Situasi iaitu jika dicari definasinya di dalam kamus Oxford iaitu bersamaan dengan Situation (sebab aku takde kamus BM..maaf~) bermaksud...location and surrounding of a place ; a set of circumstance. Haa..yang aku nak ceritakan kali ini ialah.. Situation yang membawa 2nd meaning tu.. Keadaan...
Err.. Macam mana aku nak cakap eyh.. Aku rasa dah dalam 3-4 hari aku tak berblog ni sebabnya aku boikot dan jual mahal dengan blog ni disebabkan situasi yang aku hadapi..
Situasi2 yang dihadapi oleh Nadia K:
1) Aku menghadapi situasi di mana aku sekarang ni terasa sangat bahagia dan gembira dengan kehidupan aku sekarang (Alhamdulillah) tapi dalam masa yang sama, aku tak dapat nak share kebahagiaan itu dengan erti kata lain, takde orang nak share kebahagiaan itu dengan aku.. Kenapa? Haaa...itu yang kita tak tahu tu...
2) Aku berada dalam situasi di mana walaupun aku gembira namun aku menangis juge.. Hmm.. Pelik bin ajaib.. Tapi itu hakikat.. Kenapa aku nangis? Sebab aku tak sure aku patut ke rasa gembira and bahagia sekarang ni..atau adakah aku bahagia di atas tangisan, kesedihan dan kekecewaan orang lain? Itu pun aku tak tahu..
3) Aku berperasaan bahawa banyak yang tak happy dengan kebahagiaan aku sekarang ni. Adakah mereka lagi happy if tengok aku kecewa or sedih? Aku pun xfaham jugak la.. Bila aku sedih, diaorang akan ada tau n cakap pada aku, janganlah sedih n all that tapi bila aku happy and nak share dengan diaorang, diaorang xnak plak.. Mungkin happy aku tu, xhappy pada mereka kot.. Kenapa kah?
4) Aku menghadapi situasi di mana aku terpaksa menyertai Koir dan seterusnya Nasyid (last join waktu darjah 6) dan juge terpaksa menghafal 5 buah lagu ( 2 lagu Cina, 1 lagu English dan 2 lagu Nasyid). Semua ini akan berjalan selepas cuti CNY. Koir untuk sambutan CNY peringkat Kolej di mana aku dipanggil semula disebabkan aku ni choir geek kat Kolej ni. Tapi persembahan la. Pertandingan belum ada lagi. Nasyid plak untuk pertandingan sesama bound untuk sambutan Maal Hijrah peringkat Kolej, di mana aku dan rakan2 busuque aku akan mewakili India bound 1 1/2 year. Huhuhu.. Dalam proses pemilihan lagu.
5) Aku juge menghadapi situasi di mana aku akan berdepan dengan mid sem exam minggu depan tapi aku jadi sangat tertekan sebab aku langsung tak rasa tekanan nak exam tu macam sebelum2 ni.. Takut sungguh aku.. Bila aku tak tertekan langsung, gear aku tak jalan.. Auto ke manual, dua2 cam patah.. Maka sungguh banyak yang aku tak belajar lagi.. Okay, aku takut...~
6) Aku berdepan dengan situasi aku pun tak faham. Aku tak faham diri aku sendiri. Perangai aku, perasaan aku semua aku tak faham. Aku dah lama cari diri aku, tapi aku tak jumpa.. Mungkin Nadia yang dulu dah mati agaknya. Aku pun tak tahu. Sapa2 yang terjumpa, sila bagitau kat aku. Aku nak balik jadi Nadia yang dulu jika itu lebih baik dari yang sekarang ni.
7) Lastly, situasi yang aku rasa jadi cam epidemic disease dalam kalangan girls2 batch aku. Aku tak tahu la if bound lain pun serupa but yang aku tau, wanita2 di sekeliling aku sekarang terlalu, teramat, tersangat obses nak kuruskan badan. Semua yang kurus2, elok2 aku tengok, semua nak kuruskan badan. Semua dengan tetibanya realize yang mereka ni gemok tang ni, tang tu la apa la. Saket kepala aku. Tengok diaorang tak makan, aku tanya, " Asal xmakan?? ", Jawapan standard is " Diet... ". Sampaikan ada yang sakit2 kena pegi klinik sebab tak nak makan and masuk angin. Disebabkan hal ni berlaku, aku secara tak langsung pun ikut jugak nak diet.. Hahah.. Takde maknanya.. Aku nak diet?? Hehehe.. Merapek.. Sekejap jelah tahan tu, nanti makan cam lembu balik.. Confirm!
adsbygoogle
9 years ago
No comments:
Post a Comment