Kami pegi makan dinner kat Topsport, Kuching macam kebiasaannya la kan. Order makanan pun lebih kurang sama cam selalunya. Namun apa yang berbeza, kali ni kami berbincang tentang jodoh. Haha. Funny tajuk yang dibincangkan bersama parents. JODOH?? Hm...word yang sungguh pendek dan ringkas kan? Namun apa yang kita tak tahu sebenarnya dalam mudahnya perkataan 'jodoh' tu bila kita nak bercakap tentang istilah sebenar perkataan tu susah actually. Sampaikan rasanya memang tak tercapai dek akal untuk ungkapkan istilah sebenarnya. Kali ni baru kita nampak memang jodoh kita tu hanya Allah je yang tahu.

Okay.. Apa yang kitaorg bualkan sampai timbul benda ni? Hmm..actually aku tak paksa pun namun aku pun tak ingat gak la apa yang buat timbul benda ni tapi basically, parents aku bercerita tentang zaman2 cintan cintun mereka dulu...~ Alkisah... Dari zaman U dulu, papa aku ni senior mama aku kat UM. Mereka tak sama pun dalam pa2 segi, maksud aku course dan sebagainya. Namun akhirnya mereka berkahwin juga. (Jodoh...Alhamdulillah kalau tak, aku tak wujud la sekarang ni) Papa aku ni kira banyak peminat la..(See, mama..The best woman wins~) Sehinggakan waktu orang tahu yang mereka ni dah couple, ramai pompuan2 yang sakit hati kat mama aku. Dok jeling2 beliau tanpa sebab. Aku paham perasaan kena jeling tu. Hahah! Banyak sungguh tapi sorang pun papa aku tak layan.. Kerana lagi wanita approach beliau, lagi beliau takut.. Hahah! Mama aku ni pulak.. Bak kata beliau sendiri, beliau ni tak lawa, xde orang minat.. (Papa aku kata lawa tu subjektif kerana di mata papa, mama la yang paling lawa..)

Aku gembira sebabnya banyak cerita yang mereka ceritakan malam ni, merupakan cerita yang mereka tak penah citer kat aku.. Heheh! Terbongkar seyh~ Jadi, the moral of the story yang parents aku cakap, kita tak payah susah payah cari, kita kawan je, kalau ada jodoh memang takkan ke mana...~
p/s: Aku paham... Namun sementara nak tunggu jodoh tu sampai la yang rasa parah sikit... Sebabnya aku dah tak larat nak jumpa dengan not the right one untuk aku.. Aku bosan dan penat...~
p/s/s: Gambar di bawah ini hasil karya Auwieyh.. Gambar kitaorang mamam burger kat Carls' Jr aritu... Suka3! Thanks Shey-Nie!
4 comments:
saya cadangkan awk buat ruang komen awk yang macam pop up punya..bila nak drop komen tak payah nak gi next page. untuk buat tu awk login blog awk.then pergi setting>>comments>>Comment Form Placement>> pilih yang "popUp"...pastu gi bawah tekan save setting.. kalau yang pop up tu senang la orang nak letak komen.. kalau boleh buang word verification nie..sungguh annoying. comments>>"Show word verification for comments?" pilih NO.. tu je la pendapat saya.. :)
Thanks, Chmod.. Nanti saya try buat ye? Sebab saya ni tak berapa reti..maklumla baru je buat blog ni pun..sorry for the inconvinience..(^_^)
yaaa...itu dia..dah pandai pun skrg.. :)
sungguh misteri chmod ni..curious nak tahu...
Post a Comment