Tuesday, March 31, 2009

Pre-AS

Huwaaaa....(-o-) baru bangun dari tido yang panjang... Ingat nak tido sejam je.. Tutup alarm tido balik sambung sejam lagi sedangkan ada Chemistry paper yang aku tak prepare pa2 pun lagi... Serius.. Amat bimbang... Harini hari ke-2 kami ngadap pre-AS examination.. Semalam paper 1 & 2 Biology and today pukul 8 pagi, aku (ALL6) dan kelas ALL 7 buat experiment untuk session 1 selama sejam.. Tahun kami, 1st batch kena buat practical exam.. Kena masuk lab buat experiment sendiri dengan barang2 yang hanya disediakan atas meja.. Aku amat tertekan sebab aku duduk kat depan sekali.. Tension sangat2..

Aku nervous sebab ni kali pertama kitaorg training exam practical before real exam.. Aku sampai tak tahu sama ada boleh tak bergerak dari table untuk cuci apparatus dan gunakan semula.. Tapi bila tengok ada je budak yang gi kat sink, aku pun pegi je la.. Pehtu biology punya lab paling aku tak suka selain physics sebab aku paling tak suka microscope.. Sebabnya aku asyik2 tak nampak cells tu... Benda yang kat slide tu aku tak nampak.. Keluar2 je dari lab bio, aku pening kepala yang amat sebab dok tengok lampu from miscroscope..

Pas exam bukan boleh balik terus sebabnya kitaorang dikuarantin (macam kena penyakit berbahaya pulak) selama 2 jam.. Which is tak mungkin dapat belajar kalau ramai2 kena dok dalam satu tempat ni.. Bising la.. Sampailah session 2 dah nak sejam dalam lab and yang session 3 mendaftarkan diri diaorang baru leh kuar, diaorang plak sambung kene kuarantin.. Untung sape dalam session 3.. Tak kena kuarantin langsung.. Aku rasa kuarantin ni membuang masa la... Dah la lapar tggu dalam tu.. Hurm..Tah la... Doakan untuk aku... Amin3... Masih ada paper sampai minggu depan...

Saturday, March 28, 2009

Something to read...

" How quickly a moment of love was snapped away to a moment of hate. One comment to steal it all away. Of how love and war stand upon the very same foundations. How, in my darkest moments, my most fearful times, when faced, became my bravest. When feeling at your weakest you end up showing more strength, when at your lowest are suddenly lifted above higher than you've ever been. They all border one another, those opposites, and how quickly we can be altered. Despair can be altered by one simple smile offered by a stranger; confidence can become fear by the arrival of one uneasy presence..."

p/s: Taken from novel Thanks for the Memories - Cecelia Ahern

Friday, March 27, 2009

Astaghfirullahalazim

Beristighfar aku banyak2.. Astaghfirullahalazim... Adui.. Kekurangan oxygen kepada otak, tubuh badan aku semua lepas dapat tau benda yang sama dalam 2 hari berturut-turut.. Allahuakbar... Apa dah jadi dengan dunia sekarang ni? Macam2 benda yang manusia buat sekarang ni dan apa yang mereka sedar, semua ni menuju ke tanda2 kecil dunia nak kiamat.. Nauzubillahiminzaliq...

Allahuakbar... Rasa pitam akibat terkejut sangat dengan satu berita... Bila kawan2 aku dulu pakat jadi 'shey-wie' (laki lembut yang dah menyerupai wanita) Bukan menyerupai dari segi naluri je, ni memang dah pakai baju pompuan, gender tulis perempuan, mekap, rambut panjang.. Sampai aku sendiri pun tak kenal and dok pikir sapa la budak yang add aku kat facebook ni...

Semalam aku dapat tahu kawan sama tusyen aku dulu, which is anak kawan mak aku, jantan lembut dulunya.. Aku dulu macam dah dapat agak dia akan jadi macam ni.. Tapi tak sangka dia takboleh pikir benda yang dia buat tu dosa dan dia buat jugak.. Allah.. Pakai baju pompuan, handphone colour pink.. Mekap macam pompuan.. Even aku pun tak mekap macam tu.. Terkejut aku.. Tapi memandangkan kitaorang tak rapat sangat, so aku tak kesah la sangat..

Hari ni, aku terus nak pitam jadinya sebab aku baru tau BFF (best friend forever) berjantina laki, waktu form 1 dulu, dah jadi perempuan di mana gender dia pun dia letak female. Alkisahnya bila mamat ni add aku kat facebook. Nama dia lain dan muka dia takyah citer la memang pompuan. Aku approve jelah tapi dalam masa yang sama, aku dok la pikir sapa dia ni sebab kawan2 FB dia semua kawan sekolah aku dulu. Btw, dia pindah boys school waktu dia form 4. Then, aku tengok profile dia, female tapi school laki. Aku tengok gambar2 dia, aku confirm aku tak kenal dia. Maybe orang kenal aku tapi aku tak kenal orang kot. So aku biarkan jela.

Tetiba mamat ni comment kat status FB aku and tegur kata lama xjumpa.. Hurm... Kalau dia dah tegur, maknanya we must know each other.. Aku pun berterus terang la kat dia yang aku honestly tak kenal dia ni sapa pun.. 3 minutes lepas tu dia reply and ckp dia BFF aku waktu form 1 dulu and kasi tau nama betul dia.. Baru la aku tau sapa... Astaghfirullah.. Sedih sangat aku tengok perubahan dia.. Sebabnya dulu waktu form 1 je aku sama kenal dengan dia dan dah nampak yang dia ni minat Beyonce (aku rasa semua yang minat Beyonce sangat2 aku jadi mcm ni la).. And dok buat lembut2.. Tapi aku asyik marah dia and ckp kasar2 dengan dia macam berbual style man to man.. Waktu form 2, kitaorang dah tak sama kelas, jarang2 jumpa and dia kawan dengan pompuan2 yang salah di mana diaorang layan dan galakkan dia jadi macam ni.. Lepas tu dia pindah sekolah laki..

Last aku jumpa dia, rupa dia masih laki cuma dah pakai eyeliner and pierce kat kening.. Sekarang ni memang rupa pompuan sebijik dan pierce kat lidah juge... Allah... Apakah ini dugaan? Semua yang berhampiran dengan aku, semua jadi macam ni..

p/s: Ya Allah, aku memohon kepadaMu, lindungi la kami semua dari terus sesat dan terpesong dari jalanMu... Berikanlah cahaya hidayahMu dan bukakanlah pintu hati kami agar segera bertaubat kepadaMu, Ya Allah.... Amin2 ya rabbalalamin...

Wednesday, March 25, 2009

SPA Q 2


Kesian kan kitaorang? Nak tengok spa Q punya pasal... Tengok la rupa tv tu...Siaran tak clear.. Gambar hitam puteh.. Siap ada bunyi2 'krek2..keeekk..' line xclear.. Kena ketuk2 tv tu kasi antena dia elok.. Tarik tv tu ke depaaaann orang baru hilang skit bunyi bising tu.. Auw kata, teruk2 pun at least rumah diaorang ada tv... Hehe! Tak macam rumah aku and suraya.. Saje je nak tonton spa Q episod last2 ni secara live.. Maklumlah aku salu tengok ulangan je kat website tv3.. Takde tv la katakan.. Sob2... Kitaorang hari ni merepek buat video gugurl hepi.. Dalam video tu gelak2 je.. Dok la melawak.. Pajin tak balik lagi time tu and Baydah keluar pegi UIA jumpa San nak uruskan pasal handphone hilang tu...(alasan, kata jelah nak jumpa situ..Hehehe.. Aku nak itot, tapi Baydah tak kachi.. Nak nanges la macam ni...)

Bowinknyeee

Me and Jixs kat sekolah rendah KLIA for physics tuition with Mr. Kumar.. Before start kelas, kami amek gambar guna phone baru Suraya... Giler kentang phone.. Tp kamera dia sama je dengan kitaorang punya phone.. 2 megapixel.. Menang Baydah lagi.. 3.2 megapixel.. Pity San... Handphone Cybershot James Bond Quantum of Solace tu hilang semalam kat tertinggal kejap kat kedai makan.. Mahal tuuu...


Aku kat Lecture Hall 4.. Belakang tu Daniel.. Sebok je.. Tak payah plz... Time before kelas physics 2 jam.. Gambar ni dah lama amek, cuma baru bluetooth dari phone Suraya...

p/s: Bosan but best.. Bosan sebab next week dah start trial AS exam.. Aku lupa lagi nak salin jadual exam yang dah berapa kali bertukar2.. Semak betul la... Best sebab takde kelas dah 2 hari dah.. Today ada physics je sejam walaupun sepatutnya 2 jam straight... Hehehhehee... Tak prepare lagi for exam.. Wish me all the best tau.. Doakan yang terbaik... Aku mintak maaf kat semua kalau ada yang aku terkasar bahasa or tersakitkan hati.. Aku hanyalah insan biasa..( Mokey punya tagline)

Monday, March 23, 2009

FESKOTT'09

Lebah2 Stingerz keluar dari sarangnya untuk support senam aerobik dan juga perbarisan.. Cari.. Mana aku.. Paling senang nak detect..

Kami..Depan khemah.. Merangkul Anugerah Khemah Terbaik...

Err... Curi cekak budak2 senam aerobik dan kepak lebah from maskot...

K.A.M.I.

Systers berlima.. Kekurangan Suraya sebab dia balik rumah selepas larian mesra... Ada emergency..

Systers bersama Mira, Ash, Sara n Tania... Classmates..

Me and Joshua.. Classmate time form 1.. Tak penah kawan pun sebab mamat ni carik pasal dengan aku sampai berlakunya pergaduhan besar bila aku mengamuk.. Lepas dari kejadian tu, budak ni pindah sekolah and tak berani tegur aku sampai sekarang... Tapi aku yang memulakan langkah tegur dia dulu sebab aku memang jenis orang yang malas nak gaduh... I mean, panjang2kan pergaduhan... Aku suka damai...

Ku bersama dengan para Stingerz kat dalam khemah..

Me and Jixs with captain of the house, Ben and photographer dak DIP kat taman Stingerz namanya...

Kemenangan besar untuk Stingerz bila merangkul banyak award yang best2 walaupun sipi2 je nak menang Kontijen Terbaik which is rumah merah yang menang.. Kami dapat juara perbarisan, kontijen paling havoc, khemah terbaik dan senam aerobik dapat no.3.. Which is so damn great.. Belakang bendera tu got a lot of hampers.. Berbaloi usaha kita semua beria2 'havoc'kan diri...


Auw dan housemates aku join marching untuk rumah merah ni... Sangat bagus... Congratz guys!

Salah satu formation yang dibuat oleh Stingerz sampai boleh jadi juara..

p/s: A nice day, Sunburn and Exam next week... Haven't prepare anything yet... Wish me all the best k?

Friday, March 20, 2009

Minat

Fuuhh!! Puas hati aku hari ni.. Puas2... Sebabnya, team Stingerz Bee menang, juara volleyball (P) which is Baydah salah sorang player nye.. Aku berpuas hati sebab aku tak miss langsung match volleyball ni dari hari first diaorang berlawan.. Supporter yang sangat komited dengan tanggungjawabnya.. Akhirnya kemenangan di pihak Kuning bila berlawan dengan Biru peringkat akhir tadi... Haaaa... Supporters blue tak tau nak kata apa.. Mamat yang kecoh2 time yellow kalah dgn blue dulu tu terdiam... Aku tengok dia, aku support yellow house sambil senyum sinis kat dia.. Hahaha.... Congratz girls!!!

p/s: Esok bersukan kat stadium BBST pulak... Tadi ada match team A & B netball yellow house.. Tapi aku tak tengok sebab aku tengok volleyball.. Aku jadi minat pulak tengok game bola tampar.. Minat sungguh aku... Netball tak berapa minat sebab ada team yang main netball macam main ragbi.. Aku rasa tak perlu kot main macam tu punya ganas....

Wednesday, March 18, 2009

Analisis Sukan...

Aku bukan ahli sukan, bukan pakar dalam sukan or apa2.. Aku takde speciality dalam apa2 sport sebab aku tak minat.. Aku penah main bola tampar, bola jaring, badminton, basketball and jadi sprinter (short distance). Tapi semua bukan wakil yang hebat2, wakil rumah je. Kali ni first time dalam hidup aku bersukan, aku tak join apa2.. I mean apa2 yang aku penah join la sebelum2 ni.. Aku jadi supporter je.. Sepatutnya aku masuk larian mesra yang macam marathon tu.. Aku tak minat pun.. Namun percentage untuk aku join memang tipis sebab aku tak pasti aku akan ada kat kolej lagi ke tak mulai esok...

Namun apa yang berbeza kali ni, bila aku jadi supporter, aku tengok banyak game and daripada sebelum2 ni aku main tak tahu rules game, sampai dah jadi tau and dah boleh arah2 orang dah.. Haha.. Walaupun tak hebat dan bukan arah org macam coach tapi arahan daripada supporter dan juga spectator yang nampak silap semua orang..

Btw, hari ni kemenangan tak berpihak pada rumah kuning (Stingerz Bee) dalam tarik tali dan bola tampar (P).. Bila bertembung dengan rumah Biru... Sama2 kuat.. Memang sengit sangat2 la.. Supporters for both houses jadi emotional bila bergaduh sesama sendiri.. Maklumlah, rumah biru banyak laki support, rumah kuning girls.. And diorang psycho players Stingerz.. Girls biasalah kalau main ni memang emo skit, so fokus diaorang terganggu and banyak sangat2 buat mistakes..

1st time seumur hidup aku, aku benci rumah Biru.. Aku tak benci biru tapi aku tak suka cara diaorang.. Bila diaorang tahu team diaorang kuat, mereka jadi sangat bongkak dan sombong la.. Sedangkan semalam kitaorang yellow house ni support blue.. And agak2 la sikit kalau nak support team sendiri pun.. Aku kalau jadi supporter, aku tak suka kutuk2 team lain sebenarnya.. Kalau support, biar kasi motivate team sendiri je.. Jangan kutuk each other sebab last2 gaduh jadinya.. Macam tadi la.. Bila aku tak kasi team kuning kutuk blue, diaorang marah kat aku kata aku ni macam tak sporting.. Masalahnya, aku tak nak gaduh sebab Jixs ada suka sum1 dalam blue house tu.. And aku taknak sebab benda ni, peluang diaorang nak together tertutup plak.. Bila aku pikir macam tu, last2 akan jadi silap aku jugak.. Kepada mamat yang Jixs suka sekarang and yang aku pernah suka sangat dulu, Im sorry silap kau sendiri buat aku dah tak suka langsung kat kau... Namun tak benci.. Cuma plz jangan sombong sgt walaupun korang tahu team korang kuat..

Actually problem yellow house ni ialah bila masing2 ahli yellow house tak bersatu padu bila kita sendiri tak suka dengan rumah kita sebab kuning... Tak kira la warna apa pun, yang penting semangat kepasukanan... Korang ingat kalau korang nak jadi and nak support team rumah lain, kalau diaorang menang, ingat diaorang nak ke appreciate korang yang supporters ni?? TAK! Itu yang pasti.. Diaorang kutuk2 kita lagi ada la sebab kalah.. So appreciate and sokong la rumah sendiri.. Tak kesah kalau semua rumah benci rumah kuning, asalkan kita as a team tetap bersatu padu.. Kalah takpe asalkan berusaha... Jangan menang tapi sia2.. Itu yang paling penting..So to those Stingerz, come on and give your best!!

2, 4, 6, 8,
Who do we appreciate??
Stingerz! Stingerz! Stiiiinngeerrrzzzz!!!
Wooooooooo!!!

It's okay, It's all right,
Come on Stingerz
Fight! Fight! Fight!!

Tuesday, March 17, 2009

Fb n Fs

Tau x korang yang aku mempunyai firasat yang amat kuat mengatakan bahawa kolej aku dah mula block facebook n friendster eventhough kepada mereka yang subscribe wifi ni dan tak sepatutnya mana2 website di'block' untuk those yang paid to use this wifi..

Dah berhari2 aku try bukak tapi tak boleh.. Buat tu, buat ni.. Tanya Matnoq, buang cookies2 semua.. Tak boleh jugak.. Hurm.. Hari ni, tanya Anuar pulak.. Conclusionnya, kena block la sebab dah atur setting semua takleh jugak.. So dia pun kasi link baru untuk bukak fs n fb tapi tak la lawa macam yang original version tu.. Tapi kira oklah 8 least boleh bukak...

Minggu ni FESKOTT dah bermula.. Jadi aku dan rakan2 menjadi cheerleaders @ supporters yang sangat komited.. Kami berjalan dari satu game ke satu game and cheer.. So far, untuk semua game yang kitaorang ada, rumah kuning (Stingerz Bee) menang la.. Tapi yang kitaorang tak tengok, tak tahu la kan... Teruskan usaha... Chaiyok3!!

Monday, March 16, 2009

Announcement

Sudah lama aku tak blogging sebab line ngek selama 2-3 hari.. Cipan yang amat... Hurm.. Semalam aku, Auw, Baydah, Jixs and Abang Cimb pegi dinner seafood.. Nak pegi dekat2 sini je.. Sekali Jixs tak ingat tempat makan tu kat mana, sampai ke Sepang Goldcoast kitaorang. Jauh tau tempat tu. Tempat yang kitaorang main2 kat pantai hari tu.

Kat situ memang kira murah jugak la and banyak orang makan kat situ. Semalam kitaorang order ikan siakap masak 3 rasa, Udang bakar, Sotong goreng tepung, sayur kangkung masak belacan and minuman2 yang bukan air suam dan juga nasi puteh 6.. Total dalam RM75.. Which is RM 15 sorang.. Kira sangat murah la kan.. Oklah.. Tapi masakannya tak sesedap seafood Topsport Kuching.. Fuuuhhh... Panas tekak aku terliur nak makan kat situ lagi.. Tunggu cuti bulan 6 ni baru boleh makan sebab baru aku balik sana..Kuar makan dalam kol 8.15 sampai sana dalam pukul 9 malam.. dengan kadar ke'slow'an pemanduan berhemah abang Cimb semalam sebab dia tak sure tempat kat mana.. Balik dalam pukul 10.35 malam which is SA tunggu aku kat depan tangga aku.. Urgh... Syukur lepas kali ni sebab dia dengan a few girls so tak perasan aku..

Announcement yang nak dibuat...

Kepada guys2 out there yang mungkin ada perasaan lagi kat aku, mungkin tunggu aku or guys2 yang aku sayang (chenta) and tunggu selama ni, aku nak katakan aku lepaskan kamu semua.. Korang teruskan la kehidupan korang tanpa aku.. Now aku betul2 dah ready nak anggap korang kawan aku je.. Sebabnya aku ada rasa macam dah fed up tunggu something yang tak pasti... So life goes on.. Kita teruskan la hidup kita masing2 tapi tak bermakna tak kawan or tak tegur sapa.. Any problems nak citer, korang boleh cerita pada aku.. Aku amat open minded n akan mendengar.. Jangan bimbang k? Conclusion is... Peluang telah ditutup~ Mesti korang kata poyo giler minah ni siap buat announcement pasal benda ni.. Bajet la banyak sangat mamat suka kat kau.. Jawapan aku ialah: Ye, memang takde laki suka kat aku tapi announcement ni untuk dijadikan hitam putih je.. At least aku dah bagitau la.. So takyah kecoh2, sukati aku la nak tulis apa pun.. k? Thanksssss~~


p/s: Aku realise pasal peluang2 ni bila tengok cerekarama aritu, suami pompuan yang baik ni jahat yang amat, tak hargai dia, ada skandal dengan minah lain and sampai nak kawen dgn minah yang jahat tu. Tup2 laki tu dapat tau yang minah jahat tu sebenarnya memang jahat, ada skandal dengan laki lain jugak, so tak jadi kawen. Tapi suami ni masih tak sedar2 and marah2 kat bini dia. Walaupun bini dia ni hurt sangat2 namun dia tetap amek usaha nak berbaik2 and nak bagi peluang lagi kat laki dia... And benda yang buat aku realise benda ni bila Baydah cakap pompuan ni banyak sungguh peluang2 yang dia ada sampai leh kasi kat orang banyak2 kali walaupun dia yang terluka.. So aku pun terpikir.. Betul jugak.. So kali ni... Aku decide untuk tutup peluang tersebut and bagi peluang kat diri aku sendiri untuk happy...

Saturday, March 14, 2009

Live Messenger Baru..

p/s: Baru update semalam.. Lawa.. Tapi tak reti lagi nak tukar colour and font dia.. Dan juga tukar kaler biru muda kat conversation box tu.. I want black3.. Saket hati aku... Hidup aku hitam je dari dulu.. Tak abes2...Takpe2 nanti aku discover lagi... Maknanya sekarang ni skype aku je yang old version sebab nak update line macam tutttt je... Size besar.. So lambat yang amat sampai tak boleh.. Hahaha.. Funny....

Friday, March 13, 2009

Alamanda Putrajaya

Im a dancing queen... Lalala...~

Having our dinner at Johnny's.. 1st time aku makan kat sini disebabkan Baydah mengidam kerabu mangga itu.. Im having a stir fried rice dengan chicken, mushroom, prawn in chilli sauce and as a dessert, aku amek Mixed Lod Chong ke apa tah.. Food nice la.. Yang lod chong tu aku tak berapa suka sebab aku tak suka santan...

Come on Nad, kill her! Baydah nak suap racun dekat kau tu... Baek berhati2 di jalan raya.. Eh? Apakah?

Kat Johnny's ni, waiters mereka sangat concern dengan pelanggan. Banyak dan dok berjalan2 keliling pelanggan semua. If kita tak tahu apa food yang kita order tu, if dia lalu kat situ, dia akan bgtau kita ni nama apa, apa.. Macam tu la.. Tapi kebanyakannya memang foreign people la...

Baydah, Pajin n Me

Nadia: Baydah, move3! Jangan la pacak situ.. Nanti failed la.. If failed tak leh main dah.. Cepatla.. Pijak je ikut screen tu... Saya dah dancing2 ni...
Baydah: Aku tak reti la... Nadia, macam mana ni?

Okay, aku tak reti main boling.. Jangan gelak cara aku baling... Sape yang gelak, bajet la kau terer sangat main kan? Heheh.. Tak mo mengalah jugak.. Aparah...

Haaa... Kereta lumba ni best.. Satu, kereta2 nya lawa2.. Aku pilih kereta sports Honda... Dua, stering senang nak kawal... Tiga, aku leh main sorang2.. Hehehe.. Tak termasuk la tu.. If boleh main lawan kawan2, lagi best sebenarnya.. Btw, aku dapat no.2 daripada 4.. Sebabnya silap aku sekali terlanggar dinding membuatkan yang kereta 1st tu jauh dari aku.. So tak sempat potong.. And aku masuk dalam ranking 10 best drivers.. Walaupun hanya tempat ke 6 sahaja.. So sape2 yang main kat situ, last2 tu carilah nama 'NAD' dalam ranking tu kalau masih belum terkuar carta.. Haha..

Baydah frust sebab player dia dah mati dulu.. Time aku nyawa full, player dia dah mati.. So aku survive sorang2 sampai ke next stage... Btw, ni main Time Crisis 2.. Aku dah grad dengan cemerlangnya dan berkali2 main game ni kat PS2.. Siap main guna pistol abg Brian beli kat rumah... Baydah baru 1st time main so kira oklah tu.. Pajin tak amek gambar time kitaorang tembak menembak... Macam nak tak nak je amekkan gmbr kitaorang... Haha... Lepas tu, dia gi main game tembak2 yang lain.. Terrorist apatah..

Btw, aku time ni tengah cabut stoking.. Baydah atur kasut.. Baru pas main boling..

Chewah.. Fokus la sangat muka kau ni.. Baling dok masuk longkang jeeeeeee.... Saket hati aku....

Fuyooo.. Giler kentang.. Tricknya di sini ialah, amek gambar aku time bola tu tak hit mana2 pin lagi.. Sebab nanti malu gambar bola masuk longkang... Hahaha...

Final score Baydah 97 sebenarnya and aku 60.. Kira oklah untuk orang yang memang tak reti main... Baydah dulu wakil sekolah tapi dah lama xmain.. So tak sampai 100 la... Haha.. Dengki giler aku kat kau, Baydah... Tengok la 2 kali aku constant je score aku tu... Sebab masuk longkang jeeeee...... Benci yang amat... Takpe2, 8least aku try kan? Cuma aku masih malu lagi nak baling style kaki bersilang tu... Sebab nanti gaya je lebih sekali masuk longkang... Lagi la malewwww...~~

p/s: Last minute plan, aku tengah tido. Baydah call at 3.40 pm, and ajak kuar gi Seremban pukul 4.. Aku terus pertukaran amo (digimon) and gi rumah diaorang. Sekali diaorang cakap nak tengok Geng.. Kami pun gi carik surat khabar kat library nak tengok waktu tayangan... Sekali Auw kat library kata, pegi la Alamanda.. Aku pun terus senyum sebab aku lagi suka gi Alamanda.. Tak yah nak naik ktm, teksi, teksi, ktm balik untuk sampai Jusco Seremban tu.. Leceh.. So pakcik teksi amek kitaorang pukul 4.30 pm... Tayangan Geng pukul 8.10 malam.. Err.. Komen aku, tak la best sangat pun jalan cerita dia sebab cerita budak kecik.. Tapi upin n ipin memang chomel.. And lawak tu, lawak la jugak..(Susah nak buat aku gelak kalau lawak2 dalam tv) Tapi takpe, sokongan la filem2 tempatan... Itu sahaja....

So Close

You're in my arms
And all the world is gone
The music playing on
For only two
So close togehter

And when I'm with you
So close to feeling alive

A life goes by
Romantic dreams must die
So I bid mine goodbye
And never knew
So close was waiting
Waiting here with you
And now, forever, I know
All that I want is to hold you
So close

So close to reaching
That famous happy and
Almost believing
This one's not pretend
Now you're beside me
And look how far we've come
So far
We are
So close...

Oh, how could I face the faceless days
If I should lose you now?

We're so close to reaching
That famous happy ending
Almost believing
This one's not pretend
Let's go on dreaming
Though we know we are
So close
So close, and still
So far...

p/s: Voice by Jon McLaughlin... Sangat cair lepas dengar suara mamat ni nyanyi, lirik, and muzik.... Cair~~ Try la dengar...

How do you know?

Tak sure aku apa tajuk lagu ni.. How does she know or How do you know.. Tapi aku amek dari OST Enchanted.. Muzik yang fun, tapi lirik yang sangat sweet... To all guys and girls, cuba hayati lirik lagu ni..

How does she know that u love her?
How does she know she's yours?
How do you show her that u love her?
How does she know that u really truly love her?

It's not enough to take the one you love for granted
You must remind her or she will inclined to say
How do I know he loves me?
How do I know he's mine?

Well, does he leave a little note to tell you
You are on his mind?
Send you yellow flowers when the sky is grey?
He'll find a new way to show you
A little bit everyday
That's how you know,
That's how you know,
He's your love...

You got to show her that u need her
Don't treat her like a mind reader
Each day do something to lead her
To believe you love her

Everybody wants to live happily ever after
Everybody wants to know their true love is true
How do you know he loves you?
How do you know he's yours?

Well does he take you out dancing
just so he can hold you close?
Dedicate a song with words meant just for you?
He'll find his own way to tell you
With the little things he'll do
That's how you know,
That's how you know,
He's your love...

That's how you know he loves you
That's how you know it's true..

Because he wears your favourite colour
Just so he can match your eyes
Plan a private picnic
By the fire's glow
His heart will be yours forever
Something everyday will show
That's how you know,
That's how you know,
He's your love...

That's how she knows that you love her
That's how you show her you love her
You've got to show her that you need her...

N.o.t.t.i.n.g

Notting kali ni ialah nothing... Actually nothing much to say... Simplification form...

1) Today got no class at all

2) I slept at 4 am last night and woke up at 7.20 am after Subuh prayer

3) Hang out with Jixs at my apartment and she slept over here

4) Not in da mood, having a not very nice feelings since yesterday.. But I'm fine.. I guess...

-ThE enD-

Wednesday, March 11, 2009

SPM 2008

Mula2 sekali, aku nak wish HAPPY 21st BELATED BIRTHDAY to my only bro, Syahmi Khamis, 10 Mac yang lepas. May Allah bless u always..Aku dah write post khas untuk birthday dia tapi tau2 la intenet KTT sekarang ni sangat ngek. So tak sempat aku nak post dah mampus.

Terasa amat lama aku tak berblog, maka last post hari Isnin yang lepas. Aku amat fobia berblog kini kerana banyak masalah yang timbul dalam hidup aku kerana blog. Sebab dalam blog ni aku cakap je apa aku nak.. Kan aku dah kata itu merupakan tema blog aku.. Jadi sukati cipan aku la nak kata apa kan.. Tapi tu la, bila nama aku Nadia K, aku kata tak mo pikir pasal orang pun, aku akan tetap pikirkan pasal orang lain... Jadi aku pikirkan la apa yang orang rasa bila aku terlalu berterus terang.

Btw, today SPM 2008 result keluar. Takde pun dalam family aku yang amek SPM tahun ni. Melainkan kazen mazen aku la. Tapi aku teringat plak tahun lepas. Hari ni jugak SPM result tahun 2007 keluar, which is 11hb Mac 2008 tu aku ada ujian memandu dengan JPJ. Then next day nya, result SPM plak. But syukur Alhamdulillah dua2 pun lulus dengan jayanya. Huhu. Ingat lagi time aku nak amek result tu, aku ajak mama pegi lewat sebab takut nak jumpa semua orang if result teruk. Last2 aku terlepas untuk amek gambar masuk news. Haha.. Lantak la.. Aku tak rasa pun akan masuk gambar sekolah aku tu.. Masuk berita dalam surat khabar tapi tak ingat ada gambar diaorang tak.. Waktu amek anugerah cemerlang Yayasan Sarawak tu, ada la muka aku masuk news.. Muka pun keciiiiikkk je.. Hahah.. Sebab ramai2 kan?

Tahun ni melihat statistik result sedara mara kawan2 aku kat sini, banyak yang kantoi Biology. Banyak yang subjek lain dapat A1 tapi Biology dapat B3, B4.. Tak faham aku.. Sama ada susah sangat ataupun paper senang tapi graph grading tu tinggi.. Sayang and kesian to those yang nak buat medic, dentistry, pharmacy... Takpelah, maybe ada hikmah di sebaliknya.. But aku rasa memang yang budak2 dapat B untuk Biology ni pandai sebenarnya sebab subjek lain semua A1.. Tak tahu kenapa masalah paper Bio tu tahun ni... Congrats to those yang dapat good result!!

Monday, March 9, 2009

I'm Back...

Lama sudah aku tak menulis blog.. Ini sebabnya aku tak boleh nak connect ke internet untuk beberapa hari.. Ini pun aku syukur sangat tetiba je boleh pulak.. Tak faham aku macam mana pengurusan IT kat KTT ni kerja.. Maksud aku, adakah mereka bekerja dan berfungsi pada weekends juge? Hurm... Tapi macam mana pun tak sepatutnya internet down untuk a few days tanpa diaorang ganti balik days yang tak leh guna tu sebab we have to pay to use this... So leh pikir sendiri la...

Dalam bas otw back to KTT from KMB sebab time kitaorang pegi pagi tu kami naik van.. So that makes a difference..

Err.. Aku, Baydah n Fifi (netball player) kat dining hall KMB.. Hanisah suruh kitaorang buat muka kanak2 ribena.. Sekarang ni aku tak tau sape yg ada rupa kanak2 ribena tu... Confuse sudah..

Wajah netball's supporters KTT.. B4 friendly match bermula..

Aku and Anuar time kat One Utama sabtu lepas..

Aku hang out dengan dia.. Pagi pegi jalan TAR.. Konon nak carik tudung sekali takde plak tudung yang biasa2 sekarang ni.. Banyak tudung yang style ekin tu.. Apa keje aku nak pakai tudung macam tu.. Tau buruk kalau aku pakai.. So aku reluctant untuk membelinya.. End up having a lunch at Restoran Insaf.. Makan nasik belianika (bak kata Anuar) and bump on perarakan yang menentang PPSMI itu.. So scary.. Sebab first time tonton kejadian itu secara live...

Then pegi Cineleisure, beli tiket wayang.. We're watching Street Fighter - Legend of Chun Li.. Hahaha... Ada orang tido dalam wayang.. So dia tak tengok ending apa cite.. Aku hampir2 nak tidur namun bertahan sebab dah bayar kan? Rugi tak tengok.. Ceritanya best sebab banyak actions.. It just happen that bila orang dah mengantuk and tengok wayang, tu la jadinya.. Yang pasti orang tu tertido 2 kali.. Mula2 aku kejutkan.. Yang last tu, aku biarkan je.. Haha..~ Then jalan2 kat The Curve just nak gi CIMB, gi Borders jap.. Beli novel Confessions of a Shopaholic and dapat poster filem tu for free.. Alamak aih.. Sedih aku.. Haha.. Aku beli sebab takde orang nak temankan aku tengok filem ni nanti.. So better read la.. Huhu...

Pegi OU, terjumpa kedai Rotiboy.. Mamam 3 bijik.. 1 untuk maksu, 1 untuk mami, 1 untuk mokey.. OU sangat besar sampai tak larat nak jalan.. Dengan aku yang pakai heels memang alamatnya tak sampai la ke Old Wing.. Jalan2 kat New Wing je pun aku rasa tak habis pusing.. Penat la.. Tak larat aku nak jalan...

Ada pameran kereta Ferrari by Shell kat OU.. Banyak giler orang tengok.. Nice to see but unable to touch.. Haha.. Guys and Ferrari memang tak boleh dipisahkan.. Tengok la tu.. Aku jugak kena jadi cameraman.. Apa boleh buat.. Eh,bang.. Kaler baju dah sama, nak beli bila lagi kan?? Hehehe... Bukan racing car ni la.. I mean kereta sport kat belakang tu...

p/s: I enjoyed that whole day.. Sangat best sebab akhirnya OU, aku sampai juga kepadamu.. Hehehe...

Thursday, March 5, 2009

Tak tau nak kata apa...

Today is a lab's day.. Kali ni aku amek gambar ketika buat lab bio.. Experiment untuk test presence of glucose, non-reducing, starch and protein.. which is dia bagi 3 different solution and kena test la dalam tu ada apa2 semua kan... Tau2 la korang.. Yang test tube kaler kuning tu tak sepatutnya dapat warna tu.. Miss cakap contaminated.. Hahaha.. Yang blue tu maknanya no reaction on Biuret reagent which means no protein is present.. Purple colour is the positive result...Aku pakai spek baru yang berwarna purple apabila spek merah aku tu hilang.. Tertinggal kat somewhere... Aku happy sebab 1st time aku buat lab kat sini, aku memang complete semua.. Maksud aku, lab manual tu aku abis buat.. Selalunya soalan2 lab manual bio yang kami paling tak suka buat.. Bukan susah tapi malas....

Semalam baru Pajin perasan yang rambut aku panjang sebenarnya.. Kerana selama aku pergi dok singgah rumah diaorg, rambut aku sentiasa ikat.. Baru semalam je aku lepaskan rambut sebab basah.. Aku mandi malam kat rumah diaorg sebab rumah aku takde air.. Semalam kolej aku takde air lagi.. Tapi syukur by malam, dah ada.. Tu pun kira lambat sebab Syabas janji kol 6 petang dah ada air.. Untung dok rumah Jixs sebab rumah diaorg jarang takde air.. Kalau setakat sehari takde air, memang rumah diaorg takkan tak de air la.. If berhari2, then baru rumah diaorg takde.. Alhamdulillah... At least ada la rumah untuk aku tumpang mandi... Rasa tak sanggup nak hadapi dugaan takde air berhari2 lagi.. Tak sanggup nak mandi dengan air yang sikit and angkut air sampai terjatuh dari tangga.. If sampai hari ni takde air, memang aku dah blah gi rumah pakteh la sampai hari Isnin...

FESKOTT 2009 kembali.. Kiranya kalau kat sekolah, hari sukan la.. Karnival sukan.. 1st time seumur hidup aku rumah kuning.. Selama aku bersekolah dari kecik sampai grad form 5, memang aku rumah biru.. Dari rumah biru, ke rumah Bendahara (tukar sekolah rendah) sampai ke rumah Perdana (sekolah menengah).. Tapi memang blue la... Tu yang aku pun ada tuuuttt skit tu..Hahahaha.. By the way, aku benci rumah kuning..Sebabnya aku tak suka kaler kuning.. Tapi memandangkan kali ni aku rumah kuning, oklah fine.. Semangat cintakan rumah sukan la pulak.. Nama rumah kami.. Stingerz Bee.. Kalau tak silap aku.. Ni muka depan akhbar 'Keypo' citer pasal kemeriahan rumah kuning.. Mereka berlawan rumah sape lagi havoc.. Rumah Red Bull buat 'berita hairan'.. Masalah betul la mereka ni... Hurm... Takpelah... Dak KTT, apa lagi... Add la stingerz bee kat facebook.. Tambahkan kemeriahan rumah kuning kalau korang benci dengan rumah masing2 la...

Tuesday, March 3, 2009

YM V9


p/s: Nothing much to say.. Cuma nak kata aku happy sebab semalam aku upgrade YM aku ke version yang terbaru.. Version ni dah lama kot ada tapi aku baru upgrade.. Jadi sukati aku la nak happy kan walupun orang lain semua dah pakai version ni.. Hotak kau.. Line intenet tetiba cam pantas plak time aku nak upgrade YM ni.. Cuma skype je yang tak upgrade lagi.. Itu memang kalau aku upgrade kat KTT ni, alamatnya sampai intenet connection terputus pun tak selesai lagi.. Hahaha..

Monday, March 2, 2009

KTT vs KMB

Jixs sebagai captain netball..

KTT's netball team.. Gabungan Mara and JPA junior...

Semalam ada friendly match kat KMB (Kolej Mara Banting). Ada netball, futsal, basketball and badminton.. Fashion show pun ada.. Itu aku la join kalau ada.. Blah.. Aku tipu~ Hurm.. Aku patutnya main netball ni tapi disebabkan insiden aku jatuh dari tangga apartment aku yang telah menyebabkan tulang bahagian pinggul aku ni injured sampai sekarang and tak boleh lari, jadi aku pun decide jadi supporter je. So kami geng2 systers (gugurl) ni pun beramai2 memeriahkan suasana di sana.

Syukur Alhamdulillah, aku tak masuk ke KMB sebagai penuntut kat sana. Kalau tak, mahu giler nye aku.. Mana taknya, kat sana memang macam sekolah la.. Kelas, peraturan dan rupa kolej tu memang macam sekolah.. Nak outing and balik rumah sangat2 susah.. Sedang aku ni kan memang bukan budak sekolah asrama... So tak suka terkongkong ni.. Kat KTT amat senang kuar masuk.. Takde masalah.. Takyah lapor kat pak guard and all.. So memang senang la..

Btw, semalam memang kami menjadi supporters yang sangat baik la. Bukan sekadar follow ke sana, jadi pak pacak je, langsung tak berbunyi apa.. Buat semak je kan? Baik tak yah bawak.. Buat penuh bas je.. Result netball, KTT kalah tapi kalah dengan bangga sebab tak kalah teruk, 4-6 which is way much better lepas team netball kami jadi mengganas saat2 akhir.. Mana tak, hujung2 tu supporters semua kasi semangat kaw2.. Aku start dulu bising macam coach lepas dah tinggal masa skit je lagi sedangkan time tu KTT baru 1 score and KMB dah 5.. So aku sorang2 jerit, ' Defence!!', ' Jaga belakang!', 'Jaga position!'. Time aku mula jerit, apa lagi.. Semua pun baru la hidup skit pemain2.. Kalau x, macam tak warm up je.. Maklum la.. Sini setiap hari hujan, jadi team kami takleh nak practice selalu... Tapi macam mana pun, aku amat bangga dengan korang semua... ye? Nanti cuba lagi..

p/s: Kalah tak bererti pengalah, menang tak semestinya aku terus menang...Keep it up!

Sunday, March 1, 2009

Sepang GoldCoast

It's me!

San, Baydah, Suraya, Pajin and me!

Paparazzi dapat tangkap gambar aku tengah nangis sorang2.. Hahah..Tipu~~ Aku tengah main pasir...



Baydah and San tengah bersembang.. Romantik yang amat.. Diambil oleh aku sebagai mamarazzi pada hari itu...

Haha... Get caught again! :P Suka la aku gambar2 candid mereka ni.. Sangat sweet couple...

Haaa...Aku nak nyebok jadi orang ke-3.. Tapi Jixs kata Baydah yang macam orang ke-3 sebab aku ngan San pakai baju kaler sama... Hahah... Sorry baydah.. San is mine!!



Jiwang la kunun.. Nice pic!

Bola yang Baydah beli ni, aku ngan San je yang sempat main, pehtu hilang.. Orang curi...
Rugi 5 inggit

Layang2 katak aku ni pun aku beli 8 ringgit pas mintak kurang.. Sekali main baru kejap dah tersangkut kat pokok yang amat tinggi.. Takleh panjat coz ranting kecik sangat and terlampau tinggi.. Huhuhu.... :'(

Ni tak berapa jadi sebab cameraman tak reti nak amek gambar style lompat.. Tapi ni je yang Baydah lompat.. Hahah.. So aku letak gak..

Ni San amek gambar curi.. Dia plak nak jadi daddyrazzi eh? Pandai ye.. Tapi sangat lawa.. Handphone mahal... So gambar lawa..

Us! Mintak tolong pakcik mana tah amekkan gambar.. Thanks pakcik! Tudung aku dah tak kentang dah angin kuat sangat.. Huduh

Suraya and I are in luuuuvvvvvv~~

Suraya buat ketampi ke?? So cute la gambar ni... Semua have fun!

Aku tak tau apa tema gambar ni.. Dari kiri, pose paling poyo, pose nak tak nak je flying kiss and pose rasa seksi tapi tak jadi.. Hahahah.. Lame...

Macho giler.. Aku dah berani pose tanpa senyum.. Come back yang baik...Heheh...


First gambar lompat, terus menjadi and yang paling lawa la.. Hehehe.. Tinggi giler aku lompat.. Apehal kan? Nak catch the Sun la tu... Sorry Baydah!! Hahahah

p/s: Sabtu yang lepas, last minute plan.. Pukul 12.20 tgh hari tetiba Jixs mesej ajak kuar... Gi mana?? Gi Sepang Goldcoast.. Aku okay sebab semua 1st time nak pegi and aku memang perlukan ketenangan pantai.. Transportation amat si*al membuatkan aku, Baydah and San sampai sana kol 5, sedangkan plan pegi kol 1.. Sedangkan about 30 mins je from kolej kami ke sana...Hurm... Sampai kolej, pukul 11 lebey malam.. Tu pun cousin aku, Shafiq yang amek kat sana... Panjang kalau nak cite sal transportion ni. Cuma aku nak katakan kat dak KTT, jangan amek transportation from EN.SHAM yang iklan2 tu.. Amat tak punctual.. Sangat3!! Bukan skit.. Jadi kau yang bernama manusia, maaflah.. Ni 1st and last time kitaorang gunakan khidmat kau.. ye?? Tapi apa2pun, kami amat gembira dan enjoy!! (^_^)