Monday, February 2, 2009

1st Day of Final Sem 2

Hari ke-2 di dalam bulan Februari, hari pertama aku berkolej kembali.. Bosan.. Tak tahu nak kata apa.. Cuma aku cam terkena culture shock pulak tetiba.. Terlambat pulak kejutan budaya ni terkena kat aku.. Sebab aku pakai culture-block cream.. Err.. Xde kaitan..

Tapi serius la, aku kaget sungguh sebab aku sampai KL lewat malam semalam.. Hampir pukul 1 pagi, disebabkan A-Asia mengamalkan polisi bangang amek flight banyak2 sekali dalam satu masa.. Jadi masalah delay pada flight aku takde, tapi delay bila time nak amek check-in luggage plak.. Aku tunggu punya tunggu sampai nak dekat sejam, sekali syukur Alhamdulillah aku ternampak beg aku sebijik dok ngek2 atas trail yang bergerak tu (xtau apa nama binatang bergerak itu) kat kawasan flight for KK??.. Ehmm... Panas sungguh~~

Pakteh aku dah lama sampai.. Cyan plak aku kat beliau.. Dahlah beliau jenis ngantuk yang tak tertahan.. Mula2 aku ingatkan nak pulang ke kolej semula, sekali pakteh dah tak larat. Jadi beliau suruh pegi rumah baru beliau dulu. Fuuhhh!! Bagaikan hotel.. Tak tahu nak kata apa.. Tapi kejap sangat aku stay dah kena check out awal2 pagi. Aku balik kolej kol 7.45 pagi sampai. Kelas kol 9. Berkemas2, sapu bilik semua.. Settle..~ (Kepada Z: Aku pergi tau kelas IELTS tu.. Tak ponteng! Bukan captain rugby,conductor band,head boy je tak ponteng taw..Hehe)

Sekali jalan2 nak gi beli lunch tadi ternampak sesuatu yang menarik tapi aku tak minat. Tarikh pertandingan nasyid tu dilewatkan SATU hari dari asal. So kami akan bertanding hari Khamis ni. Ehmm.. Malam ni aku nak gather all nasyid's members.. Sebabnya aku masih tak jumpa mereka semua lagi.. Tensionnnnnn~~ AS, A2, AS, A2 exams... Streessssss.... Aku culture shock sebab tetiba aku balik sini, macam2 aku kena buat.. Kalau kat rumah, aku happy je.. Jaga diri and parents je... Lain aku tak pikir... Bestttttt!!

p/s: Aku nak tiru a-asia.. Aku nak ada polisi gak.. Polisi 'YES MAN!!!'. Sapa dah pernah tengok filem Jim Carrie ni, korang faham lah apa aku maksudkan...
p/s/s: Looking forward to watch 'The Bride Wars', ' Pink Panther 2', 'Role Model'... Lalala... Tak tau bila dapat tonton.. Nantilah..Tunggu orang ajak aku...~~

No comments: