Monday, January 5, 2009

Azam lagi!!

Aaaa!! Ni satu azam yang aku lupa nak masukkan hari tu. Pas aku sembang dengan boyfriend(s) aku, baru aku perasan nak masukkan benda ni untuk azam2 aku kali ni atau next2 azam sampai aku capai impian ni..

AKU NAK KAWEN!!! Dengan sapa?? Haa.. Itu yang kita tak tahu tu...

Aku tengah save duit.. Makan pun sekali sehari je nasi.. Nak diet plus nak save up duit untuk kawen.. Yelah, hantaran sekarang mahal kan? Laki zaman sekarang ni memang dahsyat.. Setakat mas kawen tu, aku mampu lagi la.. Part hantaran tu, yang buat aku lingkup skit.. Hahah!! Xpe2...

p/s: Malam yang new year tu, kan TM ada bagi call free untuk homeline ke homeline dari pukul 12 am sampai 11.59 malam keesokan harinya. Ok, malam tu aku relax je.. Online tapi takde sangat la nak chat.. So aku pun offline.. Tutup modem, lampu semua.. Sekali tetiba je ada bunyi telefon rumah pukul 12.35 pagi tu..

Heran gak aku sapa plak yang gi call rumah orang pagi2.. Macam2 plak aku pikir, otak dah merewang yang bukan2.. Tapi aku biar jelah, sebab tahu parents aku yang akan angkat. Tetiba yande aku ketuk pintu bilik aku.. Azab! Tak lain tak bukan phone call itu untuk aku.. Err.. Apa yang lagi azab, orang yang call tu LAKI..hmmm..yande aku dah rupa cam marah dah.. Mana tak, laki call pagi2 buta plak tu.. Alamak aih.. Aku dah macam2 dah pikir, no idea sapa yang tahu no.tel rumah aku and tau aku balik..Selain itu, sapa yang tengah cuti and duduk kat rumah skrang? Hmm.. Yande aku kata mamat ni carik "Nadia mana, mana Nadia??" Takutnya aku~~ But... Bila aku pegi angkat phone, orang tu dah letak dah pown n tak call dah.. Jadi siapakah dia?? Tinggal misteri jelah.. Sebab aku pun tak tahu.. Takutnya~

No comments: