Wednesday, February 11, 2009

Donate Blood Save Life~


Haaa...Hari ini aku sangat happy kerana akhirnya impian aku untuk derma darah telah tercapai.. Alhamdulillah.. Bermula dengan isi borang dan soal selidik tentang penyakit2 yang dihidapi, aku pun kena lalui blood test.. Baru aku tau darah aku dari kumpulan A... Lalala... Aku tersangatlah gembira dan bersyukur.. Kami pegi time kol 10 pagi tu sampai kol 11.45 baru selesai.. Sebab tunggu sisters aku tu jugak.. Tertinggal kelas chem pukul 12 tu.. Sambutan amat mengalakkan..Warga KTT amat bermurah hati untuk kasi darah mereka kepada yang memerlukan.. Sisters semua donate kecuali Jixs sebab dia ada low blood pressure.. So kitaorang yang tak kasi dia donate takut dia pengsan...

Pas isi borang dan blood test, kami tunggu la untuk duduk nak derma darah ni.. Sekali orang punya penuh kecuali satu tempat ni iaitu di sebelah budak laki sorang ni. Hmm..Baydah takkan mahu duduk sebelah laki kan.. Suraya suh aku, hmm... Aku enggan.. Tapi pastu ada satu tempat kosong lagi sebelah dak girl, aku kasi Baydah gi situ and aku pegi jela sebelah laki tu.. Sama2 baru nak amek darah.. Haha.. Blood aku keluar dengan sangat cepat..Kantung 350ml tu penuh darah aku dengan mudah..Alhamdulillah tak saket.. Bagi aku, kena cucuk jarum kecik untuk blood test lagi pedih dari time nak donate darah tu aku tak rasa apa pown.. Tunggu Baydah and Suraya la yang lama giler.. Darah kuar relax je.. Siap red blood cells tu leh menari2 lagi sementara nak masuk dalam kantung tu.. Chet.. Sebab cells ni semua berbintang cancer, dan berjantina lelaki.. Jadi mereka pandai menari...

Kisahnya, aku tengah huduh2 nak derma darah pun ada mamat senior MARA A-level nak approach aku.. As a friend agaknya.. Aku tak rasa dia nak ayat aku pun.. Tapi sisters aku kata dia nak ngoratin aku.. Hahah.. Lantak la.. Tak kesah.. So kiranya aku dah ada kenalan senior.. Salu aku jumpa mamat ni tanpa mengetahui bahawa dia ni senior.. Aku rasa dia ni dak lompat.. Kecik semacam je badan.. Hahaha~~

p/s: Aku teramat gembira dan memiliki perasaan yang sangat best lepas dapat derma darah.. Kalau ikut mama tak kasi sebab perempuan tersangat banyak hilang darah dalam hidup mereka.. Setiap bulan hilang, tambah lagi dengan if luka ke apa ke kan.. So bahaya la.. I mean tak digalakkan... Tapi tadi aku dah kasi tau mama, mama okay je.. Hehhehe..If nak marah pun, dh terlambat.. Sebabnya darah aku dah disimpan kat tempat yang selamat kat Pusat Darah Malaysia.. Aku dapat sijil tanda penghargaan sebab dermakan darah...

No comments: