Tuesday, October 21, 2008

Kekandaku pulang ke UK semula

Flight kanda aku, Nisa pada pukul 12.55 pagi pada 17 Okt yang lepas. Aku mintak la dia drop by kat rumah uncle aku ni sbb aku nak jumpa dia memandangkan selama ni dia duduk kat rumah In-Law dia. Sbb aku nak ikut hantar kat airport, like mcm susah la plak kan? Then dia ckp OK, tu pun kalau sempat.
So aku dengan comelnya menanti la dia datang sini. Sekali tiba2 kanda aku call aku. Dia nak ajak aku temankan dia hantar gi airport. Jadi pada pukul 10.40 malam, kanda aku call lagi. Ketika itu, dia sudah tiba di depan rumah uncle aku. Aku pun berlari keluar. Rupa2nya parents in-law n hubby kanda aku turut hantar kandaku di airport. Nasib baik aku tidak mengeluarkan rahsia baju tido aku. Kalau x malu aku, gi KLIA pakai baju tido. Terpikir gak la aku nak mengeluarkan rahsia tu seperti biasa. Namun kuat firasat aku mengatakan bahawa…JANGAN…Betul firasat aku.

So kitaorg like sampai kat KLIA pukul 11.20..Ayahanda aku call aku. Bertanyakan hal urusan penerbangan kanda ku. Bonda aku telah beradu ketika itu, kata Yande aku. Selepas selesai semuanya, abg ipar aku dok la mengambil gambar, meneruskan hobi beliau walau di mana saje berada. Aku pun tanpa menunggu lagi, terus menarik tangan kanda aku menuju ke Mc Donald. Hmmm…aku akui, diet aku semakin hari semakin lebur.. Mana x bulat, aku makan MCD pada pukul 12 tgh malam?? Apalah…tapi xpe, aku share dgn kanda aku.Cuma xsebanyak ketika aku lepak dgn kengkawan aku di Seremban aritu. Sebabnya dinner aku dah makan dah. Cuma nafsu aku terhadap fast food mmg susah nak dikawal skit semenjak aku dok lam hutan tu. So bila aku jumpa je fast food, sure nak makan punya.

Kini, sudah tiba masanya kanda aku masuk semula ke dalam departure hall. Seperti korang semua nak tahu or tak nak tahu tapi aku nak bgtau jugak, oversea punya flight mmg nazak skit nak pergi ke tempat berlepas. Sbbnya kena check imigresen kat machine yg canggih n kena JALANNNN…..naik aerobus utk ke next building di mana di situ la tempat kapal terbang International akan berlepas. Btw, kanda aku naik flight Emirates..xsure camne nak eja.. aku amat tertarik dgn uniform stewardess mereka yang sungguh unik namun aku rasa cam selendang tu menyusahkan je if korg penah tgk la..

Ok, balik semula..Kami pun bersalam-salam, berpeluk-pelukan n bercium-ciuman..PIPI ye..Apa punya kuning otak kalau pikir pelik2..Kanda aku hanya akan balik semula ke sini tahun depan sambil membawa sijil graduate nya sebagai seorang doktor berjaya!! InsyaAllah…AMIN…kitaorg sentiasa mendoakan kebahagiaan n kejayaan family..By the time tu, baru aku akan jumpa dia lagi..sekejap…wawawawa….aku OK, aku OK…aku tak nangis tau…(sambil air mata ngalir2 jatuh ke tilam katil aku)…

Pastu family abg ipar aku hantar aku balik semula ke rumah uncle aku. Aku amat berterima kasih kepada mereka semua kerana tanpa mereka berbesar hati tolong bawak aku sekali, aku tidak akan dapat peluang nak htr kanda aku balik ke UK…Aku merindui kamu….Sungguhhhh….aku cinta kamu…………….

No comments: