Monday, November 3, 2008

Aku redha dengan ujianMu...

Actually sepanjang cuti ni aku dah buat banyak aktiviti untuk tatapan korang. Tapi sayangnya Jumaat yang lepas, aku n family aku ditimpa musibah apabila rumah aku dipecah masuk pada pukul 3.15-5.20 petang ketika aku dgn mak aku kluar pegi beli barang pukul 3 petang. Memang pencuri ni dah lama survey rumah kitaorg n nmpk kitaorg keluar. Jiran rumah aku dengar bunyi bising2 time diaorg korek pintu dpn rumah aku tu, tapi dia tak kuar sbb ingatkan xde pape.


Aku yang balik2 tu nak bukak gate terkejut tgk grill rumah n pintu dikopak tetapi dikunci dari dalam. Tingkap depan rumah aku yang aku mmg jarang bukak, terbukak smuanya. Langsir diselak. Pintu belakang ternganga. Aku bergegar2 lutut semua lemah, call bapak aku bgtau. Mak aku tak yah cite la. Dahla dengan tekanan darah xstabil, trauma lagi. Kesian mak aku. Kitaorg tak berani nak masuk rumah dulu memandangkan selipar penjenayah tersebut masih diluar rumah aku. So aku tak sure setan tu masih ada ke x kat dalam rumah.

Pas bapak aku balik n kwn2 beliau datang, baru kitaorg masuk. Rumah kitaorg jadi macam tongkang pecah. Semua barang yang ada dalam setiap bilik kena geledah. Laptop aku yang baru aku beli tak sampai sebulan kena cekau, 3 spare handphones termasuk handphone aku yang kakcik aku bagi dulu, barang kemas, video camera. PS2 abg aku setan2 tu dah angkut dari atas, tapi xsmpt nak ambik. Mungkin time aku sampai tu diaorg baru cabut lari. Sbb ada gak barang yang diaorg tak sempat nak ambik. Syukur. Aku juz doa sekarang ni jangan la diaorg2 tu semua datang balik. Nauzubillahiminzaliq.


Apa yang paling aku tak puas hati, diaorg macam berpesta plak dalam rumah aku. Siap ambik minum air2 tin yang aku letak dalam fridge. Tak guna betul. Xpelah..aku Cuma syukur time diaorg masuk tu, xde orang kat rumah sbbnya if ada org, mmg lagi bahaya nyawa kita. Setan2 tu mmg dh nekad giler nak masuk. Mana x nya, siang2 buta dengan jiran kiri kanan ada. Nak masuk jugak. So semalam n semalam nya lagi aku dgn bapak aku repair pintu smua. Malam yang lepas diaorg pecah masuk tu, kitaorg semua tak leh nak tido. Esoknya baru pegi report polis n tgh hari tu polis datang siasat. Hopefully dapat la tangkap diaorg tu sbb aku rasa mereka tu setan yang sama dok pecah rumah keliling tu.

Sekarang ni, satu benda yang jelas aku dah nampak. Bila benda2 buruk jadi kat kita, baru kita tau sapa yang betul 2 sayang, care, concern pasal kita. Time ni la nak tengok sapa kawan sejati, sapa yang tak. Aku juz harap korang yang baca blog ni, if ada masa, buat la solat hajat untuk family aku. Doa setan2 tu dapat balasan n setan2 tu tak ganggu rumah kitaorg lagi dah. AMIN……
p/s: aku sertakan beberapa gambar kat master bedroom. byk lagi tapi aku tak upload.

No comments: