Friday, November 28, 2008

Dari Wanita untuk Wanita~

Alkisahnya begini....
Semalam adalah hari yang paling membuatkan aku terasa sangat sedih dan kecewa namun aku masih boleh bergelak ketawa kerana aku memang boleh menjadi 'talam yang bermuka-muka'.

Kisah dan sebab aku sedih dan kecewa:

Malam sebelum last paper aku tu aku tiba2 kena 'angin' satu badan. Bukan mengamuk atau marah ye tetapi memang badan aku tibe2 masuk angin dengan dahsyat. Bila aku kena angin, aku tahu aku akan menjadi sangat tak sehat seperti sakit kepala yang teramat, perut rasa angin walaupun dah makan sebenarnya. Bila perut aku angin, aku akan rasa sangat nak termuntah tapi tak kuar apapun. Stress aku. Bila dah jadi mcm tu, aku takleh la nak fokus belajar kan? Seminggu ni aku tidur pukul 4 pagi dan bangun pukul 7 lebih pagi. Walaupun aku sakit, aku tetap tak tidur awl sebabnya otak aku dok pikir "asal kau tdo, kau tak belajar, last paper weyh. Dahla paper lain pun cam taik je kau buat". So aku pun bangun balik walaupun aku memang rasa sangat sakit sungguh. Sampai pucat2. Untuk malam itu saje, aku dah telan 4 biji panadol.

Esoknya aku nak pegi test, aku bangun awal n aku belajar lagi pas dah siap2 semua la. Aku ingatkan aku dah ok. Namun aku mcm rasa pening2 jugak la. Aku minum milo n makan panadol lagi. Aku pun pegi la test. Tengah2 test paper 1 Chemistry tu, sakit kepala aku datang balik. Aku jadi sungguh blur. Aku terus terpikir, "mati la aku pasni". Then bila masuk paper 2, kepala aku rasa bisa sangat3 n terasa sangat2 nak muntah berbanding malam sebelum tu. Sakit aku jadi makin teruk. Habis almost semua soalan aku tinggal kosong. Aku takleh pikir langsung. BLUR~ Walaupun semua tu aku dah baca.

Habis je paper, aku kuar dewan terus balik apartment. Aku nangis terus sbb satu aku frust sgt2 dgn paper tu dan 2nd aku sakit sangat. Aku muntah 3 kali. Pehtu aku makan panadol n aku nak cuba rehat. Nak tido. Aku sakit kepala sangat2. Aku baring sebabnya petang tu aku dah janji dengan geng2 toyol aku nak kuar gi Mid Valley. Tapi aku pikir kalau aku tak larat sangat, aku nak cancelkan aje. Bangun2 aku ok skit. So aku pun pegi la....~

Dalam bas kolej nak gi stesen KTM

Sebab2 kenapa aku leh gelak:


Pas aku bangun dari tido tu, aku rasa yang aku okay skit. So aku pun pergi la ke Mid. Naik ktm la jawabnya kan? Naik bas kolej gi stesen ktm. Sampai ke Mid, kami pun pegi la tengok wayang citer Selamat Pagi Cinta pukul 5 petang. Geng2 aku pegi la solat Asar sebab takut rushing kan? So aku dgn Pa-Jane gi la tolong mereka beli popcorn and cuci mata la. Apa kes?? Hensem seyh~

Model kereta mewah. Aku dan Auw la model tersebut

Aku tak berkenan nak tengok citer tu. Komen aku: Aku x recommend la tengok. Aku rasa bahawa citer tu xbest sebenarnya. Typical love story masa kini. Tiru filem 'Sepi'. Namun aku yang paling teruk nangis selain daripada Baydah la kan? Namun mata aku yang paling bengkak n merah giler smpi hidung tersumbat semua sebab nangis and at the same time aku gelak, airmata aku ngalir2. Aku nangis kerana aku memang tak boleh tengok citer2 yang suami mati, boy mati. Xtahan aku. Huhu.


Muka pas kuar wayang. Mata aku bengkak n merah~


Pas tengok tu, Jixs terpaksa balik awal. Tapi dalam wayang tu,dia dah melantak MCD dulu. Kitaorg lapar sebab tak makan lunch lagi hari tu. Pagi pun minum milo je. So kami hantar Jixs ke stesen ktm Mid. Then kami pun pegi solat Maghrib. Pas solat, kami pegi mamam kat Carl's Jr. Hihi. Baydah la tu yang nak sangat. Aku okay je. So kami mamam la burger Famous Star walaupun kami sebenarnya order burger Super Star. Namun mamat itu..(bak kata Auwieyh terlalu terpegun tgk muka aku..sampai silap dgr..Yolah tu~). Sedih.. Hahah! Kami ambik gambar sebabnya semua mereka ni 1st time nak try Carl's Jr. Aku je yang penah mamam kat ctu b4 this.




Kami sampai kat kolej kol 10 lebih malam. Ingatkan nak naik teksi dari ktm gi kolej. Tapi syukur ada hero yang sanggup tolong kitaorg. Heheh~ Thank u, San...(iaitu laki Baydah) Dia ambik kitaorg (nak ambik Baydah je tapi kitaorg ngade nak ikut).. So takde la takut sangat. Selamat duit aku. Heheh.. Btw, aku memang kiranya happy dalam sedih la sebenarnya. Huhu.. Xpelah, benda dah lepas biarkan lepas.. Yang penting, skarang ni je.. Aku sayang Allah, family aku, kwn2 aku, sayang diri aku sendiri...

Dalam KTM nak balik Nilai


p/s: Tudung aku yg lam gmbr kat LCCT tu sama ngan masa aku gi Mid ni tapi sumpah, baju aku lain n tudung aku tu aku dah cuci b4 pakai tadi. Hehe.
p/s/s: Walaupun aku tak sehat, aku nak pegi jugak sebab aku nak ambik gmbr2 n nak letak kat blog and aku cuba bagi the best shot utk tatapan korang.
p/s/s/s: Korang perasan x bila aku ambik gmbr ramai2 muka Auwieyh mesti xmasuk penuh. Dia pun perasan yang phone aku tak cintakan dia. So aku ambik gmbr kami berdua untuk cover balik silap aku tuh. Maaf Auw~ Hehe

Salam Dari LCCT

Hai all. Aku sungguh gembira sekarang kerana aku baru find out yang kat LCCT ni ada internet free rupanya. So aku sangat gembira. Selama ni aku tau tapi aku tak pernah try namun setelah aku melihat ada mamat cina dekat aku ni dia pasang laptop, so aku jadi yakin bahawa memang boleh guna rupanya..Aku terharu. Selama ni yang aku dok tggu flight delay semua tu aku dok bodo tak tau nak buat apa. Dah la laju kan wifi kat cni..(berbanding dengan wifi LAJU kolej aku) Heh!

Btw, aku sekarang ni nak balik Kuching. Flight aku pukul 5 petang karang. Kalau tak delay la kan?? Bodoh~ Aku cuti final sem 1 bermula dari hari ni sehingga 14hb Dis. Hehe.. Aku suka~ Namun di sebalik sukanya aku itu, aku sebenarnya tak enjoy pun balik kali ni sebabnya aku pikir mcm2..seperti..result exam aku kali ni CONFIRM teruk giler..dan mungkin fail..nauzubillahiminzaliq! Aku doa2lah xfail. Huhu.


p/s: Aku akan ber'blog' dari rumah nanti. Tu pun kalau ada story yang aku rasakan tak bodoh la. Sebabnya rumah aku dah ada internet now. Heh!

Wednesday, November 26, 2008

My Words for Myself~



Saya, Nadia K, berjanji kepada diri sendiri akan cuba untuk melaksanakan perkara2 yang dinyatakan di bawah:

1) Tidak akan publish post yang dirasakan bodoh

2) Akan cuba untuk mengindahkan blog sendiri untuk kegembiraan diri sendiri..Bukan untuk tatapan orang lain

3) Akan upload hanya gambar2 yang dirasakan lawa dan sopan untuk dilihat umum..(walaupun aku sendiri je yang tengok)

4) Akan cuba untuk menjadi seorang yang lebih strong dalam menghadapi segala cabaran

5) Akan melepaskan mereka pergi dari hidup saya jika itu akan membuatkan mereka lebih bahagia

6) Akan buat apa sahaja yang saya suka dan saya rasakan betul

7) Tidak akan mengambil tahu hal2 orang itu dan juga hal2 orang lain

8) Cinta pada diri sendiri...selepas Allah s.w.t., my parents, my Tok, all my siblings, my family, my best friends and semua yang mencintai diri ini.

9) Akan jaga diri baik2 sebaik mana my parents jaga saya selama ini...

10) Akan berubah menjadi a much better person to everybody who deserved it...

Jika saya tidak melaksanakan ataupun tidak langsung mencuba untuk melaksanakan perkara2 di atas, sila jangan view blog saya lagi selepas ini. Sekian...


Love,
~Nadia K~

Monday, November 24, 2008

Hypertension...~ Not yet

Symptoms of disease:

1) Eyebags telah kelihatan...(bukan mula lagi)
2) Kepala otak sudah pusing...namun bukan dengan cara moment of force ataupun torque of couple~
3) Rojak buah, ABC di dalam otak apabila semua pelajaran dalam setiap subjek mula mix around and move in random motion seperti gas and liquid dalam satu masa...~ Brownian Motion
4) Pengambilan paracetamol, pirithon dan expectorant mula berlaku
5) Kerap yawning untuk mengambil oxygen gas agar kepala otak boleh berfungsi..aku perlu respire untuk terus hidup
6) Mengalami kemurungan..(namun bukan meroyan..~ Nauzubillah)
7) Wajah sungguh stress namun tak sampai ke tahap ultimate tensile stress..jika betul
8) Sangat mengantuk walaupun tanpa pengambilan drugs
9) Perlukah aku tidur sekarang? Aku terasa amat penat sekali... Aku dah tidur sejam b4 tulis blog ni.. Namun skarang aku rasa sangat mengantuk...~ Xde kaitan
10) Berubah menjadi seorang yang sangat pendiam and passive... Soooo not a usual me~ But it's true....

p/s: Aku berasa sangat penat... Kenapa kah?? Sangat penat... Aku rasa sungguh penat.......~

Saturday, November 22, 2008

Simptom2 Exam..

1) Tension semacam..namun masih tak buat apa2 tindakan
2) Suka merapu & merapek sorang2 kerana tak suka berada dalam kelompok manusia yang ramai...~ bising
3) Gemar ketawa namun tidak juge berlaku pada waktu ini kerana takut ilmu terkeluar
4) Tanda2 awal eyebags mula kelihatan
5) Batuk tak kebah2 juga..dah 2 minggu...~xde kaitan
6) Gemar mengantuk kerana tidak cukup tidur
7) Bangun pagi dan mandi awal mcm ada kelas walaupun tiada sebenarnya ketika revision week
8) Paksa diri untuk tak banyak tidur.. berjaya kah? Iye...kerana aku bukan kaki tido
9) Paksa diri untuk fokus walaupun attention span sangat tipis..(0.99% sahaja jika ada gangguan bunyi2 suara yang membingitkan)
10) Merasai perasaan yang tidak best seperti sunyi, kehilangan dan bosan~

p/s: Aku tak sabar2 nak balik rumah family aku...

p/s/s: Aku heran dengan kehilangan kawan aku.. Ntah mana dia hilang pas dia text aku, aku tak reply.. Kat YM pun xde.. Heran aku.. Dah lama aku mencari beliau... Aku amat menyayangi beliau.. Jika beliau baca, cari la aku balik ye? Jangan hilang macam ni.. Aku bimbang~ Z