Tuesday, October 20, 2009

A2 exam

Gerun..Seribu kali gerun..Final exam A2 start next week..Bermula dengan paper bio then akan berlangsung selama sebulan tanpa henti.. Fuuh.. Persediaan mental dan fizikal harus ada..Perlu kuat dan bertahan..

Walaupun gerun tapi feel exam tu xde. Masih belum ada dalam keadaan exam mode. Sekarang aku mengantuk. Sila tengok jam pukul berapa. Awal bukan? Tapi aku tak tidur petang la tadi. Petang study kat library untuk 3 jam tapi stop2 la. Kalau tak stop, tidur jugak jawabnya.

Rakan2, sila doakan aku dan rakan2 seperjuangan aku sekali. Doakan kami dapat jawab exam dengan mudah dan supaya kami mendapat keputusan yang sangat2 cemerlang seterusnya dapat fly =) To all the repeaters sepertiku, percayalah kita boleh. Bak kata Abang JPA kita, jangan biarkan benda buruk yang jadi pada kita tu satu kelemahan. Kita ambil, pusing keadaan supaya benda tu dijadikan kekuatan. Percaya pada ketentuan-Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Usaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah.

'Sometimes we need to have faith in somebody but the most importang thing is.. We need to have faith in ourselves...' Quoted from Elle Woods - Legally Blonde.

Teruskan semangat, Nadia! Sabar. Kena positif! Doa banyak-banyak. InsyaAllah kita boleh fly.

p/s: Nasihat daripada Auwieyh dengan penuh attitude dan berhemah kepada rakan2nya.

No comments: