Monday, January 19, 2009

Masalah aku

Internet explorer kat laptop aku tetiba menjadi bangak apabila aku bukak je asyik2 jadi not responding. Ngek sungguh. Bukan aku bukak pornsite ke apa ke yang kau nak sabotage aku ni. Aku tetiba menjadi rajin plak nak update blog.. Sebabnya aku kuat mengantuk bila kena duduk and study. Jenis yang takleh nak belajar lama2 punya. Ade je benda nak dibuatnya untuk hilangkan ngantuk. Aku tengah terpikir nak makan coklat now tapi aku tak tahu membantu ke tak if aku makan coklat tu ataupun hanya akan membuatkan aku mengantuk... Haa itu yang kita tak tahu tu..

Aku bukan peminat Mozilla Firefox sebab aku tak biasa guna benda ni. Salu guna IE je.. Tapi memandangkan binatang tu bermasalah, jadi aku pun gunalah Mozilla.. Bagus juge la.. Agak la laju kan? Hehehe.. Dan membolehkan aku download por*o.. Opss!! No3!! Download lagu la.. Apa kes? Heheheheh... Pengotor kepala hotak aku nih.. Aku innocent, aku cakap je but aku bukan pikir apa pun so aku tak rasa pa2.. Hahah!

Aku tadi 1st time try makan tosai, tosey, tooo-say telur or macam mana la nak sebut nama kau.. Apa aku kesah kat nama kau? Yang penting, nama aku betul.. Hehe.. Apa aku merapek ni?? Haaa...btw, ni 1st n last la aku try tosay tu. Aku ucapkan selamat tinggal pada kau, tosay.. Buat habis duit aku je.. Aku tak suka kat kau.. Itu kesimpulannya.. Fadan muke kamooo!!

Haaa... satu berita tergempar untuk aku and korang semua!! Aku akan berkahwin xlama lagi!! Yeaaaa!! Eh... Silap eyh? Ouh...bukan... Huhu.. Aku telah dinobatkan untuk menjadi ketua kumpulan nasyid dan aku tak ingat pun apa nama kumpulan aku.. Bertuah korang.. Tidakkah ada orang yang lebih layak dan lebih baik untuk mewakilkan kumpulan kita? Kenapakah kamu memilih aku yang tak seindah rupa ni?? Adoiyai..~~~ Masalah la untuk aku lagi.... :"(

Ada apa denganmu...

Ingin ku katakan di sini,
Walaupun aku amat mencintai kau
Namun percayalah aku takkan mampu dan bertahan
Untuk menunggu kau selamanya
Kerana tiada jawapan darimu..

Jadi aku harus teruskan hidupku
Dengan menghargai cinta yang ada
Menjaga hati yang sunyi
Dan aku redha dengan ketentuanNya
Andai tiada jodoh kita bersama

Fahamilah aku
bahawa aku akan terus mencintaimu
Biar hari berganti hari
Selagi jantungku terus berdegup
Setiap dedaunan yang berguguran
Biarpun aku bersama yang lain...

p/s: Apa aku merapek? Ni bukan sajak. Aku saje galak nak berpuitis kerana aku bosan.. Heh! p/s/s: Dedicated to my beloved daughters, Puteri Diana (Yana), Puteri Hani Aliya Farhanna (Hani) and Puteri Nur Mira Ixora (Mira). Ibu sayang kamu semua sangat2~

Sunday, January 18, 2009

Kulit cerah ke pucat?

Hmmm.. Esok aku start exam mid sem aku.. Bermula dengan favourite subject aku buat masa ni iaitu Biology.. Major subject aku.. Ye ke? Tak jugak.. Pehtu diikuti dengan Physics keesokan harinya dan Rabu aku break seketika sebab aku tak ambik paper Maths, Khamis petang diikuti dengan Chemistry (paper yang akan membunuh aku kali ni sebab banyak chapter masuk n aku tak belajar setitik pun lagi. Dahlah masuk semua organic chemistry).

Pas pukul 4 petang Khamis tu, aku merdeka!! Lama lagi tu nak tunggu.. Jumaat aku balik holiday dengan membawa Bonnie pulang ke Kuching buat pertama kalinya n aku akan tinggalkan dia dengan anak2 aku yang lain kat sana. Sorry, Bonnie...~~ Tak sabar nak balik.. walaupun sekejap.. Pasni next holiday aku bulan 6.. Semester kali ni sangat kritikal sebab pas mid sem ni, aku akan start belajar syllabus untuk A2 level dan aku ngadap exam yang melambak2 sebelum 1st major exam aku, iaitu AS examination bulan 6 nanti. Okay... Aku tension memikirkannya...

Hari ni keje aku ngabiskan baca biology n aku dah abis baca dah pown.. Tapi nak buat latihan jap and if aku dh rasa cam power gile kat Bio ni and if sempat, aku nak belajar physics or chemistry.. Aku takut tak sempat je nih.. Gile betol aku mid sem kali ni langsung tak study awal.. Huhuhu... Now baru nak gerak gear skit.. Tah pa2 tah.. Btw, aku memang jenis yang sangat suka dok dalam bilik sorang, belajar, makan, tido semua lam bilik.. Aku kuar bila hanya perlu seperti nak pegi toilet, cuci tangan, nak amek makanan dan sebagainya..

So aku memang jarang jumpa dengan housemates (as in bercakap). Tadi aku keluar la bilik pas baca bio sebab aku nak amek wuduk. Sekali aku tego la housemates aku. Tetiba dia cakap muka aku pucat. Hmmm.. Aku heran sebab last aku jumpa dia pagi td, so maknanya muka aku dah pucat dari pagi tadi sampai sekarang... Okay, aku takut.. Dahla aku sakit kepala... Xkan sebab tu? Mungkin la.. Or sebenarnya sebab kulit aku cerah orang ingat aku sakit?? Xmungkin sebab aku tak begitu putih.. Xkesah la..

p/s: Dahi aku ni cam sakit la.. Tak tahu kenapa.. Aku nak sujud n dok biasa2 pun rasa sakit.. Aku yakin aku tak terhantuk pa2.. Ke sebab ada benda dalam kepala aku ni yang sakit? Haa... Itu yang kita tak tahu tu...

Saturday, January 17, 2009

Hari Spaghetti



Opss! Ni bukan spaghetti tau.. Ni roti tisu, tee-shoo, or apa2 tea-shu la yang ada.. Mamak KTT..As-Salaaammm... Hihi.. Baek punyer dengan teh tarik.. Ni makan dinner hari khamis yang lepas.. 1st time try makan roti ni.. Sedap tapi aku takkan beli lagi sebab aku rasa cam xkenyang.. Hehehe...


Ni baru spaghetti buatan sendiri.. Tanpa prego, leggos, kimball ke apa ke.. Xde2.. Baydah masak, aku jadi tukang rasa and komen suh tambah ni, tambah tu.. Jixs tukang rebus mi spaghetti itu.. Aku reti je masak but suka buat2 macam xreti sepanjang aku kat kolej ni.. Maklumlah low profile.. Namun sangat sedap.. Thanks everybudi! Banyak sungguh mereka letak spaghetti dalam pinggan aku. Ni dah kes perli ni. Korang ingat aku habis ke makan banyak macam ni?? ( Belakang cerita, pas aku habiskan mi yang sebanyak ni aku tambah lagi sepinggan )

Mari Makaaannn!! Hehehe...

Sorry la.. Aku dah telan semuanya.. Tak tinggal pun kat korang.. Korang tonton jelah ye?? Hihi... Antoo giler perangai macam ni... Maaf~

Aku bersama spek mata Auw-ieyh! Sangat tinggi power dia.. Jadi aku bukak mata pun xberapa nak boleh.. Namun chomel juge aku pakai spek ni..

I love my Bonnie Clyde!! Thanks for my birthday present!!
p/s: Semua peristiwa spaghetti tu kat apartment Jixs, Auw-Ieyh, Baydah n Pa-Jane.. Yang pegang bear ni je dalam bilik aku... Syukur Alhamdulillah... Aku amat kenyang malam ini.. Hilang diet seketika... Sedap!

Sejenak berfikir...

Jiwa kacau...jiwa kacau.. Aku baru pas baca blog Che Det n other blogs yang sebut pasal boikot. Aku pun dh mulakan gerakan memboikot ni tapi at the same time, betul jugak kata Kahuna dalam blog dia. Kita boikot sebab musim je ke atau memang nak boikot? Bagi aku, aku memang marah, benci dengan US and Israel tapi aku kena admit jugak aku tak rasa aku boleh tahan tak makan fast food sampai mati. If setakat barang2 makan tu, paling aku tak tahan if tak beli barang Nestle. Tapi now, aku cuba2 jugak la beli products brand lain. Namun cereals lain harga sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan Nestle. Susah juge tu. Barang make up? Hmm.. Aku memang pengguna Maybelline.. Mungkin aku akan bertukar ke product lain.. Tapi macam mana pun aku nak tekankan di sini, aku memang akan terus memboikot mana2 yang aku boleh.. Tu je.. Tutup kes.. Jangan gaduh dgn aku..

Haa... Ni lagi satu buat jiwa aku kacau.. Kepala hotak aku sekarang ni sangat suka berpikir.. Makin lama aku rasa pemikiran aku jadi lagi matang..(Blah!) Aku lapar sebenarnya.. Untuk pengetahuan korang, aku kununnya telah memulakan proses diet iaitu hanya makan nasi sekali sehari.. Dah 2 minggu dah.. But aku tak rasa macam ada perubahan pada berat badan aku. Tapi saje jelah buat aku senang hati konon leh perasan dah kurus. Tah pa2 tah.

Lagi satu buat jiwa kacau. Nasyid.. Choir.. Adoi..~ Choir kali ni aku memang takde soul la nak nyanyi lagu cina tu. Menyusahkan aku nak hafal language. Dahla sampai 2 lagu. Hmmm... Ada terpikir untuk tarik diri tapi aku bukan quiter.. Nasyid.. Pertandingan is on the 4th of Feb.. Actually kami tak berjumpa lagi secara rasminya dengan keseluruhan anggota kumpulan. Lepas pemilihan lagu, kami selalu practice main2 sesama geng Busuque je la. Pemilihan lagu pun kami2 je yang buat. Kadang2 aku rasa yang lain tu tak yah masuk pun xpe. Cam xsumbang pa2 pun. Tahu2 nanti, minus one, gaya, wardrobe, lagu semua dah disediakan, diaorang nyanyi je. Kau ingat kami ni barua ke apa?? Tolonglah bersatu sikit boleh? Jangan penting diri.. Aku penat..

Lagu2 yang kami akan bawakan:
1) Hijrah Satu Wawasan - In team
2) Bila Waktu Telah Berakhir - Opick

Aku sangat takut kumpulan kami langsung takde peluang untuk menang disebabkan aku.... Kenapa? Sebab mereka suruh aku jadi vokalis untuk 2-2 lagu ni... Korang pun tahu dengan jelas macam mana suara aku.. Bila bercakap pun orang dah confuse laki ke pompuan.. Ni kan pulak nak menyanyi?? Adoi.. Namun aku enggan jadi vokalis untuk lagu ke-2 sebab aku kena bawak part Saprano (xtau mcm mana nak eje, lantak) bersama dengan Auwieyh, which is aku tak boleh dengan tetibanya bertukar suara biasa.. So aku nak mintak orang lain.. ( SEE, benda ni pun kitaorg tak susun lagi) Hmmm..... Namun aku mendoakan yang terbaik kepada kumpulan kami.. Tak harap untuk menang, cuma kami nak enjoy je.. (Aku paksa budak2 busuque ni join sebab aku 'cair' dengan muka Ustaz Anwar Arif tu.. Dia cam kechiwa bila xde orang nak wakilkan batch kitaorang)

p/s: Aku exam lusa.. Namun aku tak study langsung lagi.. Aku tertekan bangat...Semua doakan yang terbaik untuk aku ye? Amin... Thanks!