Monday, October 20, 2008

Air xda, tapi Pizza Hut tetap ada…


Hai All! Hmm…ketika aku mengarang blog ini, aku kini berada di rumah uncle aku di Kuala Langat. Aku hari ini tidak ada kelas lagi disebabkan tiada lagi bekalan air seperti yang aku nyatakan di dalam blog aku yg lepas. Aku berdoa semoga air ada hari ini kerana aku akan pulang ke KTT ku yg tercinta pada petang ini juga. OO..sebelum aku terlupa, aku telah mendapat berita gembira apabila aku mendapat tahu berat aku berkurang sebanyak 2 kilo setelah diet selama 2 minggu. Namun aku menjadi agak murka kerana sepanjang aku berada di rumah uncle aku ni, aku menghargai makanan2 yg berada di depan aku and basically berat aku jadi mcm biasa balik setelah hanya 5 hari berada di sini..(aku exercise gak guna threadmill kat rumah uncle tu..tapi makan tak heng!)

Ok..berbalik kepada kisah blog aku kali ini..hmm..hari Khamis yang lepas (16hb Okt), kitaorg kan mengalami masalah bekalan air. Tapi pada hari tu, aku lepak kat apartment Jixs, Baydah, Auw-ieyh n Pa-Jane. Tapi time tu aku n Baydah je yg ada. So aku pun meluahkanlah hasrat aku utk keluar. Then kitaorg tiba2 terpikir nak ikut Auw kluar makan malam ni. Jadi selepas maghrib,kami pun menyelinaplah masuk ke dalam bas Kolej tu dengan bantuan lecturer Chem kitaorg…(xdelah mcm tu sgt..xde org kisah pun kitaorg join..) So kitaorg pun kluar la..aku gembira..Btw, malam tu aku kluar xmandi sbb lepas tu aku akan ke rumah uncle aku.

Sesampainya kami di Nilai, Pa-Jane pula menyatakan hasratnya utk mengambil duit di BANK aku. Aku ingatkan dekat tau, rupanya…JAUH..Tapi xpe, demi semangat setia kawan. Lagipun aku bimbang gak nak bagi gadis2 lawa ni berjalan 2-3 org gi BANK aku tu. Jadi aku yang macho ni pun bersedia nak temankan diaorg. Pas ambik duit tu, kitaorg menghadapi masalah xtau nak makan apa. Baydah nak makan Chicken Chop, Pa-Jane nak try makan kat Mama Chop…sambung la sendiri..Aku n Jixs..hmmm…nak makan Pizza..kitaorg kan Italian..huhu…Kesimpulannya kitaorg masuk ke 3-3 kedai makan tersebut. Finally, Pa-Jane temankan Baydah makan Chicken Chop kat Secret Recipe sbb dia pun nak makan Western. Aku n Jixs, kitaorg dating kat Pizza Hut la. Di sini, aku sertakan makanan aku order di mana diet aku sekali lagi LEBUR..
Seperti biasa, selepas itu, kami akan merakamkan gambar2 utk kenangan, utk kami uploadkan ke dalam blog masing2 atau Friendster ataupun Facebook, MySpace..jika ada…Aku mmg xde la..hmm…Pada pukul 10.30 tepat, Abg Rebond or should I call him, Remp-IT driver, ambik kitaorg kat sana. Then aku pun berlari nak mati naik apartment aku, disebabkan uncle aku nak ambik dh. Aku pun berlari la utk mengambil barang2 aku. Penat……..(-_0) Tapi aku gembiraaaaaaaa………….Coz for the second time, it was a GURLS’ DAY!!!

No comments: