Tuesday, December 9, 2008

15 jam bersama...

Huhu... Sedih dan sakit... Begitu juga perit... Namun aku telan juge..

Alkisah~

Semalam aku ada kata yang aku pierce telinga lagi kan? Sayangnya pas solat Subuh pagi tadi, aku mengalami kemurungan yang agak teruk la jugak and terus aku decide nak bukak subang tersebut and tak nak ada pierce dekat situ.. Kiranya aku nekad la.. Sebabnya luka masih tak sembuh langsung and aku pegi bukak plak subang tu, memang naya la sakit.. Berdarah..

Kenapa aku nekad nak bukak?? Jeng3! Biarlah rahsia...~ Adalah sebab2nya.. Apa yang orang cakap tentang aku lepas aku pierce tu and all that.. Aku tak tahan lalu aku decide untuk xpakai dah subang tu.. Now tgh sapu2 gamat gel untuk tutup balik lubang yang dah ditebuk. Aku cam xcaye jugak la aku bukak sebabnya time kena tebuk tu pun, azab jugak.. Panas telinga tu.. Tu pun dah spray ubat banyak2.. Tapi sakitnya sampai now..

So yang jadi 15 jam tu sebabnya aku pierce pada pukul 3 petang semalam and bukak subang tu pukul 6 pagi tadi. Huhu.. 15 jam je aku merasa macam mana rupa aku ada subang extra tu... Sayang aku tak ambik gambar banyak2 skit.. Sedih~

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha!! (Part 2)



Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Maaf Zahir dan Batin...



Mama tgh dgr khutbah..Nadia2..ada ke ambik gambar?heh! Maaf~


Ni la dia Dato' K...heh!



Opss! Silap cakap eyh? Maaf!



Busana yang digayakan pada hari raya Aidil Adha 2008



Model barangan aksesori diri...



Me and my bonda~



Bila kami merapek... Ni la jadinya

Penat posing teruih tertido...


p/s: I got a new ear piercing.. hehe.. sakit seyh.. agak nyesal gak la pierce but ganas tetap ada...

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Assalamualaikum...

Di sini ingin saya nyatakan ye kepada anda, kawan2, sahabat handai saya (jika ada), kaum kerabat dan semua... SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.. Maaf Zahir dan Batin.. Sila la datang ke rumah saya kerana selain daripada mengerjakan solat sunat aidil adha dan sebagainya, kami memang berada di rumah. Jadi if nak datang, silakan la. Bukan open house namun, untuk tujuan ziarah menziarahi.. Apa salahnya... Anda semua dijemput datang..

Semoga pengorbanan kita pada tahun ini lebih bermakna berbanding tahun2 sebelumnya. Di kesempatan ini, maaf seribu kali maaf saya pinta jika ada terlanjur kata, terkasar perbuatan saya ini. Sesungguhnya saya juga merupakan seorang insan yang tak lari daripada melakukan kesilapan seperti anda juga.

Terimalah 2 rangkap pantun daripada saya:

Cantik sungguh si gadis sunti,
Diganding bersama teruna idaman,
Aidil Adha kembali lagi,
Semoga menghayati erti pengorbanan.


Sayu terdengar takbir bergema,
Blog menjadi pengganti diri,
Selamat menyambut Aidil Adha,
Maaf dipinta seikhlas hati.

Friday, December 5, 2008

Ini la jadinya...

Sambungan kepada post 'Siapa aku?':

Aku pun tak paham jugak la apa yang mereka ni nak dari aku. Korang tau kenapa perangai aku ni selalunya diam dan layan je bila orang melawak menyakitkan hati aku and aku malas nak ngamok? Sebabnya ni la... Ni la jadinya.. Bila aku mengamok, aku akan gaduh and mereka plak yang nak back off dari hidup aku sebabkan post aku yang lepas, aku ada nyatakan yang aku nak kurangkan bilangan orang2 yang tak penting dalam hidup aku.

Aku terasa lawak sangat bila orang begitu ambik hati dengan apa yang aku kata. Yang funny nya, orang yang aku tujukan statement tu plak tak perasan2, last2 orang lain yang perasan. Bila orang mula nak back off dari aku sebab takut menyusahkan aku, aku mula la rasa tak best kerana aku tak suka hilang kawan. Cukup tak suka walaupun kononnya aku cakap yang aku ni memang suka gaduh. Tapi sebenarnya aku tak suka sangat. Xdelah enjoy mana gaduh kalau ending dia jadi macam ni. Kalau ending dia berakhir dengan cara yang lebih dramatik ke apa, baru la best skit. Heh! Namun if ada yang nak mencabar2 kesabaran aku tu, yang buat aku panas sangat2. Saje cari pasal la kan?

Satu lagi benda yang aku benci, bila aku dah tak marahkan mereka, dah say sorry semua and nak start all over again, mereka pulak nak besar2kan hal. Panas betul aku. Panas3. Apa la masalah nya nak maafkan orang? Susah kah? Aku tak paham la. Apa masalah diorang dengan aku or apa masalah aku dengan diaorg sebenarnya?? Aku rasa cam now aku dah okay tapi diaorg plak nak besar2kan. Cam nak carik gaduh dengan aku. Sudah2la tu. Bosan aku. Nasib korang semua ni kawan2 laki aku. Kalau pompuan, lagi aku malas. Korang tau la if aku gaduh dengan pompuan camne yang pernah berlaku dulu kat cbox aku tu. Aku relax je cakap, diaorg plak nak emo2 kat blog aku asal? Sampai aku kata sudah2 pun masih juge tak puas hati. Aku diam nak tutup kes pun, diorang plak nak kecoh2 maka diaorg juge yang start dulu. Kes rebut jantan~ Aku pun tak paham jugak... Last2 aku jugak la yang salah.. Lantak.. Aku diam pun salah, aku lawan pun salah.. Semua pun salah aku la kan?? Buruk sangat ke aku ni?? (Ayat Abby gaduh dengan Norman)

Aku bila dah jadi macam ni selalu ambik langkah mengalah jelah. Buat la apa yang mereka suka pun. Aku nak kata apa pun dah tak leh dah. Namun jika mereka baca post aku ni, aku mintak maaf la sangat kalau cara aku tegur mereka kasar sangat. But I'm so sorry.. I mean it...~ After this, terpulang la...

Thursday, December 4, 2008

S.C.R. (Sungguh Cacat Rasanya)



Hey guys! Aku malam ni dinner kat luar. Heh! Mula2nya aku nak mamam KFC, then aku tukar, nak makan kat Kubah Ria pulak. Then on the way nak pegi Kubah, aku boleh terkeluar cadangan untuk try makan kat SCR, Satok untuk pertama kalinya. Haha! Btw, SCR yang sebenar membawa maksud Singapore Chicken Rice. Namun aku tukar namanya menjadi seperti tajuk di atas kerana itu pendapat aku.

Selama ni aku tak pernah pun terpikir nak try makan kat situ. Tapi dari dulu, aku dok heran kenapakah begitu banyak orang yang makan dekat situ. Aku tak paham. So aku decide untuk try with my parents. Namun sayangnya seperti yang aku hint2kan memang bukan taste aku la. Bagi aku and parents aku, memang tak sedap tapi kalau korang suka, terpulang. Sedap ni macam cantik jugak, sangat subjektif kan?

Bonda tak ready tapi aku snap jugak! :p

Yande aku order chicken rice 3, then half fried chicken, bean sprout with ikan masin?? And drinks. Heh! Agak mahal jugak la harganya untuk kedai macam ni. Like RM10 seorang. Aku rasa cam tak baloi. Sebab tak sedap. Bonda aku masak LAGI SEDAP! Minuman aku paling special yang aku order terlebih dahulu tanpa pengetahuan bonda aku. Sebabnya air ni air sirap bandung (ada pewarna) bonda aku tak bagi. Bahaya.. Tapi aku memang terkenal dengan perangai degil aku ni. Tapi syukur, warnanya tak berapa dahsyat. Heh! Yeaaa!! Dapat minum cirap bandong! (^_^)

The conclusion is... Goodbye SCR.. Aku takkan kembali ke situ lagi melainkan aku menjadi manager kat situ in the future. Then, i'll come back la memandangkan dapat duit kan if jadi manager situ. Aku tak kisah asal pitih masuk..~

Muka aku tak mekap langsung. Haiya~ Air tu lagi lawa dari aku

p/s: Bonda dok bising bila aku nak ambik gambar. Beliau cakap mana ada orang nak ambik2 gambar kat SCR. Takpelah.. Aku nak letak kat blog. If benda tu best, aku lam toilet emas pun aku akan ambik gambar :p