Wednesday, February 4, 2009

My Emerald....~~

Hehehe.. Mana aku? Rasa cam obvious je... Depan kelas 5 Emerald 2007

Tingkatan 5 Emerald 2007... Ni ambik untuk masuk dalam magazine kolej tapi ni gambar tak formal.. Yang masuk dalam magazine kolej tu gambar yang lain.. Gambar formal...

p/s: Gambar ini telah dicuri daripada facebook Dot.. hehehe...
Muka majuk ke muka tension ke muka ngade rasa manja?? Tanya kepada yang pakar.. haha! sapa pernah tengok aku buat muka macam ni secara live, korang tau la apa maksud aku if muka aku macam ni...

Tengok... Awal2 aku dah prepare pakai baju mengandung.. Haha.. Lain + Salah! Ni t-shirt untuk orang mengandung.. Okay sama.. Haha.. Ni aku beli khas untuk pakai pada hari birthday Mama aku, bukan mama korang, tahun lepas...So kalau orang tanya kepada pakai baju 'MOM', jawapan aku, "I'm a future MOM!!" Hik3!

Lampu cave ni.. Auwieyh beli.. Dia tak mau pakai kat kepala tapi aku paksa.. Muka dia pun hepi je dapat pakai lampu ni atas kepala..

Aku pakai binatang ni sewaktu berjalan, mendaki bukit la sgt semalam, untuk pegi dan balik dari tuisyen.. Hahah.. Aku siap pancar lampu tu kat muka aku pulak tu.. Tak boleh blah.. Kasi pencahayaan yang baik bila amek gambar.. Muka aku mesti kena nampak.. Tudung terpaksa lipat depan ala2 pengetua.. LOL!

p/s: Malam ni rehersal nasyid.. Aku tatot sangat2.. Kerana aku stage fright.. Sementara aku tulis ni dan memikirkannya pun, perut aku dah sakit ala2 ada kunang2 dalam perut ni.. Takutnya.. Doakan kami k? Tak menang tak kisah, yang penting if kalah pun dengan penuh kebanggaan sebab dah buat yang terbaik.. We are the only rose among all the thorns.. Aduh...~~
p/s/s: Aku buat survey time kat kelas tadi.. Jawapan survey ialah: Aku memang jadi jahat mulut, suka tease orang bila aku tension.. Tu apa yang orang nampak.. Tapi apa yang aku rasa, aku akan tease orang bila aku rasa sangat hepi.. Tapi sorrylah, aku memang kasar banyak.. Tak ayu... Sorry...~~

Monday, February 2, 2009

Yakinkan diri kamu

Fuuuhh... Aku baru pas habis practice nasyid dengan girls.. Baru tadi jumpa semua ahli kumpulan.. 3 hours practice non-stop, termasuk gelak2, main2, msn2, semua.. Hehe.. Aku professional okay? Tipu~~

Basically tadi baru practice pulun kasi habis2 untuk lagu yang aku rasakan paling kritikal dan susah nak dibawakan.."Bicara Kata".. Sebab key yang terlalu rendah.. Jadi kami bersama2 tinggikan key dia skit.. Tapi tadi try nyanyi without minus one.. Aku bimbang bila ada minus one, key akan lari lagi.. Nauzubillah.. Doa2lah semua nya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah..

Now aku rasa lebih yakin nak nyanyi.. Suara pun dah pecah2, now if suruh aku nyanyi, key tinggi mana pun aku sampai dengan volume yang lantang...(Perasan~~) Jadi aku rasa aku kena nyanyi3 sebelum pertandingan tu.. Kasi dahsyat banyak suara.. Thanks to all my beloved girls yang mempunyai vokal yang amat mantap sekali.. Cuma kena kasi sharp skit.. Baek Punyer~~

Thanks, guys... Really appreciate it.. So much... Sayang kamoooo~~

p/s: Honestly, aku masih tak tahu apa nama group kitaorang yang budak2 India bound ni kasi aritu.. Aduh.. Kena tanya diaorang balik.. Rasanya yang lain pun tak tahu.. Sebab nama kumpulan ni dipilih oleh budak2 yang ngade nak bagi nama kumpulan tapi xmau nyanyi.. Hmm.. Harus pastikan terlebih dahulu...

1st Day of Final Sem 2

Hari ke-2 di dalam bulan Februari, hari pertama aku berkolej kembali.. Bosan.. Tak tahu nak kata apa.. Cuma aku cam terkena culture shock pulak tetiba.. Terlambat pulak kejutan budaya ni terkena kat aku.. Sebab aku pakai culture-block cream.. Err.. Xde kaitan..

Tapi serius la, aku kaget sungguh sebab aku sampai KL lewat malam semalam.. Hampir pukul 1 pagi, disebabkan A-Asia mengamalkan polisi bangang amek flight banyak2 sekali dalam satu masa.. Jadi masalah delay pada flight aku takde, tapi delay bila time nak amek check-in luggage plak.. Aku tunggu punya tunggu sampai nak dekat sejam, sekali syukur Alhamdulillah aku ternampak beg aku sebijik dok ngek2 atas trail yang bergerak tu (xtau apa nama binatang bergerak itu) kat kawasan flight for KK??.. Ehmm... Panas sungguh~~

Pakteh aku dah lama sampai.. Cyan plak aku kat beliau.. Dahlah beliau jenis ngantuk yang tak tertahan.. Mula2 aku ingatkan nak pulang ke kolej semula, sekali pakteh dah tak larat. Jadi beliau suruh pegi rumah baru beliau dulu. Fuuhhh!! Bagaikan hotel.. Tak tahu nak kata apa.. Tapi kejap sangat aku stay dah kena check out awal2 pagi. Aku balik kolej kol 7.45 pagi sampai. Kelas kol 9. Berkemas2, sapu bilik semua.. Settle..~ (Kepada Z: Aku pergi tau kelas IELTS tu.. Tak ponteng! Bukan captain rugby,conductor band,head boy je tak ponteng taw..Hehe)

Sekali jalan2 nak gi beli lunch tadi ternampak sesuatu yang menarik tapi aku tak minat. Tarikh pertandingan nasyid tu dilewatkan SATU hari dari asal. So kami akan bertanding hari Khamis ni. Ehmm.. Malam ni aku nak gather all nasyid's members.. Sebabnya aku masih tak jumpa mereka semua lagi.. Tensionnnnnn~~ AS, A2, AS, A2 exams... Streessssss.... Aku culture shock sebab tetiba aku balik sini, macam2 aku kena buat.. Kalau kat rumah, aku happy je.. Jaga diri and parents je... Lain aku tak pikir... Bestttttt!!

p/s: Aku nak tiru a-asia.. Aku nak ada polisi gak.. Polisi 'YES MAN!!!'. Sapa dah pernah tengok filem Jim Carrie ni, korang faham lah apa aku maksudkan...
p/s/s: Looking forward to watch 'The Bride Wars', ' Pink Panther 2', 'Role Model'... Lalala... Tak tau bila dapat tonton.. Nantilah..Tunggu orang ajak aku...~~

Sunday, February 1, 2009

1st Of Feb


p/s: Hidup aku kat Kolej selama lebih kurang 4 bulan tanpa sebarang cuti selain daripada cuti weekends sahaja bakal bermula.. Huhu.. Aku tak mau balik ke kolej semula kalau boleh tapi tak boleh.. Jadi bertahanlah, Nadia.. Tak lama lagi.. Sampai hujung tahun ni je.. Pas hujung tahun ni, kau boleh duduk kat rumah selama 8 bulan... Tak sabar nak tunggu.. Tapi sebelum tu.. Bersabarlah dahulu, sayang... Bosan...~~ :" (