanla kalau ada orang tanya aku pun, nape aku stress (walaupun aku tau takde orang kesah pown), jawapan aku ialah aku pun tak tahu sebab rasanya macam xde specific reasons pun untuk aku stress... Just aku kena kurangkan layan konflik dalam diri, jangan buruk sangka kat orang and jangan pikir bukan2... Ouh, lagi satu.. Kurangkan bercakap.. Sebab orang tak suka kawan ngan mereka yang begitu banyak bercakap...( bukankah dengan bercakap boleh kurangkan stresss sum1???)

p/s: Dyam jelah.. Kan senang..

p/s/s: I miss u... My old best friends...



Keindahan alam...

Gambar2 ni xde kaitan pown.. Sebab ni gambar time kitaorg gi Pavi dulu but aku baru amek from hp baydah.. Hari tu tertinggal skit..

Teka la.. Muka sape yang terpotong and tak nampak tu? Hehe.. Pasti dapat teka..

Haaaa... Rainbow.. Ni dari airport Kuching aritu.. Sementara tunggu flight aku amek gambar2 permandangan yang lawa2.. Time2 macam ni la, combination warna langit tu sangat2 lawa.. Tetiba terperasan rainbow.. Cuma tak berapa clear.. Sebab time tu tak discover lagi phone aku leh set utk kalau nak amek gambar permandangan.. But ok la as long as korang boleh nampak rainbow tu kan?

Subhanallah.. Cantik sungguh.. Ni langit kat belakang aku.. Aku toleh belakang dan ternampak langit macam ni terus bawak kuar kamera.. Tak leh lepaskan peluang macam ni.. Bukan setiap hari kita dok tunggu and tengok langit kan? Suka aku amek gambar pemandangan macam ni.. Sebab kita tak boleh tengok real life selalu2.. But kalau ada dalam gambar, akan buat kita sentiasa ingat... Gambar ni jadi wallpaper hp aku sekarang sebab aku dah pening tengok muka sendiri... Hahah.. Kalau aku amek lagi gambar2 permandangan macam ni, aku sharekan kat sini okay??

p/s: Internet masih ngek dan tak berguna...