Saturday, October 31, 2009

Dugaannya

Dugaan A2... Macam-macam yang jadi sekarang ni. Pelbagai masalah datang kat kitaorang bila dah musim final exam ni. Maklumlah senior year kat KTT. Tak yah kot~ Kitaorang yang aku maksudkan ialah Gugurls aku yang disayangi. Boleh aku katakan pada aku, Shay-Too dan Shay-Nie.. Memandangkan yang lain, semua biasa2 je. Takde la benda luar biasa yang jadi.

Shay-Nie: Hurm.. Sebulan sebelum exam tu, dengan tetibanya dia yang single ni couple tanpa pengetahuan gugurls sampai dipaksa untuk buat ‘Confession of a Shopaholic’. Baru dia bagitau. Dia couple ngan seseorang lelaki yang dia jumpa kat KLIA pada suatu ketika time dia ngan Shay-Too gi hantar kawan TKC mereka fly. It happened to be that laki ni pun kawan ngan kawan diaorang. Kiranya kenal kawan atas kawan la. Tapi yang paling best, terus bertukar no.telefon dan sampai la sekarang.. Owww... So sweet~ Takde cite panjang pasal aku pun tak tau detail sangat.

Shay-Too: Ni lagi sorang adik aku yang bermasalah dalam hal percintaan. Haha. Sorry, Too! Haritu dia dengan tetibanya kasitau ngan kakak2 dia ni yang dia ada suka kat sorang laki, budak A-level kitaorang jugak. Yang seronoknya, dia suka tetiba. Aku pun tak tau macam mana. So cuba punye cuba. Kakak2 dia ni pun tolonglah ‘match making’kan dia ni ngan laki tu. Laki tu pun ok la. Tapi kitaorang memang nak kasi dia kawan je ngan laki tu. Nak dijadikan cerita, minggu lepas dia balik rumah time weekend. Kakak dia amek kat kolej sekali ngan kawan2 dia. So ada la salah sorang kawan kakak dia ni, usyar dia. Fuhh. Hensem lak tu. So sekarang ni kami nasihatkan Too untuk pilih kawan kakak dia ni instead of laki A-level itu. Tengah tunggu love story mereka bermula~~ =)

Shay-Nad: Dalam 2 bulan terakhir aku kat KTT ni, dengan tetibanya aku kawan ngan sorang laki ni. Kawan KTT jugak la which is weird pasal aku memang takde kaitan gak dengan dia untuk jadi kawan rapat plak tu. Maksud aku, kitaorang tak sama kelas or pape. Cuma pernah bertegur and ada no.phone pasal aku train budak junior choral speaking and it happened to be mamat tu salah sorang facilitator kumpulan tu. Aku tak terpikir langsung akan kawan rapat ngan dia sekarang. Kitaorang lepak together la kadang2.

Nak dijadikan cerita semalam, aku gi lepak ngan dia kat student’s lounge sambil tengok tv. Tapi mostly kitaorang sembang je la. Nak tengok tv, aku tak pakai spek lak. Mamat ni currently single la. So ingatkan masih macam tu pasal dia tak cakap ape. Rupa2nya dia ngan awek dia kat sini dah get back together Sabtu lepas. Maka Ahad nya tu aku baru je lepak ngan dia lagi. Aku pun baru tau pas dah balik bilik. Dia bagitau aku pas ada spy awek dia nampak kitaorang duduk sama. Haha. Yang bestnya, awek dia call dia and tanya dia, ‘Ada perempuan lain ke?’. Maksudnya aku la tu. Tolong la. Aku KAWAN je la ngan laki kau tu. Relaxlah. Takde perasaan lebih2 pun. Merepek!

p/s: Susah kalau jeles tak bertempat... Aku paham perasaan tu pasal aku pun kadang2 macam tu.. Tapi kau tak patut tercabar dengan orang macam aku ni... Aku bukan ape2 pun...Aku mintak maaf kalau adanya aku ni buat kau susah hati, bimbang aku amek kau punye boy..

Tuesday, October 27, 2009

Tarikh keramat

Esok, 28th Oct merupakan tarikh keramat untuk aku. Keramat la sangat. Actually aku tak tahu pun apa maksud sebenar keramat tu memandangkan takde kamus BM dan juge aku begitu malas nak search kat net. So...

Haa.. Actually yg keramat sangat tarikh tu pasal esok bermulanya final exam aku. Fuuh.. Esok dah nak start. Sebelum ni boleh lagi la cakap 2 weeks more, 1 week, 3 days dan jadi esok dh. Takut sungguh beliau.. Maksud aku, aku la beliau tu. Dah ready ke belum ye nak exam ni? Memang kena kasi pulun habis2 pasal dah last exam dah pun. So insyaAllah la..

Aku nak mintak maaf kat family tersayang, orang yang tersayang dan juge rakan2 atas semua silap dan salah aku buat dulu, sekarang or in the future. Sorry sangat2 tau. Halalkan juge makan minum duit ke hadiah ke yang anda semua pernah kasi or aku terambil.. Halalkan ye... =)

p/s: Sama2 la kita doakan yang terbaik untuk semua.. Amin...

Tuesday, October 20, 2009

A2 exam

Gerun..Seribu kali gerun..Final exam A2 start next week..Bermula dengan paper bio then akan berlangsung selama sebulan tanpa henti.. Fuuh.. Persediaan mental dan fizikal harus ada..Perlu kuat dan bertahan..

Walaupun gerun tapi feel exam tu xde. Masih belum ada dalam keadaan exam mode. Sekarang aku mengantuk. Sila tengok jam pukul berapa. Awal bukan? Tapi aku tak tidur petang la tadi. Petang study kat library untuk 3 jam tapi stop2 la. Kalau tak stop, tidur jugak jawabnya.

Rakan2, sila doakan aku dan rakan2 seperjuangan aku sekali. Doakan kami dapat jawab exam dengan mudah dan supaya kami mendapat keputusan yang sangat2 cemerlang seterusnya dapat fly =) To all the repeaters sepertiku, percayalah kita boleh. Bak kata Abang JPA kita, jangan biarkan benda buruk yang jadi pada kita tu satu kelemahan. Kita ambil, pusing keadaan supaya benda tu dijadikan kekuatan. Percaya pada ketentuan-Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Usaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah.

'Sometimes we need to have faith in somebody but the most importang thing is.. We need to have faith in ourselves...' Quoted from Elle Woods - Legally Blonde.

Teruskan semangat, Nadia! Sabar. Kena positif! Doa banyak-banyak. InsyaAllah kita boleh fly.

p/s: Nasihat daripada Auwieyh dengan penuh attitude dan berhemah kepada rakan2nya.

Monday, October 19, 2009

Beauty or Brain?

Beauty + No brain = Blonde.. Haha.. Takde la, aku gurau je. Itu mitos2 yang orang salu katakan. Aku pun kurang pasti kenapa orang selalu discriminate orang yang naturally blonde ni takde otak. Aku pun takde la pulak buat research secara scientific-nya. Memandangkan exam final aku dah nak dekat and bermula 28th Oct ni, yang juga bermakna insyaAllah aku akan menamatkan kursus A-Level selepas final exam ni and boleh balik rumah for good.. Yeaaaa!! Then sama2 la kita doakan kita semua dapat fly gi India! :D Aminnnn...

Aku selalu terpikir apa yang orang pikir bila diaorang tengok aku. Aku rasa most probably orang akan nampak aku sebagai no beauty and no brain. Haha. Hopefully tak la. Dari dulu, aku suka ask girlfriends aku if kita diberi pilihan and hanya boleh pilih satu je, sama ada beauty or brain?? Hurm.... Dari dulu jugak, jawapan aku tetap sama iaitu aku pilih BRAIN. Serious. Bagi aku, kalau ada beauty je, aku rasa kalau earn duit thru modelling or kawen ngan datuk2 pun takkan dapat kepuasan yang maksima. Sebabnya bukan nak kata kita tak berusaha tapi macam kita kena depend dengan something yang tak kekal. Maksud aku, kalau depend beauty je, kalau dah tua dan beauty tu dah takde, ape yang kita nak buat ngan hidup kita pastu?

Kalau kita ada brain, kita ada stable career, ada harta yang banyak giler semua sebab kita earn sendiri. So kalau macam tu, rasanya lebih berpuas hati kot. Plus, kalau kita ada brain, tak lawa pun takpe. Sebab orang respect kita sebab kebijaksanaan yang kita ada. Bukan sebab paras rupa. Lagipun paras rupa tu kan ciptaan Allah, orang takkan boleh kata apa2. Walaupun memang tak leh nak disangkal, ada certain people yang memang mulut longkang, yang suka kutuk2 rupa paras orang, tapi apa yang boleh aku katakan.. If kita ada otak, biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting, kita berjaya dalam hidup kita dan yang kutuk2 tu tak pergi mana. So biarkan jelah.

Aku suka tengok filem ‘Legally Blonde’. Basically, aku suka script writer citer ni and ada satu lagi cite tajuknya ‘ The House Bunny’ juga merupakan penulis yang sama. Dua2 best. Aku tengok dah banyak kali. Aku recommendkan korang untuk tengok, especially girls la sebabnya both film ni macam memang girls je yang suka tengok. Takde action2, tembak2 la. Memang fun, then pelakon2 dia semua pakai baju lawa2. Yang paling bestnya, kalau korang pas tengok citer ni, confirm korang akan lebih bersemangat nak maju terutamanya ‘Legally Blonde’ la. It helps me a lot. So try la tengok and enjoy the movie =)

p/s: Aku nak jadi macam Elle Woods...

Wednesday, October 14, 2009

When Exes trying to be casual...

Hurm. Tetiba terpikir plak nak tulis post pasal benda ni. Setelah aku menonton sitcom bersiri 'How I met your mother' ni, salah satu episod dalam season 3 menceritakan watak Robin and Ted dulunya couple setahun (lama la untuk tempoh orang puteh nya couple) and bila diaorang break up, diaorg try untuk jadi kawan macam biasa. And even dalam sitcom ni pun kata susah nak kawan balik ngan exes...

Aku quotekan dialog Lily, 'When exes trying to be casual, somebody gonna be hurt' Aku setuju sangat2... And 'She/he's trying to win the break up' Pun aku setuju. Kadang2 sedar tak sedar bila kita dah break up ni, kita rasa kita boleh je nak kawan dengan ex kita macam biasa tapi SERIUS aku katakan sangat2 susah terutama sekali untuk jenis orang macam aku yang memang ingat ngan benda2 lepas. Aku memang nak sangat jadi macam orang lain. Bila move on tu, kita boleh betul2 move on. Takde simpan perasaan or takde ingat dah kenangan lepas2. Fuuhh...

Yang buat aku terpikir nak tulis blog ni ialah bermula malam ni. Insiden malam ni di mana ex aku (senang cite orang yang aku suka) leh bawak gf dia depan aku and bermanja2 depan aku dengan menjadikan aku 'ubat nyamuk' diaorg?? What the f*ck!! He's trying to win the break up. Aku dah lari2 pergi tempat lain pun tetap jugak ada depan mata aku. Erghhhh!! It's so difficult. As an ex, watching you with somebody else especially in real life, is NOT what I'm looking for. Aku tak nak tengok, tak nak jumpa, n tak nak tahu pun, apetah lagi nak gi bermanja2 depan aku. It hurts ok? So if dah ada orang lain tu, just keep it to yourself. Jangan tayang2 depan aku. Aku tak suka.

Malam ni jugak la aku rasa LOVE really2 try to rub me in my face. Aku dah la bengang ngan insiden tu sekali aku balik je kolej,banyak pulak 'lovebirds' yang dating kat corridor dekat2 tangga aku. Aku tak kesah le nak dating ke hape. Gi la balik bilik, dah kol 12 lebey dah hoiii... Karang kena cekup sape susah?? Aduhai~~ Hari ni rasa macam.. 'Haiii... Seronok nya jadi macam orang lain..' Btw, aku baru dapat tahu exes aku sekarang dah ada aweks baru. Yang paling bestnya, nama diaorang semuanya pusing2 from nama aku. Dari 'NADIA' korang pusing la huruf2 tu dan try form 2 nama lain. Plus yang lagi2 buat aku macam kena smack on the face, bila muka aweks2 ni semua iras2 bestfriends aku...~~ Tell me why??



p/s: Today bergambar dan beraya bersama Alif OIAM kat rumah pakteh.. Kebetulan terjumpa sebab bapak dia kawan ngan pakteh aku.. Hihi.. Dia berdiri sebelah aku... :)
Tu je buat aku gembira