Blogging dari bilik... Sekarang ni kat Malaysia, musim panas la (summer time).. Dah lamaaaa tak hujan... Ada sekali tu tetiba hujan tapi semenet je.. Pehtu berhenti.. Baru je nak bau jalanraya yang panas tetiba kena hujan.. Tak sempat nak menikmati, ianya terhenti sendiri.. Terkesima aku tatkala melihat hujan tiada lagi yang gugur dari langit.. Biarpun titik2 mutiara, namun sayangnya tiada..Tika bunyi deruan hujan hilang dari deriaku.. Hanya seketika, hanya seminit itu.. Ku terkenang lagi saat itu walaupun telah lama berlalu... -sudah-
Merapek sungguh... Harini aku mandi petang awal giler.. Kol 4 dah siap dah mandi, wangi je.. Peh aku bangun dari tidur setelah mengalami sakit kepala apabila pulangnya dari perpustakaan KTT terchinta.. Berpeluh2 aku.. Kepala hotak shut down sebab pening...
Sebab bermulanya pening itu:
- Aku study sorang2 kat meja yang patutnya for 4 seaters.. Baek punyer lunjur kaki.. Hehe.. Enjoy tapi apa yang tak best, pas lunch, aku tak tenang nak study sebab datangnye mamat2 yang banyaaakk duduk kat belakang meja aku.. Bising~ (Kalau nak bincang, gi masuk discussion room la, ngek!) Pagi tu hidup aku tenang sebab mamat2 tu tak bangun lagi agaknye.. So aku seronokla duduk situ lama2 dengan air-cond.. Sejuk berbanding kalau kat bilik dengan kipas speed 3..
- Semalam aku tertido lewat sikit berbanding biasa tapi luar biasa untuk orang lain sebab aku tido awal sangat2.. So aku agak mengantuk la.. Tambah2 pas mamam, memang baek punyer ngantuk la.. So tengah2 baca Bio, tetiba aku duduk and ingatkan nak pejam mata je.. Sekali aku tetido yang sampai sempat mimpi kejap.. Aku rasa dalam 10 mins kot.. Then aku terbangun tetiba sebab aku terjaga bila dengar suara2 laki.. Aku macam terlupa yang aku kat library..
- Bila kita dalam keadaan yang baru nak lena tidur and terbangun secara mengejut akan mengakibatkan kepala menjadi sangat pening dan sakit.. Jadi aku tak leh nak go on, aku balik and terus makan panadol.. -hibernate selama 2 jam-
p/s: Quiz aku kat Facebook sucks betul la.. Semua orang tak kenal aku betul2.. Kawan aku, Matnoq je score paling tinggi.. Tu pun 50+%... Payah betul la.. Sebab pilihan jawapan banyak yang memang patut leh jadi jawapannya tapi aku yang tak reti nak setting supaya pilihan jawapan yang betul leh jadi banyak2.. So jawapan betul 1 jeeeeee... Tu yang abes semua terjun bangunan tu tak leh jawab.. Aku pun rasa macam nak terjun swimming pool tengok bila tengok result semua orang.. But it is predictable.. Takpe2, try lagi sampai anda dapat 100%!! Yakin boleh!!!
adsbygoogle
9 years ago
No comments:
Post a Comment