Huaaaa.... Apakah itu menguap? Tidak sama sekali.. Aku dah bangun, mandi, siap2 semua, gi kelas, sampai dah balik kelas dah pun, dah siap breakfast cereals+oats.. Takkan mengantuk lagi kot? Hampeh..~ Eh..Macam kenal je word tu... Hehe..
Jap.. Topik arini macam hebat je kan? Aim versus Perspective.. Jap.. Actually takde apa la pun yang aku nak ceritakan kat sini.. Tetiba terasa hawt plak bila kasi tajuk post yang hebat.. Okay..By the way, hari ini merupakan kiranya permulaan hidup yang baru bagi aku... Memang sungguh kehidupan yang teramat baru bagi aku selepas insiden semalam.. Apalah insiden itu ye? Ye, semalam aku saket kepala tetiba.. Pehtu aku pengsan sampai subuh.. Eh..Silap..Aku pengsan dan aku terbangun pada pukul 2 pagi sebab ada orang call (sepatutnya aku diharamkan untuk mengangkat phone call itu, tapi aku terangkat untuk 2 saat sebab aku ingatkan alarm). Then aku pun terus silent phone. Dan tidur balik sambil ignore vibration2 tersebut.
Aku mimpi yang tak best dan aku amat takut dengan mimpi itu. Mungkin kerana aku terlalu memikirkannya before aku tetiba pengsan semalam, jadi terbawa sampai ke mimpi. Okay..Aku takut. Tapi aku doakan yang baik2 je pada semua orang dan aku harap orang pun buat begitu gak pada aku. Aku bangun, mandi dan pegi ke kelas.. Aku tak masukkan solat subuh kerana itu memang kewajipan.. Kalau aku tak cakap pun, korang boleh pikir la kan?
Berbalik kepada tajuk yang hebat.. Aim VS Perspective.. Ye.. Aku agak bangga dengan tajuk yang aku lahirkan ni.. Heheh.. Sejak bila aku pandai memuji diri sendiri ni? Jawapannya, semenjak aku realise orang tak de puji aku.. So aku harus belajar menghargai diri aku sendiri.. Dan menghargai orang2 yang sayang pada aku dengan syarat aku perlu tau yang mereka sayangkan aku.. Itu salah satu aim aku ye? Seterusnya, aim aku ialah aku nak buat come back.. Chewah.. Macam nak produce album plak.. Silap.. Tapi lebih kurang macam tu la.. Selain dari itu, aku aim tak nak buat diri sendiri kecewa.. Sebab banyak umat manusia yang suka sangat buat aku kechiwa.. Jadi aku takkan mengecewakan diri sendiri lagi supaya level of frustration itu tidak meningkat... Hargai dan sayangi diri aku...
Yang di atas tu berkaitan dengan aim... Now kita cite pasal perspective.. Ramai yang mengetahui aku seorang yang sangat sarcastic dan aku sangat suka mengkritik bila perlu.. Namun aku tidak akan mengkritik seseorang dari segi physical appearance mereka atau apa2 anugerah dan ciptaan Allah.. Yang paling selalu aku kritik ialah cara pemikiran, perangai dan cara penerimaan seseorang terhadap sesuatu.. Haa.. Itu aku suka.. Sebab benda2 tu kita sebagai human being yang bentuk dan warnakan corak yang macam mana kita nak.. If corak jadi jahat, jahat la kan? If corak untuk jadi baik, InsyaAllah baik.. sebab benda ni boleh diubah2.. Bukan macam yang aku nyatakan mula2 tadi.. Setuju??
Blog aku ni aku hasilkan supaya menjadi medium untuk aku memberitahu pembaca tentang perspektif aku. Aku bebas berkarya, bebas berkata apa sahaja yang datangnya dari aku. Aku bercerita tentang kisah hidup aku, perangai aku, apa yang aku buat, apa yang aku rasa dan apa yang aku tak suka. Dari segi bahasa pulak, aku seorang yang sangat sempoi apabila bahasa yang aku gunakan amat mudah difahami dan kasar pada sesetengah orang just because aku tak se'ayu' macam kat blog gadis2 lain... Aku tak kesah tu semua.. If tak suka, just jangan baca.. Easy and as simple as ABC... Betul tak cakap aku? Tak setuju.. Takpe.. Hehehe...
Sekian sudah aku membebel pagi ini.. Yang penting.. Wait and see jelah come back yang aku nak buat.. Jangan makan hati sudeh... Aku tak nak kesah dah apa orang yang pikir pasal aku, orang nak benci aku ke, nak tinggalkan aku ke apa ke.. Whatever la k? Aku dah tak larat dah bila terlalu pikirkan pasal orang lain tapi last2 mereka tak reti nak hargai kita and buat kita macam sh*t je.. Tak payah kot.. I have a dignity to take care of.. Okay? Aku bosan kerana setiap kali aku kata tak nak pentingkan perasaan orang lain, aku akan tetap pikirkan orang lain.. Sebab aku memang macam ni.. Tapi ini boleh diubahkan? Sebab aku yang mencorakkan apa yang aku nak jadi.. InsyaAllah.. Aku takkan berubah jadi worse in such a way.. Doakan yang terbaik untuk aku dan aku juga akan buat begitu pada korang.. AMIN...
adsbygoogle
9 years ago
No comments:
Post a Comment