Wednesday, January 14, 2009

Situasi

Situasi iaitu jika dicari definasinya di dalam kamus Oxford iaitu bersamaan dengan Situation (sebab aku takde kamus BM..maaf~) bermaksud...location and surrounding of a place ; a set of circumstance. Haa..yang aku nak ceritakan kali ini ialah.. Situation yang membawa 2nd meaning tu.. Keadaan...

Err.. Macam mana aku nak cakap eyh.. Aku rasa dah dalam 3-4 hari aku tak berblog ni sebabnya aku boikot dan jual mahal dengan blog ni disebabkan situasi yang aku hadapi..

Situasi2 yang dihadapi oleh Nadia K:

1) Aku menghadapi situasi di mana aku sekarang ni terasa sangat bahagia dan gembira dengan kehidupan aku sekarang (Alhamdulillah) tapi dalam masa yang sama, aku tak dapat nak share kebahagiaan itu dengan erti kata lain, takde orang nak share kebahagiaan itu dengan aku.. Kenapa? Haaa...itu yang kita tak tahu tu...

2) Aku berada dalam situasi di mana walaupun aku gembira namun aku menangis juge.. Hmm.. Pelik bin ajaib.. Tapi itu hakikat.. Kenapa aku nangis? Sebab aku tak sure aku patut ke rasa gembira and bahagia sekarang ni..atau adakah aku bahagia di atas tangisan, kesedihan dan kekecewaan orang lain? Itu pun aku tak tahu..

3) Aku berperasaan bahawa banyak yang tak happy dengan kebahagiaan aku sekarang ni. Adakah mereka lagi happy if tengok aku kecewa or sedih? Aku pun xfaham jugak la.. Bila aku sedih, diaorang akan ada tau n cakap pada aku, janganlah sedih n all that tapi bila aku happy and nak share dengan diaorang, diaorang xnak plak.. Mungkin happy aku tu, xhappy pada mereka kot.. Kenapa kah?

4) Aku menghadapi situasi di mana aku terpaksa menyertai Koir dan seterusnya Nasyid (last join waktu darjah 6) dan juge terpaksa menghafal 5 buah lagu ( 2 lagu Cina, 1 lagu English dan 2 lagu Nasyid). Semua ini akan berjalan selepas cuti CNY. Koir untuk sambutan CNY peringkat Kolej di mana aku dipanggil semula disebabkan aku ni choir geek kat Kolej ni. Tapi persembahan la. Pertandingan belum ada lagi. Nasyid plak untuk pertandingan sesama bound untuk sambutan Maal Hijrah peringkat Kolej, di mana aku dan rakan2 busuque aku akan mewakili India bound 1 1/2 year. Huhuhu.. Dalam proses pemilihan lagu.

5) Aku juge menghadapi situasi di mana aku akan berdepan dengan mid sem exam minggu depan tapi aku jadi sangat tertekan sebab aku langsung tak rasa tekanan nak exam tu macam sebelum2 ni.. Takut sungguh aku.. Bila aku tak tertekan langsung, gear aku tak jalan.. Auto ke manual, dua2 cam patah.. Maka sungguh banyak yang aku tak belajar lagi.. Okay, aku takut...~

6) Aku berdepan dengan situasi aku pun tak faham. Aku tak faham diri aku sendiri. Perangai aku, perasaan aku semua aku tak faham. Aku dah lama cari diri aku, tapi aku tak jumpa.. Mungkin Nadia yang dulu dah mati agaknya. Aku pun tak tahu. Sapa2 yang terjumpa, sila bagitau kat aku. Aku nak balik jadi Nadia yang dulu jika itu lebih baik dari yang sekarang ni.

7) Lastly, situasi yang aku rasa jadi cam epidemic disease dalam kalangan girls2 batch aku. Aku tak tahu la if bound lain pun serupa but yang aku tau, wanita2 di sekeliling aku sekarang terlalu, teramat, tersangat obses nak kuruskan badan. Semua yang kurus2, elok2 aku tengok, semua nak kuruskan badan. Semua dengan tetibanya realize yang mereka ni gemok tang ni, tang tu la apa la. Saket kepala aku. Tengok diaorang tak makan, aku tanya, " Asal xmakan?? ", Jawapan standard is " Diet... ". Sampaikan ada yang sakit2 kena pegi klinik sebab tak nak makan and masuk angin. Disebabkan hal ni berlaku, aku secara tak langsung pun ikut jugak nak diet.. Hahah.. Takde maknanya.. Aku nak diet?? Hehehe.. Merapek.. Sekejap jelah tahan tu, nanti makan cam lembu balik.. Confirm!

Friday, January 9, 2009

Let Us Free!!

Assalamualaikum..

'Us' yang aku maksudkan di atas ialah semua negara Islam. First time aku pegi program Tautan Ukhwah yang diadakan setiap hari Jumaat kat Surau Kolej aku ni. Sebabnya ada tayangan tentang kekejaman Israel laknat menyerang Bumi Islam Palestin. Apa yang aku dapati, aku seorang yang sensitif rupanya dalam keganasan dan kekasaran aku, sifat kemanusiaan dan kasih sayang aku tetap ada. Bila slide gambar2 mangsa peperangan tersebut dipaparkan dengan lagu nasyid Nowsweetheart yang paling aku suka, tanpa aku sedari air mata aku ngalir deras.

Tak sampai hati aku tengok kanak2, bayi, wanita2, saudara2 Islam dibunuh, dipotong anggota badan mereka, sampai ada bayi yang kepalanya takde, anggota badan putus, ada jugak yang mati hancur berkecai kena bom. Aku tak intend pun untuk nangis sebabnya aku jarang nangis depan orang. Apa yang paling aku benci dan buat aku marah bila ada video yang menunjukkan betapa gembiranya askar2 Zionis laknat setiap kali bom dilepaskan. Binatang2 tu masih boleh jerit dengan gembira macam kita jerit2 countdown ketika menyambut New Year. Bukan 1 bom yang dilepaskan. Sial! Memang binatang, sanggup hidup dengan membunuh. Semakin bahagia dalam setiap darah yang mengalir.

Israel memang bangsa yang dilahirkan untuk memusnahkan dunia. Lepas satu negara, ke satu negara. Afghanistan, Iraq, Lubnan, Palestin. Tak pernah puas. Selagi ada umat Islam dalam dunia ni, selagi tu binatang2 tu takkan puas hati. Pertahankanlah Masjid Al-Aqsa. Pertahankanlah rumah2 suci Allah. Umat Islam perlu bersatu. Jangan berbunuh,benci membenci sesama umat Islam. Kalau sesama kita pun bermusuh, Israel dan Kafir akan gelakkan kita dan dengan mudah je mereka boleh menang. Jangan sekali biarkan.

Apa yang kita boleh lakukan sekarang ni, belajar sungguh-sungguh. Lihat secara global. Bukan belajar untuk diri sendiri sahaja namun apa yang kita boleh sumbangkan kepada perjuangan Islam dengan setiap ilmu yang kita miliki. Boikot barang-barang US dan Israel. Setiap dolar yang kita sumbangkan pada mereka, mereka gunakan untuk membeli peluru-peluru, semata-mata untuk membunuh saudara-saudara Islam kita. Bererti kita juga turut membunuh saudara kita sendiri. Kita harus hentikan peperangan ini dengan segera sebelum lebih banyak hamba2 Allah yang terkorban. Israel pengecut! Hanya bergantung kepada senjata moden. Sedangkan umat Islam hanya gunakan batu, demi pertahankan Islam. Muhasabah la diri, rakan-rakan... Dan sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan yang akan terjadi..

Ya Allah, lindungilah kami, hamba2mu Ya Allah.. Selamatkanlah bumi2 Islam dari serangan dan ancaman Yahudi dan Kafir.. Kau kuatkanlah keimanan dan ketakwaan kami kepadaMu, Ya Allah.. Kau letakkanlah hamba-hambaMu yang terkorban itu di sisi Mu.. Ya Allah yang Maha Membalas, Kau berikanlah balasan, bala bencana kepada Yahudi dan Kafir, Ya Allah.. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami memohon perlindungan dan kekuatan.. Kau berikanlah cahaya perlindunganMu kepada kami semua, Ya Allah... Amin, Amin ya Rabbalalamin....

Monday, January 5, 2009

Azam lagi!!

Aaaa!! Ni satu azam yang aku lupa nak masukkan hari tu. Pas aku sembang dengan boyfriend(s) aku, baru aku perasan nak masukkan benda ni untuk azam2 aku kali ni atau next2 azam sampai aku capai impian ni..

AKU NAK KAWEN!!! Dengan sapa?? Haa.. Itu yang kita tak tahu tu...

Aku tengah save duit.. Makan pun sekali sehari je nasi.. Nak diet plus nak save up duit untuk kawen.. Yelah, hantaran sekarang mahal kan? Laki zaman sekarang ni memang dahsyat.. Setakat mas kawen tu, aku mampu lagi la.. Part hantaran tu, yang buat aku lingkup skit.. Hahah!! Xpe2...

p/s: Malam yang new year tu, kan TM ada bagi call free untuk homeline ke homeline dari pukul 12 am sampai 11.59 malam keesokan harinya. Ok, malam tu aku relax je.. Online tapi takde sangat la nak chat.. So aku pun offline.. Tutup modem, lampu semua.. Sekali tetiba je ada bunyi telefon rumah pukul 12.35 pagi tu..

Heran gak aku sapa plak yang gi call rumah orang pagi2.. Macam2 plak aku pikir, otak dah merewang yang bukan2.. Tapi aku biar jelah, sebab tahu parents aku yang akan angkat. Tetiba yande aku ketuk pintu bilik aku.. Azab! Tak lain tak bukan phone call itu untuk aku.. Err.. Apa yang lagi azab, orang yang call tu LAKI..hmmm..yande aku dah rupa cam marah dah.. Mana tak, laki call pagi2 buta plak tu.. Alamak aih.. Aku dah macam2 dah pikir, no idea sapa yang tahu no.tel rumah aku and tau aku balik..Selain itu, sapa yang tengah cuti and duduk kat rumah skrang? Hmm.. Yande aku kata mamat ni carik "Nadia mana, mana Nadia??" Takutnya aku~~ But... Bila aku pegi angkat phone, orang tu dah letak dah pown n tak call dah.. Jadi siapakah dia?? Tinggal misteri jelah.. Sebab aku pun tak tahu.. Takutnya~

Sarcasm??

A lot of people said that I'm a sarcastic person. Honestly, I don't mean to be like that at most of the time. The problem now is : Is it positive or negative? In my opinion, it can be both depends on how an individual encounter with this kind of people..(I mean, MY kind of people) Hihi.. Sometimes orang tak leh nak handle benda ni sebabnya mungkin diaorg jenis yang terlalu take things seriously. If kita (manusia2 yang full of sarcasm) berdepan dengan orang jenis mcm ni, kita kena bersedialah untuk say sorry sebab taknak end up gaduh dgn mereka. Sebab being sarcastic ni memang unavoidable. Kita tak berniat pun and tak sedar yang kita ni sarcastic. Hahaha!

Positifnya:

Aku rasa dengan menjadi sarcastic, aku leh berterus terang kepada sesiapa, tentang apa2 yang aku tak suka supaya mereka lebih berhati-hati dengan aku. Sebabnya aku memang seorang yang terlalu berterus terang, direct person..kasar la apa la..aku tak macam girl lain in such a way la..tapi aku akan cuba untuk berubah jadi ayu skit..yelah, zaman sekarang ni kan lelaki2 macho amat mencintai gadis2 yang ayu.. ( Aku nak join rancangan 'Gadis Melayu' kat TV9 tu sebenarnya..hihihi)

Negatifnya:

Errr...orang yang sarcastic ni akan lebih mudah dibenci oleh orang iaitu mangsa2 sarcasm.. Berterus terang kepada seseorang secara sarcasm akan membuatkan mereka berasa sakit hati dengan kita sehingga tak nak tegur dah kita.. Tu boleh blah lagi la.. Apa yang paling buruk pernah jadi kat aku, aku gaduh dengan mamat ni 6 bulan tak langsung tegur, mesej, IM, call apa tah lagi.. Aku tak ingat apa punca gaduh tu tapi xpelah, aku salahkan diri aku la mungkin aku yang sarcastic kepada dia.. Maaf~~~

Tapi serious la, aku mintak maaflah kepada mangsa2 aku di atas semua benda yang sarcastic yang aku telah katakan kepada mereka. Maaf tau.. Tak baek gaduh2.. hehehe.. Apa yang menyebabkan timbulnya aku nak tulis isu 'Sarcasm' ni ialah semalam aku baca novel 'Thanks for the Memories' - Cecelia Ahern.. Ada watak laki dalam novel ni, Justin, dia seorang yang sangat sarcastic.. Jadi ikutilah quotes yang aku rasakan cam best dan menjelaskan perasaan orang2 yang sarcastic ni ..

" He can't hold back his sarcasm, which he hates himself for but, unwilling to withdraw it and incapable of apologising, he does what he always does, which is to run it, therefore making it worse"

" Love! Ignore it and she'll forget what she said"

p/s: 2nd quotes tu aku akan gunakan untuk lupakan mereka yang aku sayang tapi tak berbalas..Huhu..Pity me~~

Saturday, January 3, 2009

High-Tea 2009~


Supporter Lisda n Fauzi!!

Supporter Amyza-Khairil.. Muka sedih sbb terpaksa belanja..hehe


Baru pas kuar dr Hair Saloon.. If pandai apa yg berubah kat rambut aku??


p/s: Hari ni pegi high-tea kat Hotel Crowne Plaza, Kuching.. Tak best! Quality and services out! Jangan pegi.. Later aku balik lagi nak try kat Hilton plak.. Dulu aku try bagus.. Now tak tau la minyak turun naik, aku tak tahu quality masih cam dulu ke x..
p/s/s: Jawapan nya, rambut aku tak de bezanya pown.. Sebab aku tak mo gunting rambut.. Gi buat treatment je.. Chewah.. Yo-yo-o je.. hihihi... Xmo tulis panjang2.. Nanti terkasar plak aku.. Masalah lagi....~~