Thursday, December 4, 2008
Siapa aku?
Selalunya aku sangat diam dan layan jer dengan perangai orang2 yang buat lawak menyakitkan hati aku bila masa aku serius diaorang ingat aku gurau. Masalah ni tak besar pun sebenarnya. Namun bila aku yang bernama ni dah fed up tahap setan, aku akan hambur je sekali harung.. So kepada mereka yang kena, nasib korang la.. I don't give it a damn.. Kalau itu dapat sedarkan korang.. Sorry to say...
Sama ada aku yang berubah ataupun mereka yang dah berubah but basically semua pun berubah. Aku berubah sebab keadaan aku yang kena memikirkan tentang banyak benda, tentang semua orang, tentang kehidupan dan sebagainya tanpa memikirkan yang aku patut ke pikir benda2 ni semua. Somehow dari dulu, aku kecik2 dulu pun aku dicari oleh orang2 yang lebih dewasa untuk selesaikan masalah hidup mereka sedangkan korang paham x aku kecik lagi?? Tolong la.. Bagi aku merasa hidup tanpa bebanan perasaan macam budak2 yang sebaya dgn aku.. I was like 10 years old?? Hello~
Aku la yang kena jadi heroin.. Selesaikan itu, ini.. Semua benda aku kena pikir.. Aku hadkan hidup aku.. Aku takleh buat itu, buat ini.. Just because aku tak nak orang ikut aku kalau aku buat benda2 yang tak baik seperti mencarut dan sebagainya.. Umur 10 tahun tu la bermulanya hidup aku dah tak jadi macam budak dah.. Aku kena pikirkan masalah rumahtangga orang, masalah peribadi orang.. and benda tu sampai sekarang.. 8 tahun straight aku berdepan dengan masalah yang aku sendiri pun takleh nak solve.. Aku tak boleh walaupun aku nak sangat.. Aku cam tak tahu nak buat apa.. And apa yang aku sedar, masalah ni jadi makin kronik dan critical dari hari ke hari. Aku dok berdoa kat Allah, supaya tolong aku selesaikan masalah ni.. Aku pun dah tak tahu dah nak buat apa dah..Apa yang paling best, masalah ni bukan masalah aku..~
Kadang2 aku jadi murung sebab dok pikir macam mana nak buat.. Kadang2 aku jadi happy untuk lupakan benda ni.. Namun aku sedar makin aku besar, makin banyak masalah aku, makin banyak benda yang nak dipikirkan.. Apa yang aku nak buat sekarang, aku nak buat parents aku happy bila bersama dengan aku.. Aku struggle study cam cipan pun (berbanding time school dulu la) just nak buat parents aku happy.. Aku tak nak kawen, pun sebab aku nak temankan mereka..(walaupun mereka suh aku kawen).. Aku just nak mereka happy n bahagia sangat sebab aku dah xsanggup nak buat mereka sedih or pa2 lagi dah.. Sudah2 la tu..
p/s: Aku masih dalam process untuk cari diri aku balik.. So tolong jangan buat aku keliru.. Kalau korang tak suka kat aku, korang boleh blah.. Xyah la buat2 cam suka tapi tak suka sebenarnya coz it doesn't help.. Korang cuma buat kepala hotak aku serabut je seyh.. Kalau kau salah sorang drpd mereka itu, kau blah dari hidup aku boleh?? Sebabnya aku nak buang seorang demi seorang yang tak penting lam hidup aku sebab aku nak kurangkan bilangan orang yang aku kena pikir dan jaga hati mereka... So blah...~
p/s/s: Maaf aku berkasar bahasa namun aku straight forward orangnya.. (Sila lihat perkara2 yang aku benci kat sidebar tu..Sila2.. Jangan tak malu)
Monday, December 1, 2008
Jodoh..? Hanya Allah yang tahu...
Kami pegi makan dinner kat Topsport, Kuching macam kebiasaannya la kan. Order makanan pun lebih kurang sama cam selalunya. Namun apa yang berbeza, kali ni kami berbincang tentang jodoh. Haha. Funny tajuk yang dibincangkan bersama parents. JODOH?? Hm...word yang sungguh pendek dan ringkas kan? Namun apa yang kita tak tahu sebenarnya dalam mudahnya perkataan 'jodoh' tu bila kita nak bercakap tentang istilah sebenar perkataan tu susah actually. Sampaikan rasanya memang tak tercapai dek akal untuk ungkapkan istilah sebenarnya. Kali ni baru kita nampak memang jodoh kita tu hanya Allah je yang tahu.

Okay.. Apa yang kitaorg bualkan sampai timbul benda ni? Hmm..actually aku tak paksa pun namun aku pun tak ingat gak la apa yang buat timbul benda ni tapi basically, parents aku bercerita tentang zaman2 cintan cintun mereka dulu...~ Alkisah... Dari zaman U dulu, papa aku ni senior mama aku kat UM. Mereka tak sama pun dalam pa2 segi, maksud aku course dan sebagainya. Namun akhirnya mereka berkahwin juga. (Jodoh...Alhamdulillah kalau tak, aku tak wujud la sekarang ni) Papa aku ni kira banyak peminat la..(See, mama..The best woman wins~) Sehinggakan waktu orang tahu yang mereka ni dah couple, ramai pompuan2 yang sakit hati kat mama aku. Dok jeling2 beliau tanpa sebab. Aku paham perasaan kena jeling tu. Hahah! Banyak sungguh tapi sorang pun papa aku tak layan.. Kerana lagi wanita approach beliau, lagi beliau takut.. Hahah! Mama aku ni pulak.. Bak kata beliau sendiri, beliau ni tak lawa, xde orang minat.. (Papa aku kata lawa tu subjektif kerana di mata papa, mama la yang paling lawa..)

Aku gembira sebabnya banyak cerita yang mereka ceritakan malam ni, merupakan cerita yang mereka tak penah citer kat aku.. Heheh! Terbongkar seyh~ Jadi, the moral of the story yang parents aku cakap, kita tak payah susah payah cari, kita kawan je, kalau ada jodoh memang takkan ke mana...~
Friday, November 28, 2008
Dari Wanita untuk Wanita~
Dalam bas kolej nak gi stesen KTM
Sebab2 kenapa aku leh gelak:
Pas aku bangun dari tido tu, aku rasa yang aku okay skit. So aku pun pergi la ke Mid. Naik ktm la jawabnya kan? Naik bas kolej gi stesen ktm. Sampai ke Mid, kami pun pegi la tengok wayang citer Selamat Pagi Cinta pukul 5 petang. Geng2 aku pegi la solat Asar sebab takut rushing kan? So aku dgn Pa-Jane gi la tolong mereka beli popcorn and cuci mata la. Apa kes?? Hensem seyh~
Model kereta mewah. Aku dan Auw la model tersebut
Muka pas kuar wayang. Mata aku bengkak n merah~
Pas tengok tu, Jixs terpaksa balik awal. Tapi dalam wayang tu,dia dah melantak MCD dulu. Kitaorg lapar sebab tak makan lunch lagi hari tu. Pagi pun minum milo je. So kami hantar Jixs ke stesen ktm Mid. Then kami pun pegi solat Maghrib. Pas solat, kami pegi mamam kat Carl's Jr. Hihi. Baydah la tu yang nak sangat. Aku okay je. So kami mamam la burger Famous Star walaupun kami sebenarnya order burger Super Star. Namun mamat itu..(bak kata Auwieyh terlalu terpegun tgk muka aku..sampai silap dgr..Yolah tu~). Sedih.. Hahah! Kami ambik gambar sebabnya semua mereka ni 1st time nak try Carl's Jr. Aku je yang penah mamam kat ctu b4 this.

Kami sampai kat kolej kol 10 lebih malam. Ingatkan nak naik teksi dari ktm gi kolej. Tapi syukur ada hero yang sanggup tolong kitaorg. Heheh~ Thank u, San...(iaitu laki Baydah) Dia ambik kitaorg (nak ambik Baydah je tapi kitaorg ngade nak ikut).. So takde la takut sangat. Selamat duit aku. Heheh.. Btw, aku memang kiranya happy dalam sedih la sebenarnya. Huhu.. Xpelah, benda dah lepas biarkan lepas.. Yang penting, skarang ni je.. Aku sayang Allah, family aku, kwn2 aku, sayang diri aku sendiri...
Dalam KTM nak balik Nilai
p/s: Tudung aku yg lam gmbr kat LCCT tu sama ngan masa aku gi Mid ni tapi sumpah, baju aku lain n tudung aku tu aku dah cuci b4 pakai tadi. Hehe.
p/s/s: Walaupun aku tak sehat, aku nak pegi jugak sebab aku nak ambik gmbr2 n nak letak kat blog and aku cuba bagi the best shot utk tatapan korang.
p/s/s/s: Korang perasan x bila aku ambik gmbr ramai2 muka Auwieyh mesti xmasuk penuh. Dia pun perasan yang phone aku tak cintakan dia. So aku ambik gmbr kami berdua untuk cover balik silap aku tuh. Maaf Auw~ Hehe
Salam Dari LCCT
Hai all. Aku sungguh gembira sekarang kerana aku baru find out yang kat LCCT ni ada internet free rupanya. So aku sangat gembira. Selama ni aku tau tapi aku tak pernah try namun setelah aku melihat ada mamat cina dekat aku ni dia pasang laptop, so aku jadi yakin bahawa memang boleh guna rupanya..Aku terharu. Selama ni yang aku dok tggu flight delay semua tu aku dok bodo tak tau nak buat apa. Dah la laju kan wifi kat cni..(berbanding dengan wifi LAJU kolej aku) Heh!Wednesday, November 26, 2008
My Words for Myself~
Saya, Nadia K, berjanji kepada diri sendiri akan cuba untuk melaksanakan perkara2 yang dinyatakan di bawah:
1) Tidak akan publish post yang dirasakan bodoh
2) Akan cuba untuk mengindahkan blog sendiri untuk kegembiraan diri sendiri..Bukan untuk tatapan orang lain
3) Akan upload hanya gambar2 yang dirasakan lawa dan sopan untuk dilihat umum..(walaupun aku sendiri je yang tengok)
4) Akan cuba untuk menjadi seorang yang lebih strong dalam menghadapi segala cabaran
5) Akan melepaskan mereka pergi dari hidup saya jika itu akan membuatkan mereka lebih bahagia
6) Akan buat apa sahaja yang saya suka dan saya rasakan betul
7) Tidak akan mengambil tahu hal2 orang itu dan juga hal2 orang lain
8) Cinta pada diri sendiri...selepas Allah s.w.t., my parents, my Tok, all my siblings, my family, my best friends and semua yang mencintai diri ini.
9) Akan jaga diri baik2 sebaik mana my parents jaga saya selama ini...
10) Akan berubah menjadi a much better person to everybody who deserved it...
Jika saya tidak melaksanakan ataupun tidak langsung mencuba untuk melaksanakan perkara2 di atas, sila jangan view blog saya lagi selepas ini. Sekian...