Monday, October 19, 2009

Beauty or Brain?

Beauty + No brain = Blonde.. Haha.. Takde la, aku gurau je. Itu mitos2 yang orang salu katakan. Aku pun kurang pasti kenapa orang selalu discriminate orang yang naturally blonde ni takde otak. Aku pun takde la pulak buat research secara scientific-nya. Memandangkan exam final aku dah nak dekat and bermula 28th Oct ni, yang juga bermakna insyaAllah aku akan menamatkan kursus A-Level selepas final exam ni and boleh balik rumah for good.. Yeaaaa!! Then sama2 la kita doakan kita semua dapat fly gi India! :D Aminnnn...

Aku selalu terpikir apa yang orang pikir bila diaorang tengok aku. Aku rasa most probably orang akan nampak aku sebagai no beauty and no brain. Haha. Hopefully tak la. Dari dulu, aku suka ask girlfriends aku if kita diberi pilihan and hanya boleh pilih satu je, sama ada beauty or brain?? Hurm.... Dari dulu jugak, jawapan aku tetap sama iaitu aku pilih BRAIN. Serious. Bagi aku, kalau ada beauty je, aku rasa kalau earn duit thru modelling or kawen ngan datuk2 pun takkan dapat kepuasan yang maksima. Sebabnya bukan nak kata kita tak berusaha tapi macam kita kena depend dengan something yang tak kekal. Maksud aku, kalau depend beauty je, kalau dah tua dan beauty tu dah takde, ape yang kita nak buat ngan hidup kita pastu?

Kalau kita ada brain, kita ada stable career, ada harta yang banyak giler semua sebab kita earn sendiri. So kalau macam tu, rasanya lebih berpuas hati kot. Plus, kalau kita ada brain, tak lawa pun takpe. Sebab orang respect kita sebab kebijaksanaan yang kita ada. Bukan sebab paras rupa. Lagipun paras rupa tu kan ciptaan Allah, orang takkan boleh kata apa2. Walaupun memang tak leh nak disangkal, ada certain people yang memang mulut longkang, yang suka kutuk2 rupa paras orang, tapi apa yang boleh aku katakan.. If kita ada otak, biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting, kita berjaya dalam hidup kita dan yang kutuk2 tu tak pergi mana. So biarkan jelah.

Aku suka tengok filem ‘Legally Blonde’. Basically, aku suka script writer citer ni and ada satu lagi cite tajuknya ‘ The House Bunny’ juga merupakan penulis yang sama. Dua2 best. Aku tengok dah banyak kali. Aku recommendkan korang untuk tengok, especially girls la sebabnya both film ni macam memang girls je yang suka tengok. Takde action2, tembak2 la. Memang fun, then pelakon2 dia semua pakai baju lawa2. Yang paling bestnya, kalau korang pas tengok citer ni, confirm korang akan lebih bersemangat nak maju terutamanya ‘Legally Blonde’ la. It helps me a lot. So try la tengok and enjoy the movie =)

p/s: Aku nak jadi macam Elle Woods...

No comments: