Actually aku gunakan masa cuti 2 minggu ni untuk cari balik diri aku sebenar.. Aku rasa cam aku dah hilang.. Malam ni je aku dah gaduh dgn banyak giler kawan2 aku.. Asal entah.. Aku yang baran sangat sekarang ni or diaorg ni yang asyik menyakitkan hati aku tapi tak sedar2 dan aku ngamok untuk sedarkan mereka yang berakhir dengan pergaduhan. Aku memang suka gaduh. Kalau korang tak caye, tanya la kepada mereka yang lebih mengenali...
Selalunya aku sangat diam dan layan jer dengan perangai orang2 yang buat lawak menyakitkan hati aku bila masa aku serius diaorang ingat aku gurau. Masalah ni tak besar pun sebenarnya. Namun bila aku yang bernama ni dah fed up tahap setan, aku akan hambur je sekali harung.. So kepada mereka yang kena, nasib korang la.. I don't give it a damn.. Kalau itu dapat sedarkan korang.. Sorry to say...
Sama ada aku yang berubah ataupun mereka yang dah berubah but basically semua pun berubah. Aku berubah sebab keadaan aku yang kena memikirkan tentang banyak benda, tentang semua orang, tentang kehidupan dan sebagainya tanpa memikirkan yang aku patut ke pikir benda2 ni semua. Somehow dari dulu, aku kecik2 dulu pun aku dicari oleh orang2 yang lebih dewasa untuk selesaikan masalah hidup mereka sedangkan korang paham x aku kecik lagi?? Tolong la.. Bagi aku merasa hidup tanpa bebanan perasaan macam budak2 yang sebaya dgn aku.. I was like 10 years old?? Hello~
Aku la yang kena jadi heroin.. Selesaikan itu, ini.. Semua benda aku kena pikir.. Aku hadkan hidup aku.. Aku takleh buat itu, buat ini.. Just because aku tak nak orang ikut aku kalau aku buat benda2 yang tak baik seperti mencarut dan sebagainya.. Umur 10 tahun tu la bermulanya hidup aku dah tak jadi macam budak dah.. Aku kena pikirkan masalah rumahtangga orang, masalah peribadi orang.. and benda tu sampai sekarang.. 8 tahun straight aku berdepan dengan masalah yang aku sendiri pun takleh nak solve.. Aku tak boleh walaupun aku nak sangat.. Aku cam tak tahu nak buat apa.. And apa yang aku sedar, masalah ni jadi makin kronik dan critical dari hari ke hari. Aku dok berdoa kat Allah, supaya tolong aku selesaikan masalah ni.. Aku pun dah tak tahu dah nak buat apa dah..Apa yang paling best, masalah ni bukan masalah aku..~
Kadang2 aku jadi murung sebab dok pikir macam mana nak buat.. Kadang2 aku jadi happy untuk lupakan benda ni.. Namun aku sedar makin aku besar, makin banyak masalah aku, makin banyak benda yang nak dipikirkan.. Apa yang aku nak buat sekarang, aku nak buat parents aku happy bila bersama dengan aku.. Aku struggle study cam cipan pun (berbanding time school dulu la) just nak buat parents aku happy.. Aku tak nak kawen, pun sebab aku nak temankan mereka..(walaupun mereka suh aku kawen).. Aku just nak mereka happy n bahagia sangat sebab aku dah xsanggup nak buat mereka sedih or pa2 lagi dah.. Sudah2 la tu..
p/s: Aku masih dalam process untuk cari diri aku balik.. So tolong jangan buat aku keliru.. Kalau korang tak suka kat aku, korang boleh blah.. Xyah la buat2 cam suka tapi tak suka sebenarnya coz it doesn't help.. Korang cuma buat kepala hotak aku serabut je seyh.. Kalau kau salah sorang drpd mereka itu, kau blah dari hidup aku boleh?? Sebabnya aku nak buang seorang demi seorang yang tak penting lam hidup aku sebab aku nak kurangkan bilangan orang yang aku kena pikir dan jaga hati mereka... So blah...~
p/s/s: Maaf aku berkasar bahasa namun aku straight forward orangnya.. (Sila lihat perkara2 yang aku benci kat sidebar tu..Sila2.. Jangan tak malu)
adsbygoogle
9 years ago
2 comments:
yehhhh!!! jadi la diri anda sendiri...jangan berkorban kebahagian anda demi orang yang tak penting dalam hidup!
Ye betul! Namun mereka itu amat penting bagi saya jadi kena pikirkan juga. Cuma mereka yang tak berkaitan boleh blah! Heh!
Post a Comment