Saturday, October 31, 2009

Dugaannya

Dugaan A2... Macam-macam yang jadi sekarang ni. Pelbagai masalah datang kat kitaorang bila dah musim final exam ni. Maklumlah senior year kat KTT. Tak yah kot~ Kitaorang yang aku maksudkan ialah Gugurls aku yang disayangi. Boleh aku katakan pada aku, Shay-Too dan Shay-Nie.. Memandangkan yang lain, semua biasa2 je. Takde la benda luar biasa yang jadi.

Shay-Nie: Hurm.. Sebulan sebelum exam tu, dengan tetibanya dia yang single ni couple tanpa pengetahuan gugurls sampai dipaksa untuk buat ‘Confession of a Shopaholic’. Baru dia bagitau. Dia couple ngan seseorang lelaki yang dia jumpa kat KLIA pada suatu ketika time dia ngan Shay-Too gi hantar kawan TKC mereka fly. It happened to be that laki ni pun kawan ngan kawan diaorang. Kiranya kenal kawan atas kawan la. Tapi yang paling best, terus bertukar no.telefon dan sampai la sekarang.. Owww... So sweet~ Takde cite panjang pasal aku pun tak tau detail sangat.

Shay-Too: Ni lagi sorang adik aku yang bermasalah dalam hal percintaan. Haha. Sorry, Too! Haritu dia dengan tetibanya kasitau ngan kakak2 dia ni yang dia ada suka kat sorang laki, budak A-level kitaorang jugak. Yang seronoknya, dia suka tetiba. Aku pun tak tau macam mana. So cuba punye cuba. Kakak2 dia ni pun tolonglah ‘match making’kan dia ni ngan laki tu. Laki tu pun ok la. Tapi kitaorang memang nak kasi dia kawan je ngan laki tu. Nak dijadikan cerita, minggu lepas dia balik rumah time weekend. Kakak dia amek kat kolej sekali ngan kawan2 dia. So ada la salah sorang kawan kakak dia ni, usyar dia. Fuhh. Hensem lak tu. So sekarang ni kami nasihatkan Too untuk pilih kawan kakak dia ni instead of laki A-level itu. Tengah tunggu love story mereka bermula~~ =)

Shay-Nad: Dalam 2 bulan terakhir aku kat KTT ni, dengan tetibanya aku kawan ngan sorang laki ni. Kawan KTT jugak la which is weird pasal aku memang takde kaitan gak dengan dia untuk jadi kawan rapat plak tu. Maksud aku, kitaorang tak sama kelas or pape. Cuma pernah bertegur and ada no.phone pasal aku train budak junior choral speaking and it happened to be mamat tu salah sorang facilitator kumpulan tu. Aku tak terpikir langsung akan kawan rapat ngan dia sekarang. Kitaorang lepak together la kadang2.

Nak dijadikan cerita semalam, aku gi lepak ngan dia kat student’s lounge sambil tengok tv. Tapi mostly kitaorang sembang je la. Nak tengok tv, aku tak pakai spek lak. Mamat ni currently single la. So ingatkan masih macam tu pasal dia tak cakap ape. Rupa2nya dia ngan awek dia kat sini dah get back together Sabtu lepas. Maka Ahad nya tu aku baru je lepak ngan dia lagi. Aku pun baru tau pas dah balik bilik. Dia bagitau aku pas ada spy awek dia nampak kitaorang duduk sama. Haha. Yang bestnya, awek dia call dia and tanya dia, ‘Ada perempuan lain ke?’. Maksudnya aku la tu. Tolong la. Aku KAWAN je la ngan laki kau tu. Relaxlah. Takde perasaan lebih2 pun. Merepek!

p/s: Susah kalau jeles tak bertempat... Aku paham perasaan tu pasal aku pun kadang2 macam tu.. Tapi kau tak patut tercabar dengan orang macam aku ni... Aku bukan ape2 pun...Aku mintak maaf kalau adanya aku ni buat kau susah hati, bimbang aku amek kau punye boy..

No comments: