Friday, November 21, 2008

3 Days trip to Kuala Lumpur...

Sebelum pegi Midvalley~


Hai all! Lama aku hilang..aku rasa lama la..walaupun aku tahu korang takkan rasa apa atas kehilangan aku..namun aku tidak la hilang sebenarnya..Cuma aku tak online..Banyak juga orang2 yang mem'BUZZ' aku kat YM tu..Dengan erti kata lain 'ding' la untuk offline message..hahaha!! Namun maaf kawan2..aku hilang bersama sugardaddy ku..Kan aku dah bgtau Align Centerkorang kan?? Buat2 tak tau pulak..

Ok..enough of muqadimah..

Hmm..Actually parents aku datang KL dari 17 Nov sampai Ahad ni. Namun yande aku ada kursus kat Quality Hotel, KL sampai 20hb Nov je then mereka akan pergi ke Johor. Selepas itu, menuju ke Sepang. Then balik Kuching. Haaa.... Jadi 18hb tu pagi2 buta aku bersemangat ambik teksi pegi KTM Nilai and terus menuju ke Bank Negara. Aku sebenarnya sangat familiar dengan Jalan area TAR ni sebab dari aku kecik memang salu shopping sini and sampai sekarang pun aku masih merasakan tempat ni tetap 1st choice aku kalau nak shopping selain daripada pemandu2 dan penunggang motosikal yang SANGAT kurang ajar dan tidak prihatin terhadap pejalan kaki. Lampu merah traffic light takyah cite la. Memang dilanggarnya. Zebra crossing melambak. Tak guna juge. Apalah.. Main pecut je.. Aku rasa area tu yang patut polis ambik tindakan supaya tak banyak pejalan kaki yang mati kena langgar kereta.

Balik dari Mid. Otw nak gi hotel, hujan lebat. Namun aku yang basah paling teruk sebabnya aku ada bawak payung tp aku suh abg aku payungkan bonda aku...


Aku amat terkenal dengan surprises. Itu kerana aku taktahu pun hotel ni kat mana. Baru 1st time nak pegi. Then aku sampai buat research peta utk tengok kedudukan hotel ni. Bonda aku cakap aku sampai Bank Negara nanti bgtau la supaya beliau boleh ambik aku kat sana. Hmm... Namun aku suka sangat nak try something new.. Sebab aku tak rasa aku akan sesat kat area tu selain daripada aku cuak jalan sorang2 dengan orang2 yang pelik2.. Namun aku jalan juga.. Then aku call bonde nak tanya no.bilik itu kerana aku sudah berada kat depan lif hotel..Heheh! Bonda amat terkejut..Aku suka!

Posing gambar kat pool. Ala2 majalah Mangga gitu..hehe!

Pada hari itu juga, aku teman bonda shopping kat Jalan TAR.. Aku gembira.. Shopping habis2 la.. Baru berbaloi aku datang KL dari Sepang tu ha... Jauh~ Namun berbaloi... Pas balik shopping, solat, kitaorg gi swimming sekejap.. Dalam sejam lebey camtu, nak hujan plak.. Jadi kami pun balik bilik.. Bonda ada cite pasal Spa kat Hotel ni ada promotion.. Hmmmm.... Apalagi?? Kami pun terus menuju ke Ayer Spa buat body scrub.. Aku wat tamarind body scrub.. Bonda buat yang traditional punya.. 1st time... Huhu... Best... Kerana seluruh kulit badan terasa sangat lembut.. B4 balik, aku sempat try buat pedicure..huhu...ni aku bayar sendiri..

Itu tak termasuk pengalaman aku di'flirt' giler3 oleh sorang mamat pilot Iran yang sangat TUA kat kedai kasut Jukebox Jalan TAR.. Siap nak mintak no.phone aku and nak ajak aku kuar dinner plak dah..(sungguh BODOH~kerana dia tidak tahu bahawa aku amat mencintai lelaki Melayu) Namun aku menolak secara baik... Tak guna punya jantan! Sebab kau kacau aku, aku plak yang tak jadi nak beli shoes sebab aku takut kat engkau. Namun aku beli juga semalam. Heh! Panjang ceritanya, kalau nak tahu, text phone aku or YM aku or htr comment/message dekat friendster aku pun boleh aje..or tanya kat cbox aku jelah, senang...Aku akan ceritakan ye..

Kami team bola KEDAH!! Pulun Kedah pulun!


Esok nya pegi Mid Valley.. Jumpa abang kat sana.. Aku shopping lagi..Makan kat Big Apple and Long John Silver apa tah.. Beli baju Scarlet 3 pasang. Lalala... Kemudian menuju ke hotel bersama Bonda n abang aku. Nak suh dia jadi personal tutor Chemistry aku. Sebab aku nak final sem exam next week. Isnin ni.....~ aku tak habis belajar lagi...Aku pulang ke kolej semula semalam. Heh! Naik komuter n teksi sorang2.. Takut jugak la... Yang penting, now sudah selamat semua nya.. Alhamdulillah~

Abang aku dok ajar aku Chemistry kat hotel


p/s: Aku rasa mungkin oleh kerana aku terlalu gemar membuatkan orang berfikir yang aku ada sugardaddy menyebabkan betul2 plak ada yang nak offer aku jadi sugarbaby nya..(merujuk kepada mamat Iran tersebut). Aku amat takut dan juga murka kepadanya. Cuma aku tak bajet la ada yang nak bagi aku offer tu dalam masa yang terdekat. Heh! Aku boleh menjadi sugarbaby namun aku takkan terima sugardaddy yang hanya utk provide aku duit je tapi aku tak sukakan dia personally dan aku takkan terima sugardaddy yang sebaya or lebih tua dari yande aku. Geli~

p/p/s: Jap2....Happy 52nd Birthday to my beloved BONDA yang dilahirkan semalam, namun pada tahun 1956..hehe! Happy Birthday, Mama!! May Allah bless you and our family always and forever... AMIN~

Monday, November 17, 2008

Happy Birthday, Sayang...


Happy 18th Birthday, Baydah n Jixs!!!
Venue: Apartment 8-1-A2, KTT
Date: 17th November 2008
Event: Surprise Birthday Party to Shey~Bee and Shey~Too
Head of Toyol: Shey~Nad
Toyol's Team Members: Shey~Nie
Shey~Su
Shey~Mie

Profil Toyol2 sekalian:
Shey~Bee
Nama manusia: Zubaydah Abd Aziz
Nama glamour: Baydah 'Baek Punyer!'
Nama International: Helle Berry
Dilahirkan pada: 17 November 1990
Cinta hatinya: San Muqaddiem
Anak: Tiada
Hobi: Suka merapu dan merapek
Warna kegemaran: ORANGE~
Komen terhadap beliau: Toyol yang paling warak di antara toyol2 yang lain
Shey~Too
Nama manusia: Norrazidah Azmi
Nama glamour: Jixs 'Ouh, iye??'
Nama International: Kiera Knightly ke?
Dilahirkan pada: 19 November 1990
Cinta Hatinya: Bil...xtau nama sebenar
Anak: Tiada
Hobi: Suka menjerit, menyanyi and berangan artis..hehe!
Warna kegemaran: PINK~
Komen terhadap beliau: Toyol yang paling bising sebab gemar menjerit

Shey~Nad


Nama manusia: Siti Khairulnadia Khamis
Nama glamour: Nadia ‘Biar ar!’
Nama International: Angelina Jolie
Dilahirkan pada: 19 September 1990
Cinta Hati: Tiada orang yang sudi
Hobi: Suka gelak besar n layan jerrr
Warna kegemaran: BLACK~
Komen terhadap beliau: Sangat suka ketawa dengan kuatnya

Shey~Nie

Nama manusia: Nurul Fatihah Abd Jalil
Nama glamour: Auw-ieyh ‘16’
Nama International: Jessica Alba
Dilahirkan pada: 18 Ogos 1990
Cinta Hati: Rain! (bukan nama sebenar)
Hobi: Suka cari pasal dengan toyol2 yang lain dengan merapek yang bukan2
Warna kegemaran: PUTIH~ (suci….)
Komen terhadap beliau: Seorang yang sangat happening dengan idea2 yang pelik. Namun depan Rain, beliau akan behave herself

Shey~Su

Nama manusia: Suraya Sajoli
Nama glamour: Su ‘YAYA’
Nama International: Kate Hudson (sukati aku tibai je)
Dilahirkan pada: 30 Julai 1990
Cinta Hati: Banyak…Coco tough kah??
Hobi: Suka menegur and mengkritik physical appearance orang
Warna kegemaran: Hmmm…RED kah PINK kah??
Komen terhadap beliau: Seorang yang mempunyai strong characteristics namun beliau juga gelak agak kuat

Shey~Mie

Nama manusia: Nur Fazreen Samil
Nama glamour: Pa-Jane ‘Tau xpe’
Nama International: Jim Carrie…(Shey~Nie cakap) Patutnya Ayu Raudhah tapi xinternational
Dilahirkan pada: 1 September 1990
Cinta Hati: Lagi banyak….Ajak kah??
Hobi: Suka ketawa apabila mendengar lawak di radio ataupun iklan namun jarang ketawa mendengar lawak orang secara real life
Warna kegemaran: PURPLE kah PINK kah MERAH kah??
Komen terhadap beliau: Seorang yang paling control ayu di antara toyol2 yang lain



p/s: Banyak lagi aksi2 ganas yang dirakamkan semalam namun aku tidak dapat meng'upload'kannya disebabkan wifi yg sangat LAJU..Gambar2 yang dimasukkan juga hanya gambar yang apabila toyol2 semua masih menjadi manusia.. Gambar pertukaran rupa bentuk tidak dimasukkan kerana hanya boleh dilihat oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas.. Namun masih ada di antara toyol yang belum mencecah usia tersebut...

Saturday, November 15, 2008

Terharu aku...

Pagi tadi Is call aku guna phone rumah dia which is aku tak save pun sebab dia tak pernah call aku pun.. Haa... Kau tau dia cakap apa kat aku?? "Thank u, Nadia..Hakim kata lawa ko mekap..."


Hehehehe!! (Syok sendiri)


Terus dia suruh aku bgtau kat dia apa barang2 yang aku pakaikan kat dia semalam sbb dia nak beli, yang telah juga aku nyatakan dalam blog ni.. So senang cita, aku suruh dia bukak blog aku.. Hehe...




Pic 1: Guna spek Auwieyh. Auw suh pakai frameless..Xnak..Senang patah..Rmbut Jixs buat..Org
tertekan study kononnya




p/s: Ada kawan laki aku yang bertanya siapakah Is itu? Sebab yelah, before ni dia tak pernah pun muncul dalam post blog aku. Btw, dia merupakan classmate aku and juga merangkap ahli group Begedil (India Dentistry 2) waktu orientation week dulu.



Pic 2: Ni aku guna spek lama aku..Mana elok lagi?


Pic 3: Spek yang merah/purple ni yang terbaru

Friday, November 14, 2008

Tentang Is....



Is: Aku pakaikan semua barang yang aku pakai kat bawah tu kecuali aku tukarkan fondation beliau iaitu dengan Radiant Glow No.7 04-Blonde and aku tambahkan extra dark brown eyeshadow pada hujung kelopak mata beliau. Eyeliner aku buat tebal di bahagian tengah kelopak mata untuk buat mata nampak lebih bundar and galak.

Haaa...kali ni xde benda sangat yang aku nak katakan. Cuma pagi tadi aku dikejutkan oleh satu SMS daripada Is..Aku patut ada kelas IELTS pukul 9, so bajet bangun kol 8.20. Namun aku terbangun pada pukul 8.16 pagi. Aku agak murka. Tetiba je dia text aku..Aku cam suspens giler..Dia ni nak mintak break dengan aku ke hape kan?? So aku pun bukak jelah. Dah la aku terbangun kerana message daripadanya...



(mamai2 ambik phone kat atas HUGE luggage sebelah katil aku...baca text tersebut....)



Adoiyai... Ingatkan hape tadi.. Rupa2nya dia nak mintak tolong aku make up dia hari ni sebab dia nak kuar date dengan bf dia, Hakim. Alamak aih.. Korang jangan salah sangka ye, ini bukan first date mereka. Tapi ntah kali yang ke trillion baru dia nak make up. Nak buat surprise ke?? Aku bangga kerana menjadi jurumekap nya yang ke-2 selama dia hidup ni. Hahahaha!! Aku sebenarnya takut nak mekap kan orang selain daripada keluarga aku walaupun before ni aku banyak je jadi make up artist untuk kawan2 aku tapi xde la for special occasion mcm ni...(hanya untuk pertandingan busana muslimah kolej aku, mekap pelakon2 drama time skool dulu..n banyak lagi la...)Dahla nak kuar date plak tu. Mahu nye cacat muka dia aku kerjakan, naya jugak aku. Tapi xpe, aku kuatkan semangat.


Is: Beliau tak pakai mekap lain selain dari bedak pada hari photoshoot. Namun tetap cun.

Aku: Loreal Foundation True Match Mineral R2 Apricot Ivory, Silkygirl Shimmer Duo Blusher 04-Sunny Glow, In2it Long Wearing Eyeshadow EQ 05-Venus, Glimmerstick eyeliner Avon G01- Blackest Black, Maybelline Mascara Unstoppable- Very Black, Lipstick Watershine Pure 117 Noble Peach)


Xpe...aku buat mekap simple je memandangkan barang2 aku pun tak berapa complete sebabnya aku tak bawak semua gi kolej ni. If kat rumah, adalah. Buat ala kadar je namun aku bersungguh2. Sebab aku nak hasil yang terbaik. Alang2 orang nak mintak tolong kita, buatlah betul2 kan?? Pas kelas, dia ikut aku balik rumah and aku pun mekap dia lam masa 15 min je siap! Hasilnya.....Is terharu sebab aku leh ubah muka dia jadi lebih lawa walaupun memang asal2 nya dia sudah lawa... Sampai rasa nak nangis sebab terharu sangat... (U're welcome, Is...) Aku suka tengok orang lawa2 ni. Tambah2 dengan adanya Nadia's Touch aku ni. Hahahaha!!!! Ko dating baik2 ye, Is... Suruh Hakim puji mekap kau lawa... So that maksudnya dia pun puji hasil kerja aku jugak.. Aku suka mekap orang...(aku suka mekap diri sendiri sebenarnya sebab kalau aku mekap orang, orang akan jadi lebih lawa dari aku.. So aku akan dengki..) Heh!


Ni lah maksud aku bila aku dengki tengok orang yang lebih lawa dari aku pas aku mekap diaorang. SEE! Aku tak mekap, dia plak yang lawan tauke.. Xpe, kau Is.. Mentang2 kau pergi dating...Xpe, aku bagi chance...


p/s: Alkisah Is mintak tolong aku mekapkan dia. Korang tengok tak gambar aku dalam post yang lepas. Aku mekap sebenarnya. Namun dalam gambar tak begitu nampak..(Maksud aku: Bukan aku yang lawa, namun mekap aku tu yang lawa). Then Is amat mengemari wajah aku pada hari itu. Jadi dia mintak aku mekapkan dia. Namun aku berkata, 'Kalau awak keluar date dengan Hakim, nanti saya tolong mekapkan...' Aku tak sangka begitu singkat masa yang diambil untuk suruh aku mekap sedangkan aku baru berkata demikian pada hari Selasa lepas..Aku agak terkejut..

Jadi aku pun mekaplah dia exactly sama dengan cara aku mekap pada hari Selasa aritu cuma aku ada guna barang2 yang berbeza la seperti yang aku nyatakan di caption gambar2 tersebut. Sebabnya aku ada banyak barang. Foundation saje, aku ada berjenis2. Nak liquid, 2 way cake foundation and mineral foundation. Seperti yang aku nyatakan, real life lagi lawa dari dalam gambar kerana nak ambik gambar mcm2 kena pikir. Yang penting, tengok reali life CUN GILER. Ok itu saje untuk hari ini.

Now u're ready for a fun DATE! Cheese!! Enjoy~

Wednesday, November 12, 2008

Photoshoot la kunun...



Adoi..tengah panas giler nak tggu photoshoot ni..Tu la haprak takde studio...

Kat library..tengah study la kunun...

Aaaa....Cayang pipi baydah ckit! Muah!

With Daniel..My gay-ly boyfriend...huhu



With Shawna..My Boyfriend
Semalam rasanya aku dengan budak2 All 6 ambik gambar kelas untuk majalah kolej terCHINTA.. So gambar kelasnya aku takleh nak upload sbbnya tak dpt lagi tapi xpe, kitaorg seperti biasa poyo akan ambik gambar sendiri. Haha. Aku malas nak tulis la. Tengok gmbr je ye?? Enjoy...



Tamat sudah! Aku nak tido..Bye semua..Yana, babai semua org!