Wednesday, October 22, 2008

Im coming home...

Hai all !! Aku menulis blog ini hanya untuk memberitahu anda semua bahawa aku dengan gembiranya akan pulang ke rumah aku selama 11 hari!! Iaitu sehingga Ahad depan.. Kononnya untuk cuti deepavali yg hanya pada hari Isnin sahaja. Namun budaya KTT mmg begini. Lecturers yang mmg fleksibel and bertimbang rasa. Jadi mereka memberilah extra cuti pada ari Selasa juga. Namun aku tidak ada kelas pada hari Khamis and Jumaat cuma ada 2 kelas sahaja, iaitu hari yg mmg paling selalu akan cancel punya. So aku mengambil tindakan berani untuk PONTENG kelas hari Rabu n Jumaat walaupun kuat firasat aku mengatakan mmg xde kelas pun. Jadi pertama kali di dlm sejarah aku di KTT, aku tidak hadir ke kelas sama ada atas apa2 alasan sekalipun..(budak baik)

Sekarang tidak lagi. Aku juga merasakan aku patut berlatih dari sekarang cuti panjang sempena Deepavali kerana korang pun tahu jika aku ada rezeki utk fly, InsyaAllah aku akan fly ke India, di mana perayaan Deepavali di sana lagi dahsyat and mungkin juga raya kat sana, aku akan pakai sari, bukan baju kurung or kebaya. Tukar taste skit. Hmmm...Namun bukan itu reasonnya aku pulang lama..Aku ingin pulang juga ke rumah aku walaupun tambang flight sungguh..huh...RM 430..Tapi aku nak jugak balik sebab aku jeles budak2 kat sini semua leh balik sesuka hati mereka pada setiap minggu. Jadi kiranya aku lepas geram la ni.

Flight aku pukul 3.25 petang esok. Hmm..secara jujurnya, aku belum lagi pack barang n aku sepatutnya bertolak dari kolej pada pukul 12-12.30 lebih kurang begitu la. Namun masalah aku sekarang ialah aku belum confirm lagi transport untuk pegi LCCT tu dari kolej..Sama ada van kolej (jika mereka dpt ikut time flight aku) ataupun teksi makcik yg biasa tu..(tu pun koman2 kena RM 25) adoi....hmm...tapi xpelah, tiket aku dh ambik.. jadi pagi esok aku akan bersemangat bangun awl beli tiket van..jika ada...ataupun menghubungi makcik itu. Namun aku harus membawa balik buku2 aku jika tidak, parents aku akan bising sbb aku tak belajar asyik balik..huhuhu...............(-_-')

Jadi aku sama ada akan ber'blog' dari sana ataupun jika aku malas, aku balik nnti baru aku tulis balik..Tgk la tahap kemalasan aku ni terhadap blog meningkat ataupun tidak.. Mungkin la...Tapi tak mengapa, aku juga akan merindui korg semua walaupun aku tau xde org BACA!! hahaha! Sbbnya aku tulis bnda ni utk kegembiraan diri sendiri. Ok bye all! Take care tau...Doakan keselamatan aku pergi n balik..Amin...

p/s: Actually parents aku tak tahu pun aku balik esok, n aku cuma bercadang nak bgtau mereka ketika flight aku nak terbang nnti..walaupun RM 430 mereka telah pun aku gunakan...Maaf Yanda n Bonda....(^_^)

Tuesday, October 21, 2008

Kekandaku pulang ke UK semula

Flight kanda aku, Nisa pada pukul 12.55 pagi pada 17 Okt yang lepas. Aku mintak la dia drop by kat rumah uncle aku ni sbb aku nak jumpa dia memandangkan selama ni dia duduk kat rumah In-Law dia. Sbb aku nak ikut hantar kat airport, like mcm susah la plak kan? Then dia ckp OK, tu pun kalau sempat.
So aku dengan comelnya menanti la dia datang sini. Sekali tiba2 kanda aku call aku. Dia nak ajak aku temankan dia hantar gi airport. Jadi pada pukul 10.40 malam, kanda aku call lagi. Ketika itu, dia sudah tiba di depan rumah uncle aku. Aku pun berlari keluar. Rupa2nya parents in-law n hubby kanda aku turut hantar kandaku di airport. Nasib baik aku tidak mengeluarkan rahsia baju tido aku. Kalau x malu aku, gi KLIA pakai baju tido. Terpikir gak la aku nak mengeluarkan rahsia tu seperti biasa. Namun kuat firasat aku mengatakan bahawa…JANGAN…Betul firasat aku.

So kitaorg like sampai kat KLIA pukul 11.20..Ayahanda aku call aku. Bertanyakan hal urusan penerbangan kanda ku. Bonda aku telah beradu ketika itu, kata Yande aku. Selepas selesai semuanya, abg ipar aku dok la mengambil gambar, meneruskan hobi beliau walau di mana saje berada. Aku pun tanpa menunggu lagi, terus menarik tangan kanda aku menuju ke Mc Donald. Hmmm…aku akui, diet aku semakin hari semakin lebur.. Mana x bulat, aku makan MCD pada pukul 12 tgh malam?? Apalah…tapi xpe, aku share dgn kanda aku.Cuma xsebanyak ketika aku lepak dgn kengkawan aku di Seremban aritu. Sebabnya dinner aku dah makan dah. Cuma nafsu aku terhadap fast food mmg susah nak dikawal skit semenjak aku dok lam hutan tu. So bila aku jumpa je fast food, sure nak makan punya.

Kini, sudah tiba masanya kanda aku masuk semula ke dalam departure hall. Seperti korang semua nak tahu or tak nak tahu tapi aku nak bgtau jugak, oversea punya flight mmg nazak skit nak pergi ke tempat berlepas. Sbbnya kena check imigresen kat machine yg canggih n kena JALANNNN…..naik aerobus utk ke next building di mana di situ la tempat kapal terbang International akan berlepas. Btw, kanda aku naik flight Emirates..xsure camne nak eja.. aku amat tertarik dgn uniform stewardess mereka yang sungguh unik namun aku rasa cam selendang tu menyusahkan je if korg penah tgk la..

Ok, balik semula..Kami pun bersalam-salam, berpeluk-pelukan n bercium-ciuman..PIPI ye..Apa punya kuning otak kalau pikir pelik2..Kanda aku hanya akan balik semula ke sini tahun depan sambil membawa sijil graduate nya sebagai seorang doktor berjaya!! InsyaAllah…AMIN…kitaorg sentiasa mendoakan kebahagiaan n kejayaan family..By the time tu, baru aku akan jumpa dia lagi..sekejap…wawawawa….aku OK, aku OK…aku tak nangis tau…(sambil air mata ngalir2 jatuh ke tilam katil aku)…

Pastu family abg ipar aku hantar aku balik semula ke rumah uncle aku. Aku amat berterima kasih kepada mereka semua kerana tanpa mereka berbesar hati tolong bawak aku sekali, aku tidak akan dapat peluang nak htr kanda aku balik ke UK…Aku merindui kamu….Sungguhhhh….aku cinta kamu…………….

Monday, October 20, 2008

Air xda, tapi Pizza Hut tetap ada…


Hai All! Hmm…ketika aku mengarang blog ini, aku kini berada di rumah uncle aku di Kuala Langat. Aku hari ini tidak ada kelas lagi disebabkan tiada lagi bekalan air seperti yang aku nyatakan di dalam blog aku yg lepas. Aku berdoa semoga air ada hari ini kerana aku akan pulang ke KTT ku yg tercinta pada petang ini juga. OO..sebelum aku terlupa, aku telah mendapat berita gembira apabila aku mendapat tahu berat aku berkurang sebanyak 2 kilo setelah diet selama 2 minggu. Namun aku menjadi agak murka kerana sepanjang aku berada di rumah uncle aku ni, aku menghargai makanan2 yg berada di depan aku and basically berat aku jadi mcm biasa balik setelah hanya 5 hari berada di sini..(aku exercise gak guna threadmill kat rumah uncle tu..tapi makan tak heng!)

Ok..berbalik kepada kisah blog aku kali ini..hmm..hari Khamis yang lepas (16hb Okt), kitaorg kan mengalami masalah bekalan air. Tapi pada hari tu, aku lepak kat apartment Jixs, Baydah, Auw-ieyh n Pa-Jane. Tapi time tu aku n Baydah je yg ada. So aku pun meluahkanlah hasrat aku utk keluar. Then kitaorg tiba2 terpikir nak ikut Auw kluar makan malam ni. Jadi selepas maghrib,kami pun menyelinaplah masuk ke dalam bas Kolej tu dengan bantuan lecturer Chem kitaorg…(xdelah mcm tu sgt..xde org kisah pun kitaorg join..) So kitaorg pun kluar la..aku gembira..Btw, malam tu aku kluar xmandi sbb lepas tu aku akan ke rumah uncle aku.

Sesampainya kami di Nilai, Pa-Jane pula menyatakan hasratnya utk mengambil duit di BANK aku. Aku ingatkan dekat tau, rupanya…JAUH..Tapi xpe, demi semangat setia kawan. Lagipun aku bimbang gak nak bagi gadis2 lawa ni berjalan 2-3 org gi BANK aku tu. Jadi aku yang macho ni pun bersedia nak temankan diaorg. Pas ambik duit tu, kitaorg menghadapi masalah xtau nak makan apa. Baydah nak makan Chicken Chop, Pa-Jane nak try makan kat Mama Chop…sambung la sendiri..Aku n Jixs..hmmm…nak makan Pizza..kitaorg kan Italian..huhu…Kesimpulannya kitaorg masuk ke 3-3 kedai makan tersebut. Finally, Pa-Jane temankan Baydah makan Chicken Chop kat Secret Recipe sbb dia pun nak makan Western. Aku n Jixs, kitaorg dating kat Pizza Hut la. Di sini, aku sertakan makanan aku order di mana diet aku sekali lagi LEBUR..
Seperti biasa, selepas itu, kami akan merakamkan gambar2 utk kenangan, utk kami uploadkan ke dalam blog masing2 atau Friendster ataupun Facebook, MySpace..jika ada…Aku mmg xde la..hmm…Pada pukul 10.30 tepat, Abg Rebond or should I call him, Remp-IT driver, ambik kitaorg kat sana. Then aku pun berlari nak mati naik apartment aku, disebabkan uncle aku nak ambik dh. Aku pun berlari la utk mengambil barang2 aku. Penat……..(-_0) Tapi aku gembiraaaaaaaa………….Coz for the second time, it was a GURLS’ DAY!!!

Thursday, October 16, 2008

Sekali lagi di dalam sejarah aku....

Aku menghadapi masalah tekanan jiwa yang hampir terlampau disebabkan pada hari ni, kerajaan KTT bersama boyfriend cinta hatiku, Mohd SYABAS, telah mengumumkan bahawa seluruh kawasan Sepang dan Hulu Langat bermula dari hari ini dan akan berlanjutan selama 3 hari...........(hm)



Ini merupakan kali ke-2 aku menghadapi masalah ini sedangkan housemates aku semua tak pernah lagi menghadapinya. Jadi aku merasakan sedikit ketidakadilan kerana mereka boleh pulang ke rumah mereka pada bila2 masa saje...#@%&!... kerana ketika ini aku berpuasa jadi aku tidak mencarut sbnrnya)



Aku berasa sgt mrh kepada 'boyfren' aku kerana tidak memberikan sebarang warning tentang masalah ini. Jadi aku pun langsung tak jangka yg perkara ini akan berlaku. Aku bangun pagi td pada pukul 9. Terus dgn bersemangatnya cuci toilet..(nyesal aku cuci arini kalau x mesti byk skit bekalan aku)...air masih kuat lagi..bila aku nak mandi je, air mulai perlahan. Jadi aku pun mandi la ala kadar sbb takut air tibe2 STOP tgh2 bersabun ataupun bersyampu. Aku pun mandi cepat2..(aku mandi bersabun ye, jgn label aku mandi kambing, lembu or pa2 la yg seumpama dgnnya)



Aku pun terus melaporkan perkara ini kepada pihak ADMIN. rupa2nya, tiada apa yg boleh dilakukan kerana masalah ini melibatkan seluruh daerah. Aku pun terdiam, speechless trus pas baca SMS yg dibalas oleh pihak admin. HUh..aku pun terus berdoa semoga ada la air seperti biasa sebelum tgh hari ini. Malangnya, wlupun aku berpuasa, Allah tidak memakbulkan doa aku kali ini kerana selepas itu, terus ada pengumuman bahawa masalah ini akan berlanjutan selama yg aku cakap td. Aku malas nak ulang. Sbb bak kata Baydah, ckp 44x kali betul. Jadi aku xnak menambahkan bilangan itu kerana selagi belum 3 ari, masih ada peluang utk ada air balik b4 that. Doa2la ada air balik dgn cepat...AMIN3....

Monday, October 13, 2008

One Day in Seremban

Hai semua! Actually dah lama nak tulis blog yg terbaru ni tapi disebabkan wifi KTT aku tu bengong sgt, sungguh lembab dan menjengkelkan, jadi terpaksalah aku tangguhkan hasrat aku tu.

Kali ni aku nak cerita pasal girls' day ari khamis lepas (9hb Okt). Aku, Jixs n Suraya pegi Jusco Seremban. Hari tu kitaorg xde kelas langsung, and sepatutnya hari tu kitaorg punya kelas semua praktikal kat lab. Tapi memandangkan budak2 AS n A2 level nak exam besar, jadi lab itu telah dikuarantinkan selama setengah sem ni..jadi next sem baru kitaorg ada lab balik. Ok, alkisahnya mcm ni, mlm Rabu tu Jixs tiba2 je text aku. Dia ckp nak mintak tolong. Aku ingatkan apa rupa2nya nak mintak temankan dia pegi beli hadiah birthday boyfriend dia, Bil..aku xtau apa nama penuh dia..lupa sbnrnya..kat Mid..Aku ok je..memandangkan aku mmg suka keluar dr kandang ni..Dia ajak org lain semua last2 kitaorg 2 je pegi..


Oklah then, esoknya Jixs ckp kita gi Jusco Seremban jelah, dekat skit sbb Mid jauh sgt. Aku ok je, sbb aim aku nak carik fast food yg best..lain aku xkisah dh..lagipun aku xpenah lagi jalan2 kat Seremban. Oklah tu. Sekali tup2 Suraya tau je kitaorg nak gi Seremban, dia terus nak ikut plak. So bak kata org, jadilah 3 serangkai. Naik teksi, g KTM, dr sana g seremban, smpi seremban naik teksi gi Jusco. Waah..sampai ctu kol 11 pg..macho giler gi Jusco awal2 pagi. Cayalah. Then Suraya ke Jixs, ingatlah, dia ajak tgk wayang tau. Diaorg nak tgk cite 'KAMI'. Show pukul 11.20. Aku mula menunjukkan reaksi xberkenan aku nak tgk citer tu. Then, aku pun mencadangkan la citer 'HOUSE BUNNY'. Mula2 diaorg xnak sebab diaorg rasa citer tu cam 'naughty2' punya jenis. Sekali aku ternampak script writer movie tu sama dgn 'Legally Blonde'..(suka cite tu). Terus aku pujuk punya pujuk, diaorg ok la..tgk la jugak..disebabkan early bird, dpt murah tiket tu..RM6 sorg..Berbaloi la..dpt aku save RM5..haha..Dah abis tgk tu, diaorg plak bising2 ckp citer tu best giler, lawak la apa la..nasib aku suh tgk bnda tu kalau x hangus duit korang tgk 'KAMI'. Tak mau aku tgk citer tu. Kuat firasat aku mengatakan citer tu xbest. Haha.
Pas abis tgk wayang, kitaorg gi makan. Lapar giler. Huhu. Utk hari tu, diet session aku lebur, hancur dan segalanya. Sepatutnya aku xleh mkn ayam or daging byk2, like setiap ari sekali je itu pun kecik2, tp memandangkan aku mmg nak makan fast food, aku lupakan hasrat tu sekejap. Aku beli MCD xhengat. Lapar. Lagipun 2-3 mggu sekali je kan? Oklah tu.
Pas abis mamam, kitaorg pun gi la solat Zohor and baru nak mulakan eksplorasi carik hadiah tu. Masuk converse, kuar..Masuk body glove, kuar lagi..Masuk converse balik, kuar lagi..Gi Al-Ikhsan plak, lagi la kejap, terus kuar..Masuk converse balik, then baru beli...haiya..Jixs ni nak belikan sling bag utk boyfriend dia sbnrnya..Punya la susah..Baik btol Jixs ni beli present nak dekat RM100 utk boy dia..Kalau aku, paling2 mahal pun RM50 la if nak bagi barang kat kwn2 aku. Tu limit aku la. Pas beli, kitaorg jalan gi tgk baju, kasut semua. Last2 aku end up beli baju baru. Good bargain. Lama gak aku carik baju camni sbnrnya.

Before balik lam kol 4 ptg tu, kitaorg gi beli Papparoti..Aku beli gak sbb aku mmg nak makan..Ternyata Rotiboy mmg paling sedap berbanding Papparoti..Aku rasa disebabkan butter dia dalam tu yg lain..tapi oklah, sedap..weekend ni aku mgkin nak kuar..aku berhajat nak carik Rotiboy..Aku plak dh jangkit dgn kakcik aku and anak dia, Smokey..Asyik nak rotiboy je..Then naik teksi gi KTM seremban, balik la..sampai kolej b4 pukul 5..FUHH..terror timing..org tak balik office lagi..mmg bajet camtu..So ari tu, org lain semua gi kelas, kitaorg leh pegi shopping plak..Nice experience la...Enjoyable,of course..Coz it's a GURLS' DAY!!!

Wednesday, October 8, 2008

SeLaMat HaRi RaYa AiDilFitri!!


The Family of Khamisiti

Selamat hari raya..Maaf zahir dan batin..Alhamdulillah aku rasa tahun ni punya puasa lagi sempurna berbanding tahun lepas. Aku happy dan bersyukur la. Raya tahun ni, aku dapat beraya dgn parents aku, kakcik n abg ipar baru aku and abang aku walaupun kakak aku ngan abg ipar aku xdapat cuti nak balik. Tapi aku ok. Happy gak seperti tahun2 yg sebelumnya. Aku balik rumah 26hb yg lepas bersama dgn kakcik n abg aku. Sama flight. Patut terbang kol 4 ptg tp boleh plak delay sampai pukul 5.35 ptg disebabkan flight xsampai lagi. Syukur aku dok kat KLIA n bukan kat LCCT. Kakcik n abg aku seronok la leh masuk Golden Lounge disebabkan diaorg duduk kat business class. Aku economy je. Haha. Xkisah.

Then sesampainya kitaorg kat Kuching, bonda n yanda aku ambik kat airport. Pas balik rumah simpan barang, kitaorg pun kuar g dinner kat Topsport Seafood. Makan2. Nyum3 lama xmakan ikan. Aku gembira lagi. Then balik, lepak2 dgn gembira nya melepaskan rindu pada rumahku syurgaku. Esok nya n hari2 yg seterusnya aku, bonde, yande n kakcik aku memulakan la process mengemas dlm dan luar rumah, pokok2 semua tukar pasu baru, rumah vacuum sebersih2nya sampai kat lantai dapur tu leh goleng2 sbb bersih na, buat kek2 sarawak 3 bijik, pehtu tart nenas, kerepek bawang mcm2 la. Aku enjoy buat bnda ni n aku paling suka masak. Best! Paling best kalau org suka makan makanan yg aku masak. Aku gembira lagi.


Malam raya tu, aku pun memandangkan dah 14 tahun tak pegang mercun n bunga api semenjak bnda tu diharamkan, so aku pun mainlah lantern yg dihadiahkan oleh Mizan kat aku. Xde la bnda sangat pun nak main bnda tu memandangkan bnda tu tak mengeluarkan sebarang bunyi yg best ataupun percikan2 yg menarik cam bunga api tu, tapi oklah kan sbb 8 least ada gak la cahaya kan? Aku hepi gak la. Ambik gmbr xheng. Pas abis bergambar, aku pun masuk dalam and memulakan process nak masak utk makan pagi raya tu dengan bonde n kekanda ku.



candid giler


Haaa...dah pagi raya dah..Aku mandi sunat Aidilfitri n siap2 nak g masjid dgn family aku. Jadi kebiasaan family kitaorg gi solat sunat raya dekat masjid..Dalam kol 7.20 cam tu dh smpi kat masjid. Aku dok kat line belakang bini CM Sarawak n bini TYT..Kira depan la sbbnya aku dtg awal. Then balik rumah tu, sesi bergambar n bermaaf2an..saat ni aku suka sebab aku akan dapat duit raya dari parents n family aku..hahah..tu yg best..jahatnya aku..xpe... Aku punya open house hari raya ke-2.. Aku gembira la sebab geng2 SMS aku datang rumah.. Best.. Esoknya aku terbuat convoy pegi rumah cikgu2 sekolah aku dulu dengan budak2 Kolej.. Bawak kete semua.. Cayalah.. Yg lawaknya, bnda ni tak plan pun.. Last2 budak2 laki semua naik kete aku.. Aku plak sorg pompuan yg driving.. Heh..bagus gak diaorg tak offer nak drive kete aku, sbb aku tak harap org lain drive kete aku.. Takut aku.. Best la jugak.. Overall, aku happy giler raya tahun ni mana tak nya dah 4 tahun aku tak beraya dengan kakcik aku sorg ni.. Best! Aku rindu giler ngan dia.. huhu..

Me and my gorgeous sister, Nisa on 1st Day of Eid Mubarak



Tggu org dtg open house aku..haha..ni abg ipar aku punya keje..