Wednesday, December 31, 2008
Azam 2009~
Penzahiran azam2 aku tahun 2009: (aku bgtau skit2 jelah eyh..yang lain tu tak perlu rasanya)
1) Aku nak berubah menjadi seorang yang lebih baik dalam apa jua yang aku lakukan berbanding tahun2 yang sebelumnya...InsyaAllah
2) Aku nak sayangkan keluarga aku dengan lebih dahsyat berbanding tahun2 yang sebelumnya dan aku harap mereka juga begitu..
3) Aku nak sayangkan mereka yang betul2 sayangkan aku.. Namun aku juge sedar bila kita terlalu sygkan seseorang tu and bila mereka lukakan hati kita, kita akan rasa sangat sakit.. namun jika kita tak rasa pa2 bila kita dilukakan, itu tak juga bermakna kita tak sayangkan mereka, cuma mungkin kita dah lali dengan semua tu...
4) Aku nak hargai semua yang betul2 sayang kat aku sebab aku tak nak hilang mereka dah.. Aku penat kehilangan orang2 yang aku sayang.. Xmau3!!
5) Aku nak cuba belajar dari kesilapan.. Tu yang aku tengah cuba sekarang ni.. Walaupun aku asyik lupa jeeee.... Haiya~
6) Aku nak jadi budak baik.. In such a way laa.. Aku nak kurangkan kelancangan kata2 aku ni.. and nak kurangkan kadar bilangan orang2 yang jadi mangsa aku bila aku baran.. Dan aku nak cuba berbaik2 semula dengan kwn2 laki aku yang pernah aku tampar, kena baling beg dan kena tolak meja guru ke arah mereka,yang juge telah membuatkan mereka trauma dan fobia bila jumpa dengan aku sekarang...(kerana kami kerap berjumpa..sama tempat belajar..namun tak bertegur sapa)~~ Aku memang samseng dari kecik lagi..Bertumbuk dan menendang orang itu bukan perkara luar biasa untuk aku.. Namun ingin aku ingatkan di sini, aku takkan pukul perempuan..Melainkan perempuan itu benar2 mencabar kesabaran jantan aku ni.. Terima kasih~~
p/s: Kesimpulannya, menjawab soalan di atas tadi, basically aku nak jadi insan yang lebih baik dari semua segi.. Dari segala2 segi.. Aku nak berubah.. Betul.. Aku serius nak berubah.. Jangan gelak kat aku tau...~~ InsyaAllah...
Monday, December 29, 2008
~2 Hati bersatu di dalam 1 Cinta~
My mum, Kak Yam n me!!
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Kak Siti Mariam dan Abang Iswandy. Semoga sentiasa berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ikhlas daripada kami sekeluarga...
p/s: Kak Yam ni aku kenal sejak 8 tahun yang lepas. Dia merupakan kawan kepada kakak aku yang 1st. Abg Iswandy ni juge merupakan rakan sekolah mereka berdua iaitu di Kolej DPAH Abdillah...Tahniah sekali lagi!! (^_^)
Sunday, December 28, 2008
My Beautiful Day!!

Big Apple's Donutsssss~~~With my new boyfriend, Ronald.. Aku niat nak pelok mamat ni kaw2 namun malangnya aku kena pegang plastic bag yg penuh dengan makanan MCD.. Namun sila lihat tgn aku sebelah lagi kat mana.. Romantic...~~ Pic taken by Yande
Ni new screen untuk laptop aku.. Sila la ye rasa yang aku guna Mac instead of Window.. Hehe.. Thanks to my Matnoq lagi~~~
I love you, all...~~ Thank you for your support...(^_^)
Saturday, December 27, 2008
Sehati Berdansa..~
Aaaaaaa!! Aku happy! Sebabnya Lisda dan Fauzi jadi juara untuk Sehati Berdansa musim yg ke-2.. Dan esok, papa aku kena belanja aku dan mama makan hi-tea kat hotel..(kerana beliau kalah pertaruhan sapa yg menang..beliau sokong Amyza..Sorry, da-dyyy...)
Tahniah juga kepada Ray (hensem..cuma kena gunting rambut je) kerana memberikan idea2 dan ajar tarian2 yg konsisten setiap minggu.. And thanks to all voters..Chewah, cam aku plak yg menang.. Maka orang lain yg dapat pegi Europe.. X boleh blah.. Haha.. Boleh je.. Aku pasti menang... Tapi sebelum itu.... Aku kena carik laki dulu!!! Siapa nak jadi partner aku, angkat tangan!! Takde pown.. Terpaksa la menari sorang2 ni... Dengan Fahrin jelah.. Ahaks!!~ Suka3!!
Lisda & Fauzi 67.10%
p/s: Tahniah juga kepada Amyza & Khairil... Cuma aku sangat tak puas hati sebab naib juara tak dapat apa hadiah pun selain trofi dan juga barang tajaan. Cam tak fair langsung.. Bagi la percutian ke Bali ke apa ke.. Baru la setaraf.. Kan mereka dan masuk final jugak.. Adoi~~
Wednesday, December 24, 2008
BoNeKaLife!!


p/s: Suka lagi gambar yg ke-3 ni kot.. sebab lagi clear..emy jgn ambik yg 2nd pic tu.. Ada org kat belakang tu...
Selamat Menyambut Maal Hijrah

dan 2 orang lagi panel terkemuka
Saturday, December 20, 2008
Los Dan Fauunn...~
Friday, December 19, 2008
Something on the lab's ceiling!!
Tuesday, December 16, 2008
Tribute to him..~
Aku sudah dapat result final sem aku baru2 ini. Memang teruk.. Xyah cakap la.. Namun aku bersyukur sangat2 kerana aku tidak gagal dalam paper Chem aku itu. Alhamdulillah.. syukur.. takut aku~ Aku kena puasa nazar 2 hari pasni sebab improve markah dalam Bio and Phy berbanding mid sem lepas. Huhu... Pointer aku lagi funny. If aku x up pointer aku, memang aku tak leh fly la jawabnya. Kena usaha lagi! Aku cuba walaupun aku tak berapa pandai.. InsyaAllah boleh.. Memang kena usaha sendiri.. Nak harap lecturers, memang xyah la...
p/s: Kepada sesiapa yang dapat results gempak lam setiap exam kamu and kamu rasa sudi nak share tips belajar yg berkesan, silakan.. Aku amat alu2kan sebab pertolongan kamu amat diperlukan... Terima kasih
Saturday, December 13, 2008
Terbang di Awan Biru...
Hmm... Aku tak mau balik.. Bosan sungguh~ Xpelah.. Aku balik KL nanti aku nak ajak boy aku keluar tgk wayang.. HAHA! Ok, aku tipu dan berangan lagi... Hihi... Eh... Hmm... Berat badan aku makin naik walaupun aku joging setiap petang sepanjang cuti ni.. Aku hampa sungguh.. Wawa.. Balik kolej, aku kena diet makan balik..
Aku taknak tapi aku kena balik jugak. Xpelah, setahun lagi.. Sabar2... Huhu... Lusa confirm aku dapat result final sem aku... Teruk dan busuk... Btw, kitaorang ada new Chem lecturer.. New lecturer lagi, lagi, dan lagi.. Aku dah bosan.. Semoga lecturer baru ni boleh ajar kami dengan begitu baik... AMIN...
p/s: Doakan aku tak fail mana2 subject walaupun kuat firasat aku mengatakan aku akan fail... Nauzubillahiminzaliq
Friday, December 12, 2008
BONEKAlife's Promotion!!

Hye all! Im neither a businesswoman nor a sales girl.. But Im helping my pet brother in promoting his products, Bonekalife~ There are nice because of their simple designs and colours. The most interesting is the posting is absolutely FREE! They will be send through 'Pos Laju' or is it the same with Pos Express? Im not so sure about that but we need to trust our Pos Malaysia's credibilities.. Heh! Im in process of buying this bonee-tee, just waiting for my cash..The payment can be done by cash deposit into his bank account.. Trust me that you would not find this kind of unique brand in the market.. Only here on this virtual business!!
A mini case for your phone!Thursday, December 11, 2008
A lunch with my best friend~
Aku sebenarnya takde mood la nak tulis blog hari ni. Takut silap tulis lagi, ada lagi perasaan yang aku sakitkan. Bila orang sakit hati kat aku, hati aku pun sakit jugak. Bukan marah tapi jadi sedih and guilty. Salah aku, orang cepat tangkap. Baik aku, orang memang tak nampak. Aku tau sebab baik aku pada orang tak banyak. Heh!
Pelik tapi benar, best friend aku ni seorang lelaki. Tapi mesti pernah couple before this kan? Ye, jawapannya pernah tapi kami bermula dengan kawan dan berakhir sebagai kawan juge. So sila jangan salah paham ye? Kami dah ada cinta hati masing-masing sekarang ni. Jangan nak buat kontroversi ataupun apa2 spekulasi sebab kami nak kena jaga hati lover kami. Yang lepas tu biar lepas ye.. Sila faham.. Terima kasih...
Kami janji kami akan berkawan baik kini dan selamanya~
p/s: Aku takde mood nak kuar tapi sebab aku dah janji lama dah, dan janji aku bukan janji Melayu.. Aku takde mood sangat2 now... Maaf~
Tuesday, December 9, 2008
15 jam bersama...
Alkisah~
Semalam aku ada kata yang aku pierce telinga lagi kan? Sayangnya pas solat Subuh pagi tadi, aku mengalami kemurungan yang agak teruk la jugak and terus aku decide nak bukak subang tersebut and tak nak ada pierce dekat situ.. Kiranya aku nekad la.. Sebabnya luka masih tak sembuh langsung and aku pegi bukak plak subang tu, memang naya la sakit.. Berdarah..
Kenapa aku nekad nak bukak?? Jeng3! Biarlah rahsia...~ Adalah sebab2nya.. Apa yang orang cakap tentang aku lepas aku pierce tu and all that.. Aku tak tahan lalu aku decide untuk xpakai dah subang tu.. Now tgh sapu2 gamat gel untuk tutup balik lubang yang dah ditebuk. Aku cam xcaye jugak la aku bukak sebabnya time kena tebuk tu pun, azab jugak.. Panas telinga tu.. Tu pun dah spray ubat banyak2.. Tapi sakitnya sampai now..
So yang jadi 15 jam tu sebabnya aku pierce pada pukul 3 petang semalam and bukak subang tu pukul 6 pagi tadi. Huhu.. 15 jam je aku merasa macam mana rupa aku ada subang extra tu... Sayang aku tak ambik gambar banyak2 skit.. Sedih~
Monday, December 8, 2008
Selamat Hari Raya Aidiladha!! (Part 2)
.jpg)
Me and my bonda~
Bila kami merapek... Ni la jadinya
Penat posing teruih tertido...
p/s: I got a new ear piercing.. hehe.. sakit seyh.. agak nyesal gak la pierce but ganas tetap ada...
Sunday, December 7, 2008
Selamat Hari Raya Aidiladha!!
Di sini ingin saya nyatakan ye kepada anda, kawan2, sahabat handai saya (jika ada), kaum kerabat dan semua... SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.. Maaf Zahir dan Batin.. Sila la datang ke rumah saya kerana selain daripada mengerjakan solat sunat aidil adha dan sebagainya, kami memang berada di rumah. Jadi if nak datang, silakan la. Bukan open house namun, untuk tujuan ziarah menziarahi.. Apa salahnya... Anda semua dijemput datang..
Semoga pengorbanan kita pada tahun ini lebih bermakna berbanding tahun2 sebelumnya. Di kesempatan ini, maaf seribu kali maaf saya pinta jika ada terlanjur kata, terkasar perbuatan saya ini. Sesungguhnya saya juga merupakan seorang insan yang tak lari daripada melakukan kesilapan seperti anda juga.
Terimalah 2 rangkap pantun daripada saya:
Friday, December 5, 2008
Ini la jadinya...
Aku pun tak paham jugak la apa yang mereka ni nak dari aku. Korang tau kenapa perangai aku ni selalunya diam dan layan je bila orang melawak menyakitkan hati aku and aku malas nak ngamok? Sebabnya ni la... Ni la jadinya.. Bila aku mengamok, aku akan gaduh and mereka plak yang nak back off dari hidup aku sebabkan post aku yang lepas, aku ada nyatakan yang aku nak kurangkan bilangan orang2 yang tak penting dalam hidup aku.
Aku terasa lawak sangat bila orang begitu ambik hati dengan apa yang aku kata. Yang funny nya, orang yang aku tujukan statement tu plak tak perasan2, last2 orang lain yang perasan. Bila orang mula nak back off dari aku sebab takut menyusahkan aku, aku mula la rasa tak best kerana aku tak suka hilang kawan. Cukup tak suka walaupun kononnya aku cakap yang aku ni memang suka gaduh. Tapi sebenarnya aku tak suka sangat. Xdelah enjoy mana gaduh kalau ending dia jadi macam ni. Kalau ending dia berakhir dengan cara yang lebih dramatik ke apa, baru la best skit. Heh! Namun if ada yang nak mencabar2 kesabaran aku tu, yang buat aku panas sangat2. Saje cari pasal la kan?
Satu lagi benda yang aku benci, bila aku dah tak marahkan mereka, dah say sorry semua and nak start all over again, mereka pulak nak besar2kan hal. Panas betul aku. Panas3. Apa la masalah nya nak maafkan orang? Susah kah? Aku tak paham la. Apa masalah diorang dengan aku or apa masalah aku dengan diaorg sebenarnya?? Aku rasa cam now aku dah okay tapi diaorg plak nak besar2kan. Cam nak carik gaduh dengan aku. Sudah2la tu. Bosan aku. Nasib korang semua ni kawan2 laki aku. Kalau pompuan, lagi aku malas. Korang tau la if aku gaduh dengan pompuan camne yang pernah berlaku dulu kat cbox aku tu. Aku relax je cakap, diaorg plak nak emo2 kat blog aku asal? Sampai aku kata sudah2 pun masih juge tak puas hati. Aku diam nak tutup kes pun, diorang plak nak kecoh2 maka diaorg juge yang start dulu. Kes rebut jantan~ Aku pun tak paham jugak... Last2 aku jugak la yang salah.. Lantak.. Aku diam pun salah, aku lawan pun salah.. Semua pun salah aku la kan?? Buruk sangat ke aku ni?? (Ayat Abby gaduh dengan Norman)
Aku bila dah jadi macam ni selalu ambik langkah mengalah jelah. Buat la apa yang mereka suka pun. Aku nak kata apa pun dah tak leh dah. Namun jika mereka baca post aku ni, aku mintak maaf la sangat kalau cara aku tegur mereka kasar sangat. But I'm so sorry.. I mean it...~ After this, terpulang la...
Thursday, December 4, 2008
S.C.R. (Sungguh Cacat Rasanya)
Hey guys! Aku malam ni dinner kat luar. Heh! Mula2nya aku nak mamam KFC, then aku tukar, nak makan kat Kubah Ria pulak. Then on the way nak pegi Kubah, aku boleh terkeluar cadangan untuk try makan kat SCR, Satok untuk pertama kalinya. Haha! Btw, SCR yang sebenar membawa maksud Singapore Chicken Rice. Namun aku tukar namanya menjadi seperti tajuk di atas kerana itu pendapat aku.
Selama ni aku tak pernah pun terpikir nak try makan kat situ. Tapi dari dulu, aku dok heran kenapakah begitu banyak orang yang makan dekat situ. Aku tak paham. So aku decide untuk try with my parents. Namun sayangnya seperti yang aku hint2kan memang bukan taste aku la. Bagi aku and parents aku, memang tak sedap tapi kalau korang suka, terpulang. Sedap ni macam cantik jugak, sangat subjektif kan?
Muka aku tak mekap langsung. Haiya~ Air tu lagi lawa dari aku
p/s: Bonda dok bising bila aku nak ambik gambar. Beliau cakap mana ada orang nak ambik2 gambar kat SCR. Takpelah.. Aku nak letak kat blog. If benda tu best, aku lam toilet emas pun aku akan ambik gambar :p


.jpg)
