Wednesday, February 25, 2009

Tak Stabil?

Haaa...haha.. Tak stabil? Macam object or shud I say me tak stable disebabkan high centre of gravity.. Itu fakta.. I mean tak la tak stabil macam teruk giler tu cuma tak stabil kadang2 je.. Seperti ditiup angin yang kuat, or penolakan dari object2 lain yang lebih berat dan sebagainya... Tapi bukan aku yang aku nak ceritakan kali ini.

Aku nak cerita pasal cuaca kat Selangor ni or should I say area Sepang ni la sebab Selangor besar kan? Dan tak semua mengalami cuaca yang sama. Okay, cuaca kat Sepang sekarang ni dilaporkan mengalami perubahan suhu yang tidak stabil oleh sebab pada belah pagi dan tengah hari akan mengalami cuaca yang panas dan bila petang2 nak maghrib tu akan hujan yang lebat giler tu sampai guruh2 dan kilat. Belah malam, akan jadi macam sayu2 gitu dan temperature pun jadi sangat sejuk. So dari panas.... Bertukar dari sangat sejuk.. Hurm...

Jadi, musim2 cuaca macam ni akan menyebabkan ramai yang akan mengalami selesema, batuk, sakit tekak, rasa nak demam or lagi teruk, demam terus.. Kat rumah aku ni, bermula dengan room mate aku which is yang tak duduk sebilik pun dengan aku.. Dia akan kena selesema, batuk dulu.. And walaupun aku tak dekat dengan dia ni, aku yang akan kena selepas itu.. Apa yang aku nak katakan sekarang ni, aku selesema, batuk, sakit tekak dan rasa nak demam. Room mate Suraya pun dah sakit teruk and ambik MC, balik rumah. Tapi datang sekejap just untuk amek test agama malam jumaat tu. Owh, ye.. Kami akan menghadapi final test untuk subjek Ustaz Anwar yang dichintai.. Hurm.. Sedih sebab dah takde class bersama beliau lagi.. Last pun hari Isnin yang lepas.. Semuanya short notice.. Syllabus tak habis lagi tapi dah test.. Takpe, agama Islam tetap dihati.. So nothing to worry about...

p/s: All the best to me.. Heheh.. Masih dalam process nak memulakan come back.. Btw, aku tak mula lagi diet.. Sungguh hangat2 tuuttt ayam kan? Memang.. Itu aku... Takpe, usaha lagi.. Aku sedar aku gemok.. Takyah kasitau pun xpe.... Gemok sebab bahagia ke sebab terseksa?? Dua2 pun boleh jadi penyebabnya...Pikirlah sendiri.... :P

Tuesday, February 24, 2009

Aku lupa...

Salah satu aim aku yang aku tertinggal semalam ialah.... Aku perlu mulakan diet session balik.. Pas aku donate blood aritu, aku makan tak hengat.. Nasi makan tak kawal2 dah.. Tu yang muka aku naik balik lemaknye.. Makin bertambah bulat... Dahla sememangnya bulat.. Huhuhu

Ni kalau kakcik aku dengar aku nak diet, mesti Smokey gelak punya.. Kata makcu tipu.. Haha.. Sebab dia tau makcu dia ni mamam macam mana punya banyak.. Mana jalan nak diet2 ni... Hahah.. Mokey2.. Tapi kali ni mokey kena start caye maksu skit2 tau.. Heheheh...

p/s: Sekarang aku menghadapi situasi di mana semua orang tak suka n berlaku jahat terhadap aku... Huhu.. Semua orang akan melalui situasi ni.. Cuma lebih kerap berlaku kepada aku... Tapi aku akan cuba tak amek peduli.. Aku mintak maaf kepada semua yang aku dah sakitkan hati mereka....

Monday, February 23, 2009

Aim Vs Perspective

Huaaaa.... Apakah itu menguap? Tidak sama sekali.. Aku dah bangun, mandi, siap2 semua, gi kelas, sampai dah balik kelas dah pun, dah siap breakfast cereals+oats.. Takkan mengantuk lagi kot? Hampeh..~ Eh..Macam kenal je word tu... Hehe..

Jap.. Topik arini macam hebat je kan? Aim versus Perspective.. Jap.. Actually takde apa la pun yang aku nak ceritakan kat sini.. Tetiba terasa hawt plak bila kasi tajuk post yang hebat.. Okay..By the way, hari ini merupakan kiranya permulaan hidup yang baru bagi aku... Memang sungguh kehidupan yang teramat baru bagi aku selepas insiden semalam.. Apalah insiden itu ye? Ye, semalam aku saket kepala tetiba.. Pehtu aku pengsan sampai subuh.. Eh..Silap..Aku pengsan dan aku terbangun pada pukul 2 pagi sebab ada orang call (sepatutnya aku diharamkan untuk mengangkat phone call itu, tapi aku terangkat untuk 2 saat sebab aku ingatkan alarm). Then aku pun terus silent phone. Dan tidur balik sambil ignore vibration2 tersebut.

Aku mimpi yang tak best dan aku amat takut dengan mimpi itu. Mungkin kerana aku terlalu memikirkannya before aku tetiba pengsan semalam, jadi terbawa sampai ke mimpi. Okay..Aku takut. Tapi aku doakan yang baik2 je pada semua orang dan aku harap orang pun buat begitu gak pada aku. Aku bangun, mandi dan pegi ke kelas.. Aku tak masukkan solat subuh kerana itu memang kewajipan.. Kalau aku tak cakap pun, korang boleh pikir la kan?

Berbalik kepada tajuk yang hebat.. Aim VS Perspective.. Ye.. Aku agak bangga dengan tajuk yang aku lahirkan ni.. Heheh.. Sejak bila aku pandai memuji diri sendiri ni? Jawapannya, semenjak aku realise orang tak de puji aku.. So aku harus belajar menghargai diri aku sendiri.. Dan menghargai orang2 yang sayang pada aku dengan syarat aku perlu tau yang mereka sayangkan aku.. Itu salah satu aim aku ye? Seterusnya, aim aku ialah aku nak buat come back.. Chewah.. Macam nak produce album plak.. Silap.. Tapi lebih kurang macam tu la.. Selain dari itu, aku aim tak nak buat diri sendiri kecewa.. Sebab banyak umat manusia yang suka sangat buat aku kechiwa.. Jadi aku takkan mengecewakan diri sendiri lagi supaya level of frustration itu tidak meningkat... Hargai dan sayangi diri aku...

Yang di atas tu berkaitan dengan aim... Now kita cite pasal perspective.. Ramai yang mengetahui aku seorang yang sangat sarcastic dan aku sangat suka mengkritik bila perlu.. Namun aku tidak akan mengkritik seseorang dari segi physical appearance mereka atau apa2 anugerah dan ciptaan Allah.. Yang paling selalu aku kritik ialah cara pemikiran, perangai dan cara penerimaan seseorang terhadap sesuatu.. Haa.. Itu aku suka.. Sebab benda2 tu kita sebagai human being yang bentuk dan warnakan corak yang macam mana kita nak.. If corak jadi jahat, jahat la kan? If corak untuk jadi baik, InsyaAllah baik.. sebab benda ni boleh diubah2.. Bukan macam yang aku nyatakan mula2 tadi.. Setuju??

Blog aku ni aku hasilkan supaya menjadi medium untuk aku memberitahu pembaca tentang perspektif aku. Aku bebas berkarya, bebas berkata apa sahaja yang datangnya dari aku. Aku bercerita tentang kisah hidup aku, perangai aku, apa yang aku buat, apa yang aku rasa dan apa yang aku tak suka. Dari segi bahasa pulak, aku seorang yang sangat sempoi apabila bahasa yang aku gunakan amat mudah difahami dan kasar pada sesetengah orang just because aku tak se'ayu' macam kat blog gadis2 lain... Aku tak kesah tu semua.. If tak suka, just jangan baca.. Easy and as simple as ABC... Betul tak cakap aku? Tak setuju.. Takpe.. Hehehe...

Sekian sudah aku membebel pagi ini.. Yang penting.. Wait and see jelah come back yang aku nak buat.. Jangan makan hati sudeh... Aku tak nak kesah dah apa orang yang pikir pasal aku, orang nak benci aku ke, nak tinggalkan aku ke apa ke.. Whatever la k? Aku dah tak larat dah bila terlalu pikirkan pasal orang lain tapi last2 mereka tak reti nak hargai kita and buat kita macam sh*t je.. Tak payah kot.. I have a dignity to take care of.. Okay? Aku bosan kerana setiap kali aku kata tak nak pentingkan perasaan orang lain, aku akan tetap pikirkan orang lain.. Sebab aku memang macam ni.. Tapi ini boleh diubahkan? Sebab aku yang mencorakkan apa yang aku nak jadi.. InsyaAllah.. Aku takkan berubah jadi worse in such a way.. Doakan yang terbaik untuk aku dan aku juga akan buat begitu pada korang.. AMIN...

Sunday, February 22, 2009

There's nothing inside me...

You said,

Life goes on,

Let's be friends,

No more love,

No more thoughts,

Let love goes away,

Let it be...

I said,

I love you,

But it hurts me a lot,

No more chances,

I will go...

p/s: Aku merendah diri dan mengalah....

Love is stupid

Percaya atau tidak, aku katakan, love is stupid.. Aku tak rasa cinta tu itself yang bodoh cuma love ni boleh membodohkan atau membuatkan seseorang menjadi bodoh.. Bukan bodoh (jahil).. Maksud aku, membuatkan seseorang tak boleh berfikir dengan waras... All rise...~

Hurm... Memang fitrah manusia la nak menyayangi dan disayangi.. Yes, I know.. Im also a human being... Tapi bila lama-lama, seseorang yang terlalu asyik dikecewakan (seperti aku.. Ye ke???), akan berasa sangat fed up dan dengan tetibanya terasa macam tak nak sayang or suka sapa2 lagi dah..(Tipu...~ Manusia akan tetap berbalik kepada fitrah mereka).

Kisah yang aku nak ceritakan ini ialah kisah yang aku karang, chewah.. dengan sepenuh hati sehingga boleh menjadikan kisah ini satu kisah yang sangat real...Hasil karya aku ni, aku cipta semata2 nak semua lelaki yang aku kecewakan or mungkin pernah aku kecewakan or selalu giler kechiwakan aku, faham dengan keadaan aku and kenapa aku berbuat demikian... Blah...~

Alkisah... Aku letak nama watak ini 'Aku' k? All rise~

Aku ni sentiasa menghadapi situasi di mana aku sayangkan seseorang dengan teramat sangat.. Tahap cinta la ni kononnya... Tapi pada perspektif aku, seseorang tu tak tahu nak menghargai aku... Maybe aku yang tak nampak atau tak faham dengan cara dia menghargai wanita yang dia sayang.. Jangan salah faham ye.. Seseorang itu amat mencintai aku... Terlalu mencintai aku... Aku juge begitu...

Seseorang yang aku berikan nama 'Dia', merupakan seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap semua orang, semua perkara.. Everything depends on him.. So maybe disebabkan itu, aku merasakan dirinya tak dihargai dan mula mengira positionnya di hati si dia ni.. Lantas, lama kelamaan aku bersabar, aku pun memberitahu perasaan tak puas hatinya kepada dia walaupun itu merupakan idea yang sangat bengak kerana aku tau aku akan kehilangan dia...

Pas aku bagitau kat dia, dia macam sangat tak suka dengan tindakan aku yang terlalu berterus terang dan tak dapat terima benda yang aku luahkan pada dia.. Lalu, dia membuat keputusan sendiri untuk menjauhkan diri daripada aku... Aku sedih dan amat kecewa.. Kerana aku tak tahu sepatutnya sekarang ini sapa yang patut lari daripada siapa... Dan dia buat lagi aku macam ni... Tinggalkan aku tanpa sebab... Lagi.. Lagi dan Lagi.... Aku tak tahu nak kasi peluang lagi ke tak kat dia sebab dia pernah cakap kalau peluang tu tertutup, dia akan menyesal sangat2.. Aku tahu hal itu dan still nak bagi peluang walaupun hati aku dah banyak kali terluka...

Dia tak faham.. Bila aku berterus terang macam tu, maknanya aku nak dia faham dan nak berbincang tentang masalah ini... Bila aku kata ' Tinggalkan aku', maknanya aku ada good reason kenapa aku buat macam tu... Maybe aku nak yang terbaik untuk dia.. Tapi masalahnya.. Aku tak cakap pun yang aku nak dia tinggalkan aku... Kan?? Tapi dia tetap tinggalkan aku... and... Aku kechiwa lagi... lagi... dan lagi... Kerana cinta, aku tetap tunggu dan sayang dia sampai bila2....

~THE END~

p/s: Aku sayang dia sangat2... Kesimpulannya, dalam kisah ni telah membuktikan cinta telah membuatkan seseorang itu menjadi bodoh apabila aku dan dia tak boleh nak berbincang langsung dan dia decide untuk tinggalkan everything behind... Sedangkan masalah masih tetap macam ni.. Dia akan ulang balik silap2 dia dulu pada aku dan aku tetap macam ni la... Pikir yang bukan2, salah faham yang dia memang tak sayang kan aku dan tak perlukan aku dalam hidup dia.... Dan tolong dia... Jangan buat aku macam ni lagi....