Sunday, November 9, 2008

Midvalley..Here I come!

Semalam aku pergi ke Midvalley untuk kali ke berapa ntah sebab aku tak pernah kira pun. Pagi2 aku dengan Pa-Jane naik van kolej untuk pergi ke KTM Nilai. Pada awalnya, Pa-Jane enggan keluar kerana dia tak tau bahawa ada van kolej yang hantar ke KTM pada hari Sabtu. Lepas dia tau aku nak keluar, dia pun terus nak keluar gi Mid jugak untuk bertemu dengan rakan2nya di tempat lain. Aku pun tak tau n tak duli. Haha. Kitaorg tak jalan sama eyh. Naik KTM je sama.

With Pa-Jane dalam komuter yang pack giler

Btw, aku gi Mid nak jumpa dengan abang aku kat UM. Tapi aku tak gi la UM, dia la kena datang cni. Apa kojonye aku nak gi UM tetiba?? Bajet cam tak pernah pegi jelah kan. So dia datang bawak kawan2 dia sekali. Hehe. So kiranya semalam aku jadi cam Hot girl la sebab kuar dengan laki semua kecuali aku sorang saje perempuan. Bangga aku. Hehe. Astaghfirullahalazim…. Ish3!


Nando's aku....

Kitaorg gi mamam Nando’s…(akhirnya..dah lama aku tak makan..tapi tak berapa sedap la semalam) and aku gi tengok wayang..(mahal giler harga tiket berbanding dengan kat Kuching) citer Quantum of Solace 007!! Adoi. Aku nak tengok High School Musical 3 sebenarnya. Tapi xper ar.. Tiket bukan aku yang bayar, so kiranya aku ni dibayar untuk tengok citer ni. So aku ok la. Ahaaa…. Best la jugak. Tapi memandangkan aku tak berapa minat nak tengok, so jiwa aku tu xde kat situ la. Aku tengok je.


Naqiu pun ada..Poyo! Bwk buka Chem!

Petang, before maghrib, aku pulang ke kolej aku. Macam mana aku balik, korang jangan tanya. Malas aku nak citer. So basically……

Main objective aku gi Mid: 1)Nak beli birthday presents Bonda aku, Baydah n Jixs
2)Nak beli pencil box baru…hehe..
3)Makan fast food banyak2..hancur diet aku.

My New Miss...Whatever!!

Alkisah aku membeli Miss Whatever..(1st time). aku tak pernah pun walau sekali masuk kedai ni sebab aku rasa barang2 dia mahal. tapi ketika aku tengah jalan2 nak gi carik pencil box, ada sorang mamat ni lalu depan aku sambil tengok aku n cakap kat aku.."Wah...lawanya muka dia ni..". Aku geli. So aku terus jalan masuk kedai Miss Whatever untuk elak laki tu. Masuk2 tup2, lawa plak sebab semuanya basically warna hitam productsnye. Aku pun suka la. Haaaa….itu saje la..tengok gambar je tau..aku taktau dah nak tulis apa dah… The conclusion is…AKU HAPPY SANGAT DAPAT KELUAR SEMALAM!!!


With Anuar...

No comments: