Friday, February 27, 2009

Ancaman dari dalam...

Gambar ni merupakan hiasan semata2.. Btw, kepada pembaca2 yang baru mengenali aku, ni kira family members aku (yang takde cuma kakcik and abg faiz je). Yang baju pink pegang baby tu, kakak aku yang 1st bersama abg ipar aku, Abg Brian and Baby itu niece aku, Puteri Clarissa Adriana... The only diamond dalam family kitaorang la kiranya..

Ancaman dari dalam bererti menghadapi ancaman bahaya dari kawasan yang berdekatan dengan kita or tempat tinggal kita.. Macam sebagai contoh, cerita Spa Q 2 tu, Qistina pun menghadapi ancaman dari dalam di mana ancaman tu datangnya dari Julia yang tinggal dalam rumah tu.. Cam kita tak payah keluar rumah pun untuk dapatkan bahaya tu.. Bahaya tu dari macam2 cara.. Dari segi emosi, fizikal dan sebagainya..

Post aku kali ni nak ceritakan pasal kisah aku yang menghadapi ancaman ni dari dalam kolej aku sendiri... Alamak aih.. Dah banyak kali dah aku kena.. Tapi bila dah lama2 baru aku decide nak bawak kuar kisah ni.. Btw, kepada budak2 KTT especially girls, aku confirm korang kenal dengan lecturer IELTS ni, paling mudah, lecturer laki yang paling gatal dan miang yang ada kat kolej ni. Aku lebih suka kenalkan dia sebagai SA.

Alkisahnya macam ni, kami dah lama perasan yang SA ni memang suka tengok2 kitaorang girls2 ni.. Tapi memang kenal sangat dia ni gatal orangnya.. Walaupun dia tak ajar kitaorang tapi banyak sangat kisah2 pasal dia yang kitaorang dengar dari mula2 masuk lagi. So selama ni memang jauhkan diri macam cipan la dari dia ni sampaikan kalau terjumpa tengah jalan, sanggup blah ikut jalan lain asalkan tak terserempak dengan dia ni. Selama ni kitaorang tak tahu dia tengok sapa sebenarnya antara kitaorang ni.

Tapi sejak kebelakangan ni, miang dia makin ligat pulak. I mean bermula dengan time kitaorang lepak kat kafe satu petang ni, dia ada kat situ and perhatikan table kitaorang dan macam melukis sesuatu tau. Bila kitaorang berpecah2 bangun, dia stop lukis. Then bila kitaorang duduk balik, dia sambung balik lukis. Aku pun tak faham apa dia buat sebenarnya. Kitaorang naik rimas yang amat la. Then pehtu, time rehersal nasyid malam sebelum pertandingan tu, sepatutnya tu between yang involve nasyid je. Kitaorang pun menuju la ke dewan utama dari rumah Jixs, suddenly dia ada kat tengah2 jalan and nampak kitaorang. Sekali dia follow masuk dalam dewan tu jugak and stay sampai kitaorang habis and blah dari situ. Tensi aku. Waktu pertandingan nasyid tu, dia memang front seater la. Tengok dengan penuh khusyuk. Aku nampak tapi tak tengok la dia.

Benda ni berterusan sehingga la satu hari ni iaitu:

Rabu lepas: Aku pergi ke kafe Mama K nak beli lunch sebelum pergi kelas Bio. Time tu aku sorang and tak banyak orang kat kafe. Jadi aku nak gi bayar food kat mamak tu, tup2 pakcik tua tu lalu luar kafe and ternampak aku kat cashier. Terus dia masuk. Si*l sungguh! Mamak tu lambat pulak kasi duit baki kat aku. Alamak aih.. Aku dah tension giler bila dia gi berdiri sebelah aku and tenung aku giler2 la.. Aku buat2 tak tengok tapi macam siot la pulak bila orang perhati kita macam tu tapi tak perasan kan? Sebab memang dia dok dekat sangat. Geli aku. So aku toleh and senyum kambing giler sebab respect dia as lecturer. Then toleh tempat lain balik. Bila aku nak blah, dia tahan aku and tegur.

Dia tunjuk kat aku and kata 'Lawa...'. Then dia tanya asal xbagi skit hadiah hamper nasyid kitaorang tu kat dia. Dia kata aku kedekut?? Dalam hati, "Blah la kau! Watpe nak kasi kat kau? Takde kaitan dengan aku. Kasi ustaz Anwar sudah!".. Tapi aku kata la, 'Nak ke? If nak, kitaorang boleh kasi. Ada je lagi.' Pehtu dia kata ' Eh, mestilah nak.. Tapi saya nak yang kamu punya je, orang lain punya saya tak nak...' Terus aku blah.. Maksud dia, dia nak hadiah bahagian yang aku ambik je.. Tapi korang boleh je pikir benda lain if negative way apa yang dia maksudkan kan? Gile pervert... Si*l... Tolong la dah bertunang buatla cara tunang orang... Aku faham kau duda dan anak kau sama umur dengan kakcik aku and tunang kau tu muda dari anak kau. Tapi plz la.. Jangan kacau perempuan lain boleh x? Kau tu dah WAJIB kena kawen tau... Eewww....

Semalam: Aku gi tengok dak Jixs and team netball A-level lawan dengan diploma di mana aku sepatutnya menjadi player tapi terpaksa tarik diri sebab injured akibat jatuh tangga hari tu. Aku tak boleh lari. Saket. Nak duduk pun masih sakit lagi ni. So aku jadi supporter je Ahad ni mereka akan berlawan dengan budak KMB. All the best guys! And semalam aku kena jadi time keeper. Ada plak SA tu semalam kat padang tu jugak sebab dak ragbi ada training. Aku sampai je situ, dari jauh, baik punya kepala dia pusing tengok arah2 girls yang main netball tu. Mula2 aku tak perasan sekali aku tengok macam ada orang tengok aku. So aku tengok balik, baru perasan. Hurm... Takut...

Hari ni: Pas kelas Chem, aku gi la kafe Mama K dengan Jixs, Baydah. Gi breakfast. Aku kan memang jenis yang tak tengok orang. So memang tak perasan la pa2. Masuk je kafe, rupa2nya SA tu pun dok makan kat situ and angkat tangan supaya aku tengok arah dia. Aku pun toleh la ingatkan apa. Sekali nampak dia. Dia cakap, 'Eh, tak kenal ke? Buat2 lupa?' Dia dok tagih aku hadiah hamper tu. Tak paham sungguh aku. Aku tak kata apa.

Baydah dah tolak2 aku suh jalan jauh dari SA tu. Then kitaorang amek table yang jauh and aku dok membelakangkan dia. Kawan2 aku geli giler sebab diaorang baru 1st time tengok dia menggatal nak approach aku. Salu aku cerita je. Then Baydah suruh aku pakai purdah lepas ni. Huhu. Aku pun ada terpikir la nak buat macam tu. Tengok la nanti macam mana. Time SA nak gi cuci tangan tu, dia lalu kat kitaorang dia hulur tangan kat aku. Nak mintak hadiah tu. Tapi aku buat2 tak tengok. Pas dia blah dari kafe tu, baru aku tenang tapi time tu selera makan kitaorang semua dah terbantut... Huhu...

p/s: Ancaman ni membuatkan aku takut sangat2.. Kawan2 aku tak kasi aku jalan sorang malam2 dah.. Sebab bahaya.. Dulu aku jalan sorang, elok je tak de orang kacau aku.. Sekarang ni dah susah.. Bila sekali dia dah berani tegur aku, dia akan sentiasa tegur and aku memang susah la nak avoid dia kali ni... Payah la hidup aku pasni.. Sebab aku dah tau dia target aku.. Sedangkan korang percaya atau tidak, aku memang tak mekap langsung time kat kolej ni.. So takleh nak salahkan aku la.. Baju seksi?? Tidak sama sekali.. Aku tak bergaya langsung kat sini.. Sangat simple.. Berbeza dengan kalau aku kuar2 gi jalan2... SA ni memang betul2 mendera emosi aku la.. Aku jadi tak tenang dan tak rasa selamat tinggal kat kolej ni... Sedangkan aku mana ada peminat kat kolej ni.. Ni tetiba ada orang psycho pulak... Hurm... Tuhan, tolong la aku....


No comments: