Jiwa kacau...jiwa kacau.. Aku baru pas baca blog Che Det n other blogs yang sebut pasal boikot. Aku pun dh mulakan gerakan memboikot ni tapi at the same time, betul jugak kata Kahuna dalam blog dia. Kita boikot sebab musim je ke atau memang nak boikot? Bagi aku, aku memang marah, benci dengan US and Israel tapi aku kena admit jugak aku tak rasa aku boleh tahan tak makan fast food sampai mati. If setakat barang2 makan tu, paling aku tak tahan if tak beli barang Nestle. Tapi now, aku cuba2 jugak la beli products brand lain. Namun cereals lain harga sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan Nestle. Susah juge tu. Barang make up? Hmm.. Aku memang pengguna Maybelline.. Mungkin aku akan bertukar ke product lain.. Tapi macam mana pun aku nak tekankan di sini, aku memang akan terus memboikot mana2 yang aku boleh.. Tu je.. Tutup kes.. Jangan gaduh dgn aku..
Haa... Ni lagi satu buat jiwa aku kacau.. Kepala hotak aku sekarang ni sangat suka berpikir.. Makin lama aku rasa pemikiran aku jadi lagi matang..(Blah!) Aku lapar sebenarnya.. Untuk pengetahuan korang, aku kununnya telah memulakan proses diet iaitu hanya makan nasi sekali sehari.. Dah 2 minggu dah.. But aku tak rasa macam ada perubahan pada berat badan aku. Tapi saje jelah buat aku senang hati konon leh perasan dah kurus. Tah pa2 tah.
Lagi satu buat jiwa kacau. Nasyid.. Choir.. Adoi..~ Choir kali ni aku memang takde soul la nak nyanyi lagu cina tu. Menyusahkan aku nak hafal language. Dahla sampai 2 lagu. Hmmm... Ada terpikir untuk tarik diri tapi aku bukan quiter.. Nasyid.. Pertandingan is on the 4th of Feb.. Actually kami tak berjumpa lagi secara rasminya dengan keseluruhan anggota kumpulan. Lepas pemilihan lagu, kami selalu practice main2 sesama geng Busuque je la. Pemilihan lagu pun kami2 je yang buat. Kadang2 aku rasa yang lain tu tak yah masuk pun xpe. Cam xsumbang pa2 pun. Tahu2 nanti, minus one, gaya, wardrobe, lagu semua dah disediakan, diaorang nyanyi je. Kau ingat kami ni barua ke apa?? Tolonglah bersatu sikit boleh? Jangan penting diri.. Aku penat..
Lagu2 yang kami akan bawakan:
1) Hijrah Satu Wawasan - In team
2) Bila Waktu Telah Berakhir - Opick
Aku sangat takut kumpulan kami langsung takde peluang untuk menang disebabkan aku.... Kenapa? Sebab mereka suruh aku jadi vokalis untuk 2-2 lagu ni... Korang pun tahu dengan jelas macam mana suara aku.. Bila bercakap pun orang dah confuse laki ke pompuan.. Ni kan pulak nak menyanyi?? Adoi.. Namun aku enggan jadi vokalis untuk lagu ke-2 sebab aku kena bawak part Saprano (xtau mcm mana nak eje, lantak) bersama dengan Auwieyh, which is aku tak boleh dengan tetibanya bertukar suara biasa.. So aku nak mintak orang lain.. ( SEE, benda ni pun kitaorg tak susun lagi) Hmmm..... Namun aku mendoakan yang terbaik kepada kumpulan kami.. Tak harap untuk menang, cuma kami nak enjoy je.. (Aku paksa budak2 busuque ni join sebab aku 'cair' dengan muka Ustaz Anwar Arif tu.. Dia cam kechiwa bila xde orang nak wakilkan batch kitaorang)
p/s: Aku exam lusa.. Namun aku tak study langsung lagi.. Aku tertekan bangat...Semua doakan yang terbaik untuk aku ye? Amin... Thanks!
adsbygoogle
9 years ago
No comments:
Post a Comment