Semalam selepas tamatnya exam paper 5 Chemistry, kitaorang kena tahan dalam dewan for an hour disebabkan adanya briefing tentang borang soalan keselamatan. Kitaorang diwajibkan untuk isi borang ni and supposedly semua kakitangan kerajaan kena isi benda ni and info pasal kita akan dihantar ke Balai Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut la. Bunyi serius je. Memang pun.
I hate to say this but everytime pas buat exam paper Chem, aku akan saket otak. Susah nak mati. Salah satu sebabnya, aku tak berapa pandai dan faham subjek ni. Disebabkan kelemahan aku itu juge, menyebabkan aku benci Chem. Eh..takleh2.. Tunggu settle satu lagi paper Chem next week baru leh cakap camtu.. Tarik balik! Ye, aku cinta Chemistry dan Physics dan juge Biology...
Dalam dewan tu aku dah saket kepala dah. Even before gi exam tu pun, aku dah telan 2 biji panadol. Ouh ya.. Lately aku asyik makan panadol dan benda tu tak bagus. Tapi aku asyik saket kepala je. Stress study? Itu adalah satu penipuan~~
Yang buat aku tetiba nak tulis post pasal sahabat ni sebab ada 2 bahagian dalam borang ni yang suruh isikan info pasal 2 orang sahabat karib yang sangat mengenali diri anda. Hurm. Aku dok pikir punye pikir sape aku nak letak. The thing is lecturer tu kata kalau setakat kenal kat KTT, dia tak rasa macam kawan tu akan cukup kenal aku. Masalahnya sekarang, aku takde kawan karib dari dulu. So by hook or by crook, aku kena letak gak salah sorang gugurl dalam borang aku tu memandangkan diaorang je yang aku rapat sekarang..Sorang lagi, aku dah tau nak letak sape..Heee~~~
Cari punye cari, sape kawan aku yg rapat ngan aku time sekolah dulu. Yang ada pun, aku tak anggap bestfren and aku rasa diaorang tak kenal pun aku if just in case pihak balai call diaorang and buat siasatan. Yang rapat dulu pun, aku dah tak contact dah. Maklumlah semua ada hidup masing-masing. It happened to be that all kawan rapat aku tu laki. Susah la kalau kawan2 smua dah ada awek sendiri. Seperti biasa akan lupa kawan punye...
So, senang cite.. Aku takde best friend since sekolah dulu... Payah kalau ada orang tanya pasal sape bestfren sebab takde...
p/s: Serabut kepala otak aku dengan borang tu soalan banyak macam ape. Nak kena buat medical check up lagi sekali plak. Patut buat before fly. Ni exam pun belum, dah suh buat medical check up. Bagus! Optimistic!
adsbygoogle
9 years ago
No comments:
Post a Comment