Friday, November 21, 2008

3 Days trip to Kuala Lumpur...

Sebelum pegi Midvalley~


Hai all! Lama aku hilang..aku rasa lama la..walaupun aku tahu korang takkan rasa apa atas kehilangan aku..namun aku tidak la hilang sebenarnya..Cuma aku tak online..Banyak juga orang2 yang mem'BUZZ' aku kat YM tu..Dengan erti kata lain 'ding' la untuk offline message..hahaha!! Namun maaf kawan2..aku hilang bersama sugardaddy ku..Kan aku dah bgtau Align Centerkorang kan?? Buat2 tak tau pulak..

Ok..enough of muqadimah..

Hmm..Actually parents aku datang KL dari 17 Nov sampai Ahad ni. Namun yande aku ada kursus kat Quality Hotel, KL sampai 20hb Nov je then mereka akan pergi ke Johor. Selepas itu, menuju ke Sepang. Then balik Kuching. Haaa.... Jadi 18hb tu pagi2 buta aku bersemangat ambik teksi pegi KTM Nilai and terus menuju ke Bank Negara. Aku sebenarnya sangat familiar dengan Jalan area TAR ni sebab dari aku kecik memang salu shopping sini and sampai sekarang pun aku masih merasakan tempat ni tetap 1st choice aku kalau nak shopping selain daripada pemandu2 dan penunggang motosikal yang SANGAT kurang ajar dan tidak prihatin terhadap pejalan kaki. Lampu merah traffic light takyah cite la. Memang dilanggarnya. Zebra crossing melambak. Tak guna juge. Apalah.. Main pecut je.. Aku rasa area tu yang patut polis ambik tindakan supaya tak banyak pejalan kaki yang mati kena langgar kereta.

Balik dari Mid. Otw nak gi hotel, hujan lebat. Namun aku yang basah paling teruk sebabnya aku ada bawak payung tp aku suh abg aku payungkan bonda aku...


Aku amat terkenal dengan surprises. Itu kerana aku taktahu pun hotel ni kat mana. Baru 1st time nak pegi. Then aku sampai buat research peta utk tengok kedudukan hotel ni. Bonda aku cakap aku sampai Bank Negara nanti bgtau la supaya beliau boleh ambik aku kat sana. Hmm... Namun aku suka sangat nak try something new.. Sebab aku tak rasa aku akan sesat kat area tu selain daripada aku cuak jalan sorang2 dengan orang2 yang pelik2.. Namun aku jalan juga.. Then aku call bonde nak tanya no.bilik itu kerana aku sudah berada kat depan lif hotel..Heheh! Bonda amat terkejut..Aku suka!

Posing gambar kat pool. Ala2 majalah Mangga gitu..hehe!

Pada hari itu juga, aku teman bonda shopping kat Jalan TAR.. Aku gembira.. Shopping habis2 la.. Baru berbaloi aku datang KL dari Sepang tu ha... Jauh~ Namun berbaloi... Pas balik shopping, solat, kitaorg gi swimming sekejap.. Dalam sejam lebey camtu, nak hujan plak.. Jadi kami pun balik bilik.. Bonda ada cite pasal Spa kat Hotel ni ada promotion.. Hmmmm.... Apalagi?? Kami pun terus menuju ke Ayer Spa buat body scrub.. Aku wat tamarind body scrub.. Bonda buat yang traditional punya.. 1st time... Huhu... Best... Kerana seluruh kulit badan terasa sangat lembut.. B4 balik, aku sempat try buat pedicure..huhu...ni aku bayar sendiri..

Itu tak termasuk pengalaman aku di'flirt' giler3 oleh sorang mamat pilot Iran yang sangat TUA kat kedai kasut Jukebox Jalan TAR.. Siap nak mintak no.phone aku and nak ajak aku kuar dinner plak dah..(sungguh BODOH~kerana dia tidak tahu bahawa aku amat mencintai lelaki Melayu) Namun aku menolak secara baik... Tak guna punya jantan! Sebab kau kacau aku, aku plak yang tak jadi nak beli shoes sebab aku takut kat engkau. Namun aku beli juga semalam. Heh! Panjang ceritanya, kalau nak tahu, text phone aku or YM aku or htr comment/message dekat friendster aku pun boleh aje..or tanya kat cbox aku jelah, senang...Aku akan ceritakan ye..

Kami team bola KEDAH!! Pulun Kedah pulun!


Esok nya pegi Mid Valley.. Jumpa abang kat sana.. Aku shopping lagi..Makan kat Big Apple and Long John Silver apa tah.. Beli baju Scarlet 3 pasang. Lalala... Kemudian menuju ke hotel bersama Bonda n abang aku. Nak suh dia jadi personal tutor Chemistry aku. Sebab aku nak final sem exam next week. Isnin ni.....~ aku tak habis belajar lagi...Aku pulang ke kolej semula semalam. Heh! Naik komuter n teksi sorang2.. Takut jugak la... Yang penting, now sudah selamat semua nya.. Alhamdulillah~

Abang aku dok ajar aku Chemistry kat hotel


p/s: Aku rasa mungkin oleh kerana aku terlalu gemar membuatkan orang berfikir yang aku ada sugardaddy menyebabkan betul2 plak ada yang nak offer aku jadi sugarbaby nya..(merujuk kepada mamat Iran tersebut). Aku amat takut dan juga murka kepadanya. Cuma aku tak bajet la ada yang nak bagi aku offer tu dalam masa yang terdekat. Heh! Aku boleh menjadi sugarbaby namun aku takkan terima sugardaddy yang hanya utk provide aku duit je tapi aku tak sukakan dia personally dan aku takkan terima sugardaddy yang sebaya or lebih tua dari yande aku. Geli~

p/p/s: Jap2....Happy 52nd Birthday to my beloved BONDA yang dilahirkan semalam, namun pada tahun 1956..hehe! Happy Birthday, Mama!! May Allah bless you and our family always and forever... AMIN~

No comments: