Sunday, February 15, 2009

Sedih

Bekalan air kat kolej aku takde lagi dari semalam.. Hari ini diaorang cakap patut ada by 4 pm tapi malangnya belum ada rezeki kami.. Masih belum ada sampai sekarang.. And kalau korang nak tau, aku tak makan apa pun today disebabkan takde air.. Aku dah kena gastrik sekarang.. Masih berdoa semoga bekalan air cepat2 ada balik.. Tension aku.. Tak mandi langsung today.. Nak gi toilet tu takleh selalu sebab air simpanan tak banyak and nak simpan utk amek wuduk.. Sedih.. Life aku amat miserable today...~~

p/s: Masih terus berdoa dan mengharap...

Being double tagged..

1. Pick up nearest book

2. Open to page 123

3. Find the 5th sentence

4. Post the next 3 sentences

5. Tag 5 people, and acknowledge who tagged you.

Erm...nearest book eyh? Bosan la.. Takkan buku Chem, aku nak baca pun sendiri tak lalu.. Jap eyh.. Tapi memandangkan aku memang tengah buat homework Chem, jadi aku harus jujur.

Cambridge A and AS Level Chemistry - done by a lot of authors.. Malas aku

When ethanol is warmed with ethanoic acid in the presence of a few drops of concentrated sulphuric acid, ethyl ethanoate is formed. The sulphuric acid catalyses this reaction...

-bla3- Citer pasal Equilibria.. Bosan..~~ Baca sendiri la nanti k?

Aku telah ditagged oleh dua sahabat karib, Doodler dan Hadesquxe.. Walaupun mereka sering bergaduh, namun mereka baik towards each other... :) Aku nak tagged.. Erm.. Tak nak tagged sapa2 boleh x? Hah? Boleh? Okay!! Yeaaaaaa!!

Saturday, February 14, 2009

CNY Celebration Vs Red?

Baydah, Suraya dan Nadia K..(iaitu aku la..)

Joanna.. Hasil karya aku dengan Suraya.. Err.. Actually real-life lagi lawa dari dalam gambar.. (Okay, aku ngaku aku bukan make up expert seperti yang diwar2 kan budak2 KTT ni)

Mr. Zaini.. Physics lecturer dan juge kira macam PK HEM la if kat sekolah kan.. Beliau diminta nyanyi malam tadi.. Beliau nyanyi lagu 'Season in the Sun' (San cakap San Muqaddim..hehehe..).. Peminat2 wanita menjadi gila seketika termasuklah aku ketika beliau mendendangkan lagu ini.. Sekali lagi aku mintak maaf.. Aku tak ayu and sangat open minded (sporting habis)..


Gabungan muzik rock modern dan tradisional Cina.. Muzik bagus cuma vokalis tak berapa best.. Pemain gitar yang kat belakang tu jadi penyanyi latar lagi sedap dari vokalis.. Maybe microphone problem agaknya.. By the way, nice performance walaupun aku tak faham apa pun lirik yang dia nyanyikan..

Lepak kat Kafe Makcik Sal pas kitaorg escape from function tu kerana nak tonton cite ' Shall we dance' kat TV3.. San muka terpotong.. Dahla muka kecik.. Maaf San... Nadia memang sengaja potong muka San.. Heehehhe.. Jeles la tuuu~~

Daniel Chong and San Muqaddim.. Tetiba Baydah kata muka boyfriend dia ni serupa plak dengan si Daniel ni.. Aduh.. Aku pun amek jelah gambar mereka.. (Kepada Baydah: Aku mintak maaf kerana aku tetiba terasa San kau..eh silap.. San aku tu sangat hensem tadi.. Jadi aku hampir terpikat kepadanya.. Fadan mukerr kamuuu... Nak sangat amek boy aku kan? Aku amek boy kau balik.. Hehhehe)

San, Baydah and Nadia lagi.. Sweet couple.. Tak termasuk aku yang menyebok.. Tema pakaian malam ni ialah.. Merah dan Hitam.. Ye, aku amat menepati tema.. Semua mereka berkata demikian... Aku sentiasa berpakaian yang tak lari dari tema and suka nak nampak hawt.. Blah la aku! Hehehhe...

Friday, February 13, 2009

Bukak hamper nasyid

Ada rupa tauke pub yang jahat tak? Hehe.. sambil menghisap biskut ke roti belanda ntah nama benda ni.... Nak smoking, ramai yang tak kasi.. Bosan~~

Apa yang aku nak tunjukkan kat sini ialah... Wafer Sticks ni ber'brand'kan Mastura.. Haha.. Lawak.. Kami dok main nama benda ni.. Jap2 cakap, 'Woi, nak mastura!', 'Eh, pas mastura tu kat saya', 'Korang, mastura mana weyh? Aku nak satu..' Hahaha

Coklat2 atas meja tu hadiah Miss Shira tu us... Diaorang dok mengorek hamper tu.. Hahaha.. Funny.. Sorry, mereka takde dalam gambar sebab semua tetiba jadi free hair.. So tak leh tayang la.. Malam tadi kol 10.45 kitaorang start mengorek hamper.. Makan2, gelak2 semua.. Pukul 12 aku blah la untuk mekapkan Joanna, housemates Suraya sebab dia nak jadi MC hari ni untuk CNY celebration.. So petang karang, aku akan tetiba berubah jadi make up artist la.. A new challenge for me.. Takpe.. Later, hasilnya aku akan upload kat sini..k??

Thursday, February 12, 2009

Poning kepalo den ni haa...

Baydah, kau nak mintak sign sapa ni haaa? Aduh... Main2 plak kau ye? Mentang2 experiment habis setengah jam awal dari yang sepatutnya.. Hehe.. Tapi aku ngan Jixs siap dulu weyh..~~ (Gambar tiada, telah di'delete' akibat censored) Aku menang dalam blog aku.. Kat luar, aku kasi kau chance.. Cebab nanti kalau kau kalah, kau nanges plak.. Takde sape nak pujuk!! San jauhhhhh...~~ Heheh.. Muka jahat. Sebab hari ini Baydah asyik nak menang aje.. Dia cakap apa pun, aku anggukkan je lah.. Pehtu dia happy sebab aku asyik kasi chance dia menang and aku tak melawan pun.. Sungguh pemalas.. Aku kurang darah, jadi tak begitu jahat...


Idea aku untuk camouflage kat dinding xmenjadi bila kitaorang nampak macam makcik2 lab yang tunggu nak test darah2 yang korang (budak2 KTT) dermakan semalam.. Hehe.. Tapi makcik2 lab kali ni lebih muda dan HOT..or it shud be hawt sebab kitaorang xleh puji sesama sendiri dengan perkataan yang jujur dan ikhlas.. Kalau puji pun, sekadar nak menyindir.. Jahat sungguh..


p/s: Kepala aku sangat pening sebab tadi experiment chem aku main dengan banyak2 chemicals.. So satu reaction ni tengah mengeluarkan pungent smell yang sangat menyakitkan kepala hotak aku.. Err... Ye, aku tak tipu... Hehe.. Okay semua.. Aku harus rushing untuk ke kelas agama.. Untuk bertemu dengan kekasih hati, Ustaz Anwar.. Hehehe... Aku suka ustaz ni chomel.. Doa2la ustaz tak bukak blog aku ni.. and kepada dak KTT yang baca blog ni.. Keep this as our lil' secret tau...

p/s/s: Gambar curi.. Baydah kena upah dengan aku tanpa sebarang bayaran untuk ambikkan gambar ini.. Aku suka la macam ni...hahaha!