Sunday, January 18, 2009

Kulit cerah ke pucat?

Hmmm.. Esok aku start exam mid sem aku.. Bermula dengan favourite subject aku buat masa ni iaitu Biology.. Major subject aku.. Ye ke? Tak jugak.. Pehtu diikuti dengan Physics keesokan harinya dan Rabu aku break seketika sebab aku tak ambik paper Maths, Khamis petang diikuti dengan Chemistry (paper yang akan membunuh aku kali ni sebab banyak chapter masuk n aku tak belajar setitik pun lagi. Dahlah masuk semua organic chemistry).

Pas pukul 4 petang Khamis tu, aku merdeka!! Lama lagi tu nak tunggu.. Jumaat aku balik holiday dengan membawa Bonnie pulang ke Kuching buat pertama kalinya n aku akan tinggalkan dia dengan anak2 aku yang lain kat sana. Sorry, Bonnie...~~ Tak sabar nak balik.. walaupun sekejap.. Pasni next holiday aku bulan 6.. Semester kali ni sangat kritikal sebab pas mid sem ni, aku akan start belajar syllabus untuk A2 level dan aku ngadap exam yang melambak2 sebelum 1st major exam aku, iaitu AS examination bulan 6 nanti. Okay... Aku tension memikirkannya...

Hari ni keje aku ngabiskan baca biology n aku dah abis baca dah pown.. Tapi nak buat latihan jap and if aku dh rasa cam power gile kat Bio ni and if sempat, aku nak belajar physics or chemistry.. Aku takut tak sempat je nih.. Gile betol aku mid sem kali ni langsung tak study awal.. Huhuhu... Now baru nak gerak gear skit.. Tah pa2 tah.. Btw, aku memang jenis yang sangat suka dok dalam bilik sorang, belajar, makan, tido semua lam bilik.. Aku kuar bila hanya perlu seperti nak pegi toilet, cuci tangan, nak amek makanan dan sebagainya..

So aku memang jarang jumpa dengan housemates (as in bercakap). Tadi aku keluar la bilik pas baca bio sebab aku nak amek wuduk. Sekali aku tego la housemates aku. Tetiba dia cakap muka aku pucat. Hmmm.. Aku heran sebab last aku jumpa dia pagi td, so maknanya muka aku dah pucat dari pagi tadi sampai sekarang... Okay, aku takut.. Dahla aku sakit kepala... Xkan sebab tu? Mungkin la.. Or sebenarnya sebab kulit aku cerah orang ingat aku sakit?? Xmungkin sebab aku tak begitu putih.. Xkesah la..

p/s: Dahi aku ni cam sakit la.. Tak tahu kenapa.. Aku nak sujud n dok biasa2 pun rasa sakit.. Aku yakin aku tak terhantuk pa2.. Ke sebab ada benda dalam kepala aku ni yang sakit? Haa... Itu yang kita tak tahu tu...

No comments: