Saturday, January 31, 2009

Ratatouille!!


Remy and his brother, Emile... Hehe.. Emile ni tak cukup gomok laaa...

Remy tries to be.. Spiderman, spiderman.. (Nyanyi style lagu tema spiderman cartoon) Lalala... Emile tengok je dari jauh...

Alkisah:

Malam semalam pas solat maghrib, aku tetiba rasa nak gi tengok tibi.. So aku gi la turun bawah dengan Bonnie.. Papa mandi, Mama online kat atas.. Sekarang musim hujan kat Kuching jadi ketika ini la kaum tikus mudah membiak dan beranak pinak.. Hmm.. Aku pun dok kat khusyuk tengok tv ni tetiba terasa cam nak toleh kanan, toleh kat arah stor rumah la.. Sekali aku nampak jadi bontot tikus masuk pintu stor.. Errr... Tunggu papa keluar mandi, aku kasi tau papa.. Okay.. Papa gi naik solat..

Aku tengok tv tak khusyuk dah coz dok perhati pintu stor takut2 emile keluar dari stor.. Lagi susah nak tangkap.. Sekali.... Aku nampak betul2 ada lagi plak tikus berlari dari arah2 pintu depan rumah aku yang bertutup pergi menuju ke stor tu jugak.. Aik... Ni mesti Remy... Aku pun terus diam je, felok Bonnie kuat2.. Sampai pening kepala aku disebabkan adik beradik nih.. Adoi.. Pehtu kami makan dinner.. Papa pasang perangkap letak kepala udang bersalut kuah char kueh tiaw jadi umpan, letak dalam stor.. Then kitaorg naik atas.. Mama cakap if diaorang bermain bersama2 dan berjanji nak masuk sekali, senang sikit la.. Dapat cekup dua2 sekali...

Tak sampai sejam kami naik atas, lampu gelap semua, papa turun balik nak tengok tv.. Sekali..

Papa: Nadia, dah dapat dah!!
Aku: Hah?? Dua2 ke?? Tipu...~~
Papa: Betul la, mari la sini tengok diaorang dok bermain2 kat dalam sangkar ni.. Comel!
Aku: Kecik ke besar? Kecik kan? Sebab nadia tengok bontot dia tadi kecik je..
Papa: Haah, kecik je.. Anak2 je ni...
Mama: Owh, syukur Alhamdulillah.. Masin mulut mama...

Aku pown turun bawah la.. Dok kat tangga tu tengok Remy dan abang dia main2.. Sambil tu, aku jerit2 gak sebab geli tapi still tengok.. Haha.. Bawah pintu depan rumah aku tu lubang agak besar, tikus ni kan sangat kecik so diaorg masuk ikut bawah pintu.. Eee.. Geli aku... Sekarang mereka ada kat luar rumah.. Kucing dari tadi dok usyar nak mamam xleh sebab tikus tu dalam sangkar.. Sampai kakcik aku from UK pun nak tengok mereka ni, terpaksa aku bawak turun lappy aku, kasi tengok thru skype..

Friday, January 30, 2009

Perasaan apakah ini...

Hm... Hurm... Ehm... Aku tak tahu perasaan apakah yang aku rasa sekarang ni.. Aku sentiasa berfikir dan berfikir tapi yang bestnya, aku sentiasa fikirkan keadaan sekeliling aku, kenapa begitu, begini, dan sebagainya.. Hmmm... Asal aku macam ni a? Xfaham...

Alkisah aku:

Aku ni dari kecik2 sampai la sekarang, aku memang tak banyak kawan perempuan.. Tak tahu kenapa.. Memang tak leh nak ngam la.. If ada pun, sikit je tapi rapat la.. Pun begitu, aku dari dulu jugak kebanyakan kawan aku semua laki.. Sampai best friend aku pun, laki.. Aku tak tahu kenapa tapi girls memang tak suka kat aku.. Nak tau kenapa tanya diaorang la.. Tapi aku tak rasa orang boleh terima hakikat tu.. Kadang2 bila aku pikirkan balik la, macam mana if aku dah ada special boyfriend or hubby nanti.. Diaorang pun aku tak rasa dapat terima.. Sebab aku memang suka keluar dengan kawan2 aku cuma masalahnya aku keluar berdua so orang akan salah anggap, ingat couple sebab kitaorg different gender.. Bukak skop pemikiran luas sikit boleh??

Aku juga merupakan orang yang sangat ganas, as in kasar. Aku memang tak lemah lembut la. Tengok muka aku orang takkan bajet perangai aku macam ni kan? Kan?? Tau... Hehe... Tapi aku selesa macam ni.. Lagipun terpengaruh jugak sebab aku kawan dengan laki, takkan nak lembik2.. Kena buli la macam tu.. Now aku kira style dah macam girls, bawak handbag sebab aku kawan2 dengan girls yang ayu tapi gila2.. Leh masuk la.. Walaupun aku dari dulu sangat suka mekap (tu jelah pun yang buat orang tau aku pompuan), tapi handbag memang aku tak nak bawak. Sampai aku heran, asal kaum wanita nak kena bawak handbag?? Bubuh barang dalam poket seluar sudah kan? Tapi now, aku bawak gak.. Sebab aku bawak telekung if gi jalan2.. (Aku tak suka berebut telekung kat surau, penat). Tu pun sebab telekung tak muat letak dalam poket.

p/s: Aku takleh pikir la sebab aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni.. Marah ke, kechiwa ka, happy sudah tentu la sebab aku kat rumah.. Tapi perasaan yang lain tu aku tak tahu.. Huhuhuhu... Later la aku sambung balik bila ada topik yang besh.. Take care, guys!

Thursday, January 29, 2009

Tut...Tutt...Teeeet!!!

Ehm... Kini aku berada dalam keadaan yang sangat kritikal di mana, aku dicari oleh Ah Long wanita.. Okay, aku takut.. Beberapa minggu yang lepas, time aku tengah tidur siang2 buta kat kolej, ada orang call kat 2nd phone aku.. Nombor yang tak dikenali.. Tapi aku angkat gak la.. Aku heran sebab 2nd phone number aku ni memang boleh dikira la siapa je yang tahu kewujudannya.. Hmmm...

Aku angkat je, keluar suara wanita.. Islam.. Sebab dia bagi salam.. Suara macam dewasa.. So aku yang mamai xmamai ni pun dengan chumelnya jawab.. Sekali, dia carik Suzana?? Hmm.. Aku tengok balik screen phone aku.. Nombor yang aku tak kenal.. Terus aku cakap, "Sorry, wrong number la..."

Semalam... Aku terima SMS daripada nombor yang aku tak kenal.. Hmm.. Mesej kepada Suzana lagi.. Kakak tu mintak hutang dari dia.. Err... Kenapakah? So aku pun reply mesej kakak tu, sebab if aku tak reply, lagi la kakak tu tak sedar2 yang dia tu salah nombor. Aku kata " Sorry kak, salah nombor lagi la..". Then dia jawab, " Awak ni sapa bukan Suzana".. Aku kata, " Saya bukan Suzana, saya orang yang akak salah call hari tu" Terus mesej terhenti di situ.. Aku harap kakak tu faham la yang dia salah nombor sebenarnya ataupun minah tu memang pegi berhutang dengan orang, then kasi nombor telefon randomly, terkena kat nombor aku pulak.. Pehtu cabut lari..Adoi.. Aku tak mo la buang sim card ni sebab ni no.Upax.. Wooo... Limited edition takkan aku nak baling buang sebab keje minah tu... Tak mungkin~~ Jika keadaan mengancam, terpaksa la...

p/s: Sebelum ni pun ada yang mesej aku salah nombor jugak... Tapi bukan kakak tu.. Orang lain.. Cite nak kasi pinjam loan jugak.. Adoi... Aku reply "wrong number" jugak.. Tak larat... Doa2 la semua ini berakhir dengan segera.. Malas aku kena kejar dengan Ah Long wanita ni... Hmmm...

Wednesday, January 28, 2009

We're In China.. Part 2

Nasi Ayam Penyet.. First time aku makan nasi ni.. Mama kata ni makanan orang Jawa.. Hmm.. Ya kah? Yelah agaknya kan.. Ayamnye sodap sebab besar.. Nyum2.. Price if convert duit MY, dalam MY7 la... Kat China pun ada nasi ayam penyet.. Mana nak jumpa?? heheh... Blah.. Dengan rasminya aku telah menjadi orang jawa sejati.. TIDAKKKK!! Mixed skit2 sudah...


Juga ada Sushi King kat sana.. Aku telan semua sorang diri.. Aku bukan peminat sushi.. Tapi alang2 dah gi China, jumpa plak makanan jepun, telan jelah... Harga MY16.20.. Aku mamam eel slice?? Eee... Ebikko? Nyum3!! California Roll juga enak sekali...(^_^)

Ni bergambar selepas baru pulang dari rumah best friend mama yang berbangsa Cina.. Mereka juga turut meraikan Tahun Baru Cina...(Obviously....~~) Merah itu ONG!! Jangan ngong2 sudeh....

p/s: Aku dah lama tak menulis post yang berkaitan dengan perasaan, cam kira true confession aku seperti yang aku nyatakan pada title blog aku tu.. Later la.. Sebab hari ini dah tulis 2 posts.. Sudeh2 la tu gila kuasa.... :P Suka hati aku la, blog aku, ko dengki asal?? Ada masalah? Alamak.. Hilang ayu aku.. Maaf ye kepada para pembaca semua...(Kembali ayu.. Menghadapi masalah personality disorder)

If I were a boy...

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he's taking you for granted
And everything you had

It's a little too late for you to come back
Say it's just a mistake
Think I'd forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong got destroyed

But you're just a boy
You don't understand
And you don't understand, oh
How it feels to love a girl
Someday you wish you were a better man

You don't listen to her
You don't care how it hurts
Until you lose the one you wanted
'Cause you're taking her for granted
And everything you had got destroyed
But you're just a boy

p/s: Lagu ini dinyanyikan oleh Beyonce.. Aku nak kongsikan lirik lagu ini bersama2 dengan kaum lelaki yang masih merasakan perempuan ni susah untuk difahami.. So aku petik part yang mana2 aku suka je.. Hehehehe.... Muka aku mesti sebok punya ada dalam setiap post.. Hik3! Poyo..